myUASARevision for UASAUlang kaji UASA
Sejarah notesnota, unit 7

Kerajaan Melayu Awal

TextbookBuku teks Sejarah Tahun 4 SK, pageshalaman 86–103

What this chapter coversMatlamat bab ini

  • Murid boleh menamakan kerajaan Melayu awal di Alam Melayu dan menyusunnya pada garis masa (4.1.1)
  • Murid boleh menyatakan lokasi kerajaan Melayu awal di Kepulauan Melayu (4.1.2)
  • Murid boleh menjelaskan hubungan diplomatik kerajaan Melayu awal dari segi politik, ekonomi dan sosial (4.1.3)
  • Murid boleh menghuraikan kegiatan ekonomi kerajaan Melayu awal di Kepulauan Melayu (4.1.4)
  • Murid boleh menghargai warisan kerajaan Melayu awal dan berbangga dengan sumbangannya

7.1Kerajaan Melayu awal di Alam Melayu

Terdapat beberapa buah kerajaan Melayu awal yang wujud di Alam Melayu. Kerajaan-kerajaan ini muncul mengikut peredaran zaman. Kewujudannya dibuktikan dengan peninggalan sejarah seperti monumen yang memperlihatkan pengaruh Hindu–Buddha.

Alam Melayu: kawasan yang merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.
Monumen: bangunan yang dibina untuk memperingati peristiwa penting.
Gapura: pintu gerbang istana atau kuil.

Garis masa kerajaan Melayu awal

Kerajaan Melayu awal di Alam Melayu wujud sejak abad pertama lagi. Ada sembilan kerajaan yang perlu kamu kenal.

AbadKerajaanPeninggalan dalam buku teks
PertamaFunanTapak bandar Oc-Eo
KeduaChampaCandi Po Nagar
KelimaKedah TuaCandi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang
KeenamChih-Tu dan Gangga Nagara
KetujuhSrivijayaCandi Muara Jambi
KesembilanMataramCandi Prambanan
Ke-10Santubong
Ke-13MajapahitGapura Bajang Ratu
Ke-15Beruas
Garis masa abad pertama hingga abad keenam: Funan, Champa, Kedah Tua, Chih-Tu dan Gangga Nagara, dengan gambar tapak Oc-Eo, Candi Po Nagar dan Candi Bukit Batu Pahat
Garis masa kerajaan Melayu awal di Alam Melayu (bahagian 1).

Buku teks Sejarah Tahun 4 SK, ms. 88.

Garis masa abad ketujuh hingga abad ke-15: Srivijaya, Mataram, Santubong, Majapahit dan Beruas, dengan gambar Candi Muara Jambi, Candi Prambanan dan Gapura Bajang Ratu
Garis masa kerajaan Melayu awal di Alam Melayu (bahagian 2).

Buku teks Sejarah Tahun 4 SK, ms. 89.

Cara mengingat: kerajaan yang paling awal ialah Funan (abad pertama). Kerajaan yang paling akhir dalam garis masa ialah Beruas (abad ke-15).
Jangan keliru: Kedah Tua abad kelima, tetapi Chih-Tu dan Gangga Nagara abad keenam. Mataram abad kesembilan, Majapahit abad ke-13.
Kerajaan manakah yang wujud pada abad ketujuh? Apakah nama candi yang dikaitkan dengan Mataram?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Srivijaya. Candi Prambanan.

7.2Lokasi kerajaan Melayu awal di Kepulauan Melayu

Kerajaan Melayu awal bermula daripada petempatan kecil. Petempatan itu berkembang menjadi pelabuhan. Pelabuhan ini seterusnya berkembang menjadi kerajaan.

Peta Kepulauan Melayu menunjukkan lokasi Kedah Tua, Chih-Tu, Gangga Nagara, Beruas, Santubong, Srivijaya, Mataram dan Majapahit
Lokasi kerajaan Melayu awal di Kepulauan Melayu.

Buku teks Sejarah Tahun 4 SK, ms. 90.

KerajaanLokasi
Kedah TuaSungai Mas dan Pangkalan Bujang, Lembah Bujang, negeri Kedah.
Gangga NagaraPantai barat bahagian tengah Tanah Melayu, negeri Perak.
BeruasPantai barat bahagian tengah Tanah Melayu, negeri Perak.
Chih-TuTanah Merah, Kelantan.
SantubongSungai Sarawak, Sarawak.
SrivijayaLembah Sungai Musi, Sumatera.
MataramJawa Tengah.
MajapahitBerpusat di Trowulan, Mojokerto, Jawa Timur.
Kerajaan Melayu awal terletak di kawasan yang strategik, iaitu di pesisir pantai yang memudahkan perhubungan. Lokasi ini membolehkan kerajaan berkembang maju dan makmur.
Jangan keliru: Gangga Nagara dan Beruas sama-sama di Perak. Chih-Tu di Kelantan, bukan di Perak.
Nyatakan lokasi kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Santubong.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Kedah Tua: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang, Lembah Bujang, Kedah. Santubong: Sungai Sarawak, Sarawak.

