myUASAUlang kaji UASA
Kertas latihan, bukan kertas rasmi KPM
Pendidikan Islam Tingkatan 2
Ujian Akhir Sesi Akademikاوجين اخير سسي اكاديميك

Pendidikan Islamڤنديديقن اسلام

Tingkatan 2, 2 jam, 100 markah
Nama
Kelas
Tarikh
Markah:      / 100
Arahan
  1. Kertas soalan ini mengandungi lima bahagian: Bahagian A, B, C, D dan E.كرتس سوءالن اين مڠاندوڠي ليم بهاڬين: بهاڬين A، B، C، D دان E.
  2. Jawab semua soalan.جواب سموا سوءالن.
  3. Bahagian A: pilih satu jawapan yang betul bagi setiap soalan.بهاڬين A: ڤيليه ساتو جواڤن يڠ بتول باڬي ستياڤ سوءالن.
  4. Bahagian B, C, D dan E: tulis jawapan anda di ruang yang disediakan.بهاڬين B، C، D دان E: توليس جواڤن اندا درواڠ يڠ دسدياكن.
  5. Ayat dan hadis dipetik daripada buku teks.اية دان حديث دڤتيق درڤد بوكو تيكس.

Bahagian Aبهاڬين A

20 markah
Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul.جواب سموا سوءالن. ستياڤ سوءالن دأيكوتي اوليه امڤت ڤيليهن جواڤن، A، B، C دان D. ڤيليه ساتو جواڤن يڠ بتول.
1

Soalan 1

Ayat 18 surah Ali Imran menyatakan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Antara berikut, yang manakah pihak yang bersaksi tentang perkara ini kecuali ______.اية 18 سورة آل عمران مڽاتاكن بهاوا تياد توهن يڠ برحق دسمبه ملاءينكن الله ﷻ. انتارا بريكوت، يڠ ماناكه ڤيهق يڠ برساكسي تنتڠ ڤركارا اين كچوالي ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
D
Buku teks ms. 5-6: Allah SWT, malaikat dan orang yang berilmu mengakui keesaan, keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT. Orang yang menolak kebenaran tidak disebut dalam ayat ini.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 1, standard 1.11.2
Buku teks ms. 6
2

Soalan 2

Perhatikan pernyataan berikut.
I. Allah SWT memberikan dan mencabut kuasa pemerintahan
II. Allah SWT memuliakan dan menghina manusia
III. Allah SWT menjadikan malam dan siang silih berganti
IV. Allah SWT menghidupkan dan mematikan makhluk
Pernyataan manakah ialah inti sari ayat 26 surah Ali Imran?
ڤرهاتيكن ڤرنياتاءن برايكوت.
I. الله ﷻ ممبريكن دان منچابوت كواس ڤمرينتهن
II. الله ﷻ ممولياكن دان مڠهينا ماءنسي
III. الله ﷻ منجادي مالم دان سياڠ سيليه برڬنتي
IV. الله ﷻ مڠهيدوڤكن دان ماتيكن مخلوق
ڤرنياتاءن ماناكه اياله اينتيساري اية 26 سورة آل عمران؟
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
A
Buku teks ms. 11: inti sari ayat 26 ialah memberikan dan mencabut kuasa pemerintahan, serta memuliakan dan menghina manusia. III dan IV ialah inti sari ayat 27.
Untuk guru: Memahami, aras rendah, Topik 2, standard 1.12.2
Buku teks ms. 11
3

Soalan 3

Nun sakinah atau tanwin yang bertemu huruf ba dibaca dengan cara ______.نون ساكنة اتاو تنوين يڠ برتمو حروف با دباچ دڠن چارا ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
B
Buku teks ms. 17: iqlab (satu huruf, ba). Bunyi nun ditukarkan kepada mim serta dengung. Pilihan A ialah izhar halqi, C idgham bila ghunnah dan D ikhfa haqiqi.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 3, standard 1.13.1
Buku teks ms. 17
4

Soalan 4

Perhatikan pernyataan berikut tentang hukum mim sakinah.
I. Ikhfa syafawi berlaku apabila mim sakinah bertemu huruf ba
II. Idgham mithlain dibaca tanpa dengung
III. Izhar syafawi berlaku apabila mim sakinah bertemu semua huruf selain mim dan ba
IV. Izhar syafawi dibaca dengan dengung
Pernyataan manakah yang betul?
ڤرهاتيكن ڤرنياتاءن برايكوت تنتڠ حكوم ميم ساكنة.
I. اخفاء شفوي برلاكو اڤابيلا ميم ساكنة برتمو حروف با
II. ادغام مثلين دباچ تنڤا دڠوڠ
III. اظهار شفوي برلاكو اڤابيلا ميم ساكنة برتمو سموا حروف سلاءين ميم دان با
IV. اظهار شفوي دباچ دڠن دڠوڠ
ڤرنياتاءن ماناكه يڠ بتول؟
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
C
Buku teks ms. 19: ikhfa syafawi (mim sakinah bertemu ba, dengung) dan izhar syafawi (huruf lain, jelas tanpa dengung). Idgham mithlain dibaca dengan dengung, dan izhar syafawi tanpa dengung.
Untuk guru: Memahami, aras sederhana, Topik 3, standard 1.13.2
Buku teks ms. 19
5

Soalan 5

Rina merosakkan kamus milik rakannya. Dia menyesal, beristighfar dan berazam tidak mengulanginya, tetapi belum berjumpa dengan rakannya itu. Syarat taubat yang belum dipenuhi oleh Rina ialah ______.رينا مروسقكن كاموس ميليق راكنڽ. دي مڽسل، براستغفار دان برعزم تيدق مڠولاڠيڽ، تتاڤي بلوم برجومڤا دڠن راكنڽ ايت. شرط توبة يڠ بلوم دڤنوهي اوليه رينا اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
D
Buku teks ms. 34: jika dosa berkaitan dengan manusia, mintalah maaf daripadanya, tunaikan hak atau hartanya dan mintalah supaya dihalalkan. Tiga syarat lain telah dipenuhi oleh Rina.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras sederhana, Topik 4, standard 1.15.5
Buku teks ms. 34
6

Soalan 6

Cikgu Zaini bermesyuarat dengan guru-guru lain sebelum menetapkan tarikh pertandingan sukan. Selepas keputusan dicapai, dia melaksanakannya dan berserah kepada Allah SWT. Sifat Rasulullah SAW dalam ayat 159 surah Ali Imran yang dicontohi oleh Cikgu Zaini ialah ______.چيقو زيني برمشوارت دڠن ڬورو٢ لاءين سبلوم منتڤكن تاريخ ڤرتانديڠن سوكن. سلڤس كڤوتوسن دچاڤاي، دي ملاكسانكنڽ دان برسراه ديري كڤد الله ﷻ. صيفت رسول الله ﷺ دالم اية 159 سورة آل عمران يڠ دچونتوهي اوليه چيقو زيني اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
C
Buku teks ms. 40-42: bermesyuarat dahulu, kemudian berazam melaksanakan keputusan dan bertawakal (menyerahkan hasilnya kepada Allah SWT).
Untuk guru: Mengaplikasi, aras sederhana, Topik 5, standard 1.16.3
Buku teks ms. 42
7

Soalan 7

Hafiz ingin membeli sebungkus makanan import yang tiada logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Status makanan itu ialah ______.حفيظ ايڠين ممبلي سبوڠكوس ماكنن ايمڤورت يڠ تياد لوڬو حلال يڠ دإعتراف اوليه جاكيم. ستاتوس ماكنن ايت اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
C
Buku teks ms. 61: syubhah ialah sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram, contohnya produk makanan luar negara yang tidak mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras rendah, Topik 6, standard 2.5.3
Buku teks ms. 61
8

Soalan 8

Antara berikut, yang manakah ciri malaikat berbanding dengan manusia?
I. Tidak berjantina
II. Tidak makan dan minum
III. Mempunyai nafsu
IV. Tidak mati hingga kiamat
انتارا بريكوت، يڠ ماناكه چيري ملائكة بربنديڠ دڠن مانوسيا؟
I. تيدق برجنتينا
II. تيدق ماكن دان مينوم
III. ممڤوڽاءي نفسو
IV. تيدق ماتي هيڠڬ قيامة
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
A
Buku teks ms. 77: malaikat tidak berjantina, tidak bernafsu, tidak makan dan minum, serta tidak mati hingga kiamat. Mempunyai nafsu ialah sifat manusia.
Untuk guru: Memahami, aras rendah, Topik 7, standard 3.6.4
Buku teks ms. 77
9

Soalan 9

Kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan bahasa kitab itu ialah ______.كتاب يڠ دتوروڼكن كڤد نبي داود عليه السلام دان بهاس كتاب ايت اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
B
Buku teks ms. 81: Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS dalam bahasa Suryani. Hanya al-Quran dalam bahasa Arab.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 8, standard 3.7.2
Buku teks ms. 81
10

Soalan 10

Seorang imam lelaki menunaikan solat berjamaah bersama seorang makmum perempuan sahaja. Kedudukan makmum perempuan yang betul ialah ______.سأورڠ امام لالكي منونايكن صلاة برجماعة برسام سأورڠ مأموم ڤرمڤوان سهاج. كدودوقن مأموم ڤرمڤوان يڠ بتول اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
D
Buku teks ms. 92-93: apabila imam dan makmum berbeza jantina, makmum perempuan berdiri di belakang imam lelaki. Kedudukan di sebelah kanan, sedikit ke belakang, ialah untuk makmum lelaki yang sama jantina dengan imam.
Untuk guru: Memahami, aras rendah, Topik 9, standard 4.8.3
Buku teks ms. 92
11

Soalan 11

Berdasarkan hadis riwayat Tariq bin Shihab, golongan yang tidak wajib menunaikan solat Jumaat ialah semua kecuali ______.برداسركن حديث رواية طارق بن شهاب، ڬولوڠن يڠ تيدق واجب منونايكن صلاة جمعة اياله سموا كچوالي ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
D
Buku teks ms. 97-98: empat golongan yang tidak wajib ialah hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit. Solat Jumaat fardu ain bagi lelaki Muslim mukalaf yang mustautin dan sihat.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 9, standard 4.9.1
Buku teks ms. 97
12

Soalan 12

Antara berikut, yang manakah rukun tayamum?انتارا بريكوت، يڠ ماناكه روكون تيمم؟
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
B
Buku teks ms. 107: empat rukun tayamum ialah niat, menyapu debu tanah ke muka, menyapu debu tanah ke kedua-dua tangan dan tertib. Pilihan A, C dan D ialah sunat tayamum.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 10, standard 4.10.4
Buku teks ms. 107
13

Soalan 13

Encik Azlan sekeluarga bermusafir sejauh 300 kilometer sehala untuk melawat saudara dan bercadang tinggal selama dua hari di sana. Dalam perjalanan, mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak dan qasar dalam waktu Isyak. Jenis jamak dan jumlah rakaat yang mereka tunaikan ialah ______.اينچيق ازلن سكلوارڬ برمسافير سجاءوه 300 كيلومتر سهالا اونتوق ملاوت ساودارا دان برچادڠ تيڠڬل سلاما دوا هاري دسان. دالم ڤرجالنن، مريك منونايكن صلاة مغرب دان عشاء سچارا جمع دان قصر دالم وقتو عشاء. جنيس جمع دان جومله ركعة يڠ مريك تونايكن اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
A
Buku teks ms. 118-120: dua solat dalam waktu kedua (Isyak) ialah jamak ta'khir. Jarak 300 km melebihi 81 km dan tinggal tidak lebih tiga hari, maka boleh diqasarkan, tetapi hanya solat empat rakaat: Maghrib tetap 3 rakaat dan Isyak 2 rakaat, jumlah 5 rakaat. Jika kedua-duanya 2 rakaat sahaja ialah 4 rakaat dan tanpa qasar 3 + 4 = 7 rakaat.
Untuk guru: Menganalisis, aras tinggi, Topik 10, standard 4.11.5, 4.11.6, 4.11.7
Buku teks ms. 119
14

Soalan 14

Seorang warga emas tidak mampu berpuasa dan meninggalkan 8 hari puasa Ramadan. Fidyah bagi sehari puasa ialah secupak makanan asasi, bersamaan 675 gram. Jumlah fidyah yang perlu dibayar ialah ______.سأورڠ وارڬ امس تيدق ممڤو برڤواس دان منيڠڬلكن 8 هاري ڤواس رمضان. فدية باڬي سهاري ڤواس اياله سچوڤق ماكنن اساس، برسامأن 675 ڬرم. جومله فدية يڠ ڤرلو دبايار اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
B
Buku teks ms. 135: fidyah = bilangan hari x 675 g = 8 x 675 g = 5 400 g = 5.4 kg makanan asasi.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras sederhana, Topik 11, standard 4.12.9
Buku teks ms. 135
15

Soalan 15

Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam berhijrah ke Habsyah, sebuah negara yang diperintah oleh raja yang baik. Strategi dakwah terang-terangan ini dikenali sebagai ______.رسول الله ﷺ ممرينتهكن سباهاڬين اومة إسلام برهجرة ك حبشة، سبواه نڬارا يڠ دڤريتهكن اوليه راج يڠ باءيق. ستراتيڬي دعوة ترڠ٢ن اين دكنلي سباڬاي ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
C
Buku teks ms. 147: mencari tempat selamat, iaitu memerintahkan sebahagian umat Islam berhijrah ke Habsyah. Ucapan umum di Bukit Safa, mencari sokongan kabilah semasa musim haji dan jamuan untuk Bani Muttalib ialah strategi lain.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 12, standard 5.4.1
Buku teks ms. 147
16

Soalan 16

Sekumpulan penduduk Yathrib yang telah memeluk Islam mengajak Rasulullah SAW menjadi pemimpin mereka. Faktor yang mendorong hijrah yang ditunjukkan ialah ______.سكومڤولن ڤندودوق يثرب يڠ تله مملوق إسلام مڠاجق رسول الله ﷺ منجادي ڤميمڤين مريك. فكتور يڠ مندورڠ هجرة يڠ دتونجوقكن اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
A
Buku teks ms. 158-159: pelawaan penduduk Yathrib (Madinah), yang menerima Baiah Aqabah pertama dan kedua. Tiga faktor lain ialah isyarat Allah SWT, memelihara akidah dan penentangan Quraisy.
Untuk guru: Memahami, aras rendah, Topik 12, standard 5.5.2
Buku teks ms. 158
17

Soalan 17

Rasulullah SAW melakukan tindakan berikut di Madinah.
P. Menggubal Piagam Madinah
Q. Menubuhkan pasukan peronda untuk mendapatkan maklumat musuh
R. Mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar
Pilih aspek kepimpinan yang betul bagi P, Q dan R mengikut urutan.
رسول الله ﷺ ملاكوكن تيندقن برايكوت دمدينة.
P. مڠڬوبل ڤياكم مدينة
Q. مننوبوهكن ڤاسوقن ڤروندا اونتوق منداڤتكن معلومت موسوه
R. ممڤرسوداراكن ڬولوڠن مهاجرين دڠن أنصار
ڤيليه اسڤيك كڤيمڤينن يڠ بتول باڬي P، Q دان R مڠيكوت اوروتن.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
C
Buku teks ms. 169-171: Piagam Madinah ialah aspek politik; pasukan peronda ialah strategi aspek ketenteraan; mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar ialah aspek kemasyarakatan.
Untuk guru: Menganalisis, aras tinggi, Topik 13, standard 5.6.1
Buku teks ms. 169
18

Soalan 18

Haikal tidak memahami satu topik Matematik tetapi malu bertanya kepada gurunya. Sifat malu Haikal tergolong dalam malu yang ______.حاكم تيدق ممهمي ساتو توڤيك ماتماتيك تتاڤي مالو برتاڽ كڤد ڬوروڽ. صيفت مالو حاكم ترڬولوڠ دالم مالو يڠ ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
B
Buku teks ms. 187: malu belajar dan malu bertanya ialah malu yang dilarang kerana menghalang kita daripada ilmu dan amal. Malu yang dituntut ialah malu melakukan dosa.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras rendah, Topik 14, standard 6.5.4
Buku teks ms. 187
19

Soalan 19

Puan Aminah ialah seorang muslimah dan juga kaum kerabat Puan Salmah. Puan Aminah ialah jiran Puan Salmah. Berapakah hak yang dimiliki oleh Puan Aminah?ڤوان امينة اياله سأورڠ مسلمة دان جوڬ كاوم قرابة ڤوان سلمى. ڤوان امينة اياله جيرن ڤوان سلمى. براڤاكه حق يڠ دمليقي اوليه ڤوان امينة؟
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
A
Buku teks ms. 207: jiran yang Muslim dan kerabat mempunyai tiga hak (hak Muslim, hak kerabat dan hak jiran). Jiran Muslim bukan kerabat dua hak, jiran bukan Islam satu hak.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras rendah, Topik 15, standard 6.8.4
Buku teks ms. 207
20

Soalan 20

Faris keluar dari masjid selepas menunaikan solat Isyak. Adab keluar dari masjid yang betul ialah ______.فارس كلوار درڤد مسجد سلڤس منونايكن صلاة عشاء. ادب كلوار درڤد مسجد يڠ بتول اياله ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
D
Buku teks ms. 212-213: masuk masjid dengan kaki kanan dan berdoa memohon pintu rahmat; keluar dengan kaki kiri dan berdoa memohon limpah kurnia Allah SWT.
Untuk guru: Mengingat, aras rendah, Topik 16, standard 6.9.3
Buku teks ms. 212

Bahagian Bبهاڬين B

20 markah
Al-Quran dan Hadis. Jawab semua soalan.القرءان دان حديث. جواب سموا سوءالن.
21

Soalan 21

Rajah 1 menunjukkan ayat 8 surah Ali Imran. Jawab soalan berikut.رجه 1 منونجوقكن اية 8 سورة آل عمران. جواب سوءالن برايكوت.
Surah Ali Imran, 3: ayat 8
Rajah 1رجه 1
[1 markah] (a)Nun sakinah pada kalimah pertama (sebelah kanan) dalam Rajah 1(a) bertemu huruf lam. Hukum bacaannya ialahنون ساكنة ڤد كليمه ڤرتام (سبله كانن) دالم رجه 1(a) برتمو حروف لام. حكوم باچاءنڽ اياله
Dua kalimah daripada ayat 8: nun sakinah pada kalimah pertama bertemu lam
Rajah 1(a)رجه 1(a)
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Idgham bila ghunnah
Nun sakinah bertemu lam (ل), salah satu daripada dua huruf idgham bila ghunnah. Bunyi nun dimasukkan ke dalam lam tanpa dengung (buku teks ms. 16-17).
[1 markah] (b)Tanwin pada kalimah pertama (sebelah kanan) dalam Rajah 1(b) bertemu hamzah. Hukum bacaannya ialahتنوين ڤد كليمه ڤرتام (سبله كانن) دالم رجه 1(b) برتمو همزة. حكوم باچاءنڽ اياله
Dua kalimah daripada ayat 8: tanwin pada kalimah pertama bertemu hamzah
Rajah 1(b)رجه 1(b)
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Izhar halqi
Hamzah (ء) ialah salah satu daripada enam huruf halqi. Bunyi nun dibaca jelas dan pat tanpa dengung (buku teks ms. 16).
[1 markah] (c)Nun sakinah pada kalimah dalam Rajah 1(c) bertemu huruf ta. Hukum bacaannya ialahنون ساكنة ڤد كليمه دالم رجه 1(c) برتمو حروف تا. حكوم باچاءنڽ اياله
Satu kalimah daripada ayat 8: nun sakinah bertemu ta
Rajah 1(c)رجه 1(c)
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Ikhfa haqiqi
Huruf ta (ت) ialah salah satu daripada 15 huruf ikhfa haqiqi (buku teks ms. 17).
[1 markah] (d)Tandakan Betul atau Salah: Bunyi nun pada kalimah dalam Rajah 1(c) dibaca samar, antara izhar dengan idgham, serta dengung.تنداكن بتول اتاو ساله: بوڽي نون ڤد كليمه دالم رجه 1(c) دباچ سامر، انتارا اظهار دڠن ادغام، سرتا دڠوڠ.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Ikhfa haqiqi: bunyi nun dibaca samar serta dengung (buku teks ms. 17).
[2 markah] (e)Lengkapkan terjemahan ayat 8 dalam Rajah 1:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau ______ hati kami sesudah Engkau memberikan ______ kepada kami.
لڠكڤكن ترجمهن اية 8 دالم رجه 1:
واهاي توهن كامي! جاڠنله اڠكاو ______ هاتي كامي سسوده اڠكاو ممبريكن ______ كڤد كامي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (f)Rajah 2 menunjukkan ayat 18 surah Ali Imran. Selain Allah SWT, namakan dua pihak yang bersaksi tentang keesaan-Nya dalam ayat ini.رجه 2 منونجوقكن اية 18 سورة آل عمران. سلاءين الله ﷻ، نامكن دوا ڤيهق يڠ برساكسي تنتڠ كأساءن-نيا دالم اية اين.
Surah Ali Imran, 3: ayat 18
Rajah 2رجه 2
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (g)Kalimah dalam Rajah 3 terdapat dalam Rajah 2. Kalimah dibaca dari kanan ke kiri. Nyatakan hukum tajwid bagi tanwin pada kalimah pertama dan cara bacaannya.كليمه دالم رجه 3 ترداڤت دالم رجه 2. كليمه دباچ دري كانن ك كيري. ڽاتاكن حكوم تجويد باڬي تنوين ڤد كليمه ڤرتام دان چارا باچاءنڽ.
Dua kalimah daripada ayat 18: tanwin pada kalimah pertama bertemu ba
Rajah 3رجه 3
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras sederhana, Topik 1, standard 1.10.1, 1.10.2, 1.11.1, 1.11.2
Buku teks ms. 2
22

Soalan 22

Rajah 4 menunjukkan sebuah hadis. Maksud matan hadis ini: Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itulah ______ iman.رجه 4 منونجوقكن سبواه حديث. مقصود متن حديث اين: سسياڤا انتارا كامو مليهت كمنكرن، هندقله دي مڠوبهڽ دڠن تاڠنڽ. جك دي تيدق ممڤو، مك دڠن ليداهڽ. جك دي تيدق ممڤو، مك دڠن هاتيڽ، دان ايتولاه ______ ايمان.
Hadis Abu Said al-Khudri RA, riwayat Muslim, sanad dan matan
Rajah 4رجه 4
[1 markah] (a)Tandakan Betul atau Salah: Hadis dalam Rajah 4 diriwayatkan oleh Imam Muslim.تنداكن بتول اتاو ساله: حديث دالم رجه 4 دروايتكن اوليه امام مسلم.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Nama perawi yang mengeluarkan hadis ditulis di hujung hadis, iaitu (مسلم) (buku teks ms. 52).
[1 markah] (b)Tandakan Betul atau Salah: Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud mendiamkan diri sahaja.تنداكن بتول اتاو ساله: منچڬه كمنكرن دڠن هاتي برمقصود مندياميكن ديري سهاج.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Salah
Mencegah dengan hati bermaksud membenci dan menjauhi kemungkaran, berazam tidak melakukannya serta berdoa agar pelakunya berubah (buku teks ms. 55).
[1 markah] (c)Padankan cara menangani kemungkaran: Pengawas mengambil telefon bimbit murid yang digunakan untuk menyebarkan gambar buli.ڤادنكن چارا مننڠاني كمنكرن: ڤڠاواس مڠمبيل تيليفون بيمبيت موريد يڠ دڬوناكن اونتوق مڽبرلواسكن ڬمبر بولي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tangan
Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut bidang kuasanya, seperti pengawas (buku teks ms. 55).
[1 markah] (d)Padankan cara menangani kemungkaran: Najwa menasihati rakannya supaya berhenti mengumpat dan melaporkan perkara itu kepada guru.ڤادنكن چارا مننڠاني كمنكرن: نجوى مناصيحتي راكنڽ سوڤايا برهنتي مڠومڤت دان ملاڤوركن ڤركارا ايت كڤد ڬورو.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Lisan
Menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran secara lisan atau tulisan (buku teks ms. 55).
[1 markah] (e)Padankan cara menangani kemungkaran: Azri tidak mampu menegur abangnya yang merokok. Dia membenci perbuatan itu, berazam tidak mengikutinya dan berdoa supaya abangnya insaf.ڤادنكن چارا مننڠاني كمنكرن: ازري تيدق ممڤو منڬور ابڠڽ يڠ مروكوق. دي ممبنچي ڤربواتن ايت، برعزم تيدق مڠيكوتيڽ دان بردعاء سوڤايا ابڠڽ اينساف.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Hati
Membenci dan menjauhi kemungkaran, berazam tidak melakukannya serta berdoa agar pelakunya diberi hidayah (buku teks ms. 55).
[1 markah] (f)Isi tempat kosong dalam maksud matan hadis di atas: ... dan itulah ______ iman.ايسي تمڤت كوسوڠ دالم مقصود متن حديث دأتس: ... دان ايتولاه ______ ايمان.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (g)Mengapakah mencegah kemungkaran dengan hati ialah tahap iman yang paling rendah?مڠاڤاكه منچڬه كمنكرن دڠن هاتي اياله تهڤ ايمان يڠ ڤاليڠ رنده؟
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (h)Encik Salleh ialah ketua keluarga. Dia mendapati anak remajanya meninggalkan solat Asar kerana leka bermain permainan video. Nyatakan satu tindakan secara tangan dan satu tindakan secara lisan yang boleh dilakukan oleh Encik Salleh.اينچيق ساله اياله كتوا كلوارڬ. دي منداڤتي انق رميجڽ منيڠڬلكن صلاة عصر كران لالي برماءين ڤرماينن ۏيديو. ڽاتاكن ساتو تيندقن سچارا تاڠن دان ساتو تيندقن سچارا ليسن يڠ بوليه دلاكوكن اوليه اينچيق ساله.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
Untuk guru: Memahami, aras rendah, Topik 6, standard 2.4.1, 2.4.3, 2.4.4, 2.4.5, 2.4.6
Buku teks ms. 52

Bahagian Cبهاڬين C

20 markah
Akidah. Jawab semua soalan.عقيدة. جواب سموا سوءالن.
23

Soalan 23

Allah SWT bersifat al-Qadir dan al-Qawiy, serta menciptakan malaikat yang sentiasa taat kepada-Nya. Jawab soalan berikut.الله ﷻ برصيفت القدير دان القوي، سرتا منچيڤتاكن ملائكة يڠ سنتياس طاعة كڤداڽ. جواب سوءالن برايكوت.
[1 markah] (a)Tandakan Betul atau Salah: Dari segi istilah, al-Qadir ialah nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak dan ilmu-Nya.تنداكن بتول اتاو ساله: دري سڬي ايستيله، القدير اياله نام الله ﷻ يڠ مننجوقكن بهاوا الله ﷻ مها بركواسا مننتوكن سسواتو ڤركارا برداسركن كهنداق دان علمو-نيا.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Buku teks ms. 68.
[1 markah] (b)Tandakan Betul atau Salah: Allah SWT menurunkan hujan dengan sukatan tertentu ialah bukti Allah SWT bersifat al-Qawiy.تنداكن بتول اتاو ساله: الله ﷻ منوروڼكن هوجن دڠن سوكتن ترتنتو اياله بوقتي الله ﷻ برصيفت القوي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Salah
Hujan yang turun dengan sukatan tertentu ialah bukti sifat al-Qadir (al-Mu'minun, 23: 18; buku teks ms. 70).
[1 markah] (c)Tandakan Betul atau Salah: Allah SWT memberi rezeki kepada sesiapa yang berusaha mencarinya dengan cara yang betul ialah bukti Allah SWT bersifat al-Qawiy.تنداكن بتول اتاو ساله: الله ﷻ ممبري رزقي كڤد سسياڤا يڠ براوسها منچاريڽ دڠن چارا يڠ بتول اياله بوقتي الله ﷻ برصيفت القوي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Buku teks ms. 73 (asy-Syura, 42: 19): memberi rezeki dan mengazab pendosa ialah bukti al-Qawiy.
[1 markah] (d)Tandakan Betul atau Salah: Hadis la hawla wa la quwwata illa billah mengajar bahawa manusia memiliki kekuatan sendiri tanpa bantuan Allah SWT.تنداكن بتول اتاو ساله: حديث لا حول ولا قوة إلا بالله مڠاجر بهاوا ماءنسي مميليقي كقواتن سنديري تنڤا بنتوان الله ﷻ.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Salah
Hadis ini bermaksud tiada daya dan upaya (kekuatan) melainkan dengan Allah SWT. Segala kekuatan datang daripada Allah SWT (buku teks ms. 72).
[1 markah] (e)Tandakan Betul atau Salah: Raqib mencatat amalan baik manusia, manakala Atid mencatat amalan jahat manusia.تنداكن بتول اتاو ساله: رقيب منچاتت عملن باءيق مانوسيا، منكالا عتيد منچاتت عملن جاهت ماءنسي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Buku teks ms. 76.
[1 markah] (f)Padankan tugas dengan malaikat yang betul: Menyoal orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur.ڤادنكن توڬس دڠن ملائكة يڠ بتول: مڽوال اورڠ يڠ تله مڽيڠڬل دنيا ددالم قبور.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Munkar dan Nakir
Buku teks ms. 76.
[1 markah] (g)Padankan tugas dengan malaikat yang betul