7.3Hubungan diplomatik kerajaan Melayu awal

Hubungan diplomatik ialah hubungan yang terjalin antara sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain.

Kerajaan Melayu awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan dua kuasa besar pada masa itu, iaitu China dan India. Contoh kerajaan yang menjalinkannya ialah Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit.

BidangKesan hubungan diplomatik
PolitikMendapat pengiktirafan dan menjamin keselamatan bagi mengekalkan kedudukan.
EkonomiAktiviti ekonomi dapat dikembangkan. Kerajaan Melayu awal memasarkan rempah-ratus, bijih timah dan emas kepada China dan India. Mereka ditawarkan barangan mewah seperti tembikar, sutera dan perhiasan. Kemakmuran meningkat.
SosialMengeratkan persahabatan dan hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. Mewujudkan keamanan di Kepulauan Melayu.
Rempah-ratus, manik perhiasan dan seramik
Barangan yang didagangkan di Kepulauan Melayu: rempah-ratus, manik dan seramik.

Buku teks Sejarah Tahun 4 SK, ms. 93.

Contoh pertukaran barang
Kerajaan Melayu awal jual: rempah-ratus, bijih timah, emas.
Kerajaan Melayu awal ditawarkan: tembikar, sutera, perhiasan.
Hubungan diplomatik dengan China dan India berjaya mengukuhkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Melayu awal di Alam Melayu.
Dengan kuasa besar manakah kerajaan Melayu awal menjalinkan hubungan diplomatik? Apakah kesan dari segi sosial?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
China dan India. Mengeratkan persahabatan dan hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan, serta mewujudkan keamanan.

7.4Kegiatan ekonomi kerajaan Melayu awal

Kerajaan Melayu awal menjalankan lima jenis kegiatan ekonomi: pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan laut, perlombongan dan pembuatan.

Pertanian

Lokasi di lembah sungai amat sesuai untuk pertanian kerana tanahnya subur. Tanaman yang diusahakan ialah padi, pisang, buah pala dan ubi kayu. Hasilnya dipasarkan untuk memenuhi keperluan penduduk. Penanaman padi ialah kegiatan ekonomi masyarakat Kedah Tua dan Majapahit.

Perdagangan

Kepulauan Melayu berada di jalan laut perdagangan timur dan barat. Kerana itu perdagangan berkembang maju. Pelabuhan memudahkan pedagang singgah dan berdagang. Barangan dagangan utama ialah rempah-ratus: lada hitam, bunga cengkih dan buah pala.

Lukisan pelabuhan dengan banyak kapal layar dan rumah di tepi air
Kegiatan perdagangan di pelabuhan kerajaan Melayu awal.

Buku teks Sejarah Tahun 4 SK, ms. 96.

Hasil hutan dan hasil laut

Barangan ini mendapat permintaan tinggi daripada pedagang.

JenisContoh
Hasil hutanrotan, gaharu, kapur barus, sarang burung
Hasil lautkulit penyu, teripang, mutiara
Gaharu, rotan, kapur barus, mutiara dan teripang
Hasil hutan dan hasil laut.

Buku teks Sejarah Tahun 4 SK, ms. 97.

Kerajaan yang mengeluarkan hasil hutan dan hasil laut ialah Gangga Nagara, Chih-Tu dan Srivijaya.

Perlombongan dan pembuatan

  • Perlombongan: bijih timah, bijih besi dan emas.
  • Pembuatan: barang perhiasan, tembikar dan senjata.

Kerajaan Kedah Tua, Gangga Nagara dan Santubong antara kerajaan yang menjalankan perlombongan dan pembuatan. Relau untuk melebur besi digunakan semasa kerajaan Kedah Tua.

Sumber alam perlu dimanfaatkan dengan bijak supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Senaraikan empat tanaman kerajaan Melayu awal. Apakah barangan dagangan utama?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Padi, pisang, buah pala, ubi kayu. Rempah-ratus (lada hitam, bunga cengkih, buah pala).

7.5Cinta akan negara

Berbangga dengan kegemilangan dan kemajuan ekonomi kerajaan Melayu awal menjadikan kita lebih kreatif dan berdaya saing. Kerajaan-kerajaan ini meninggalkan warisan yang patut dihargai dan dibanggakan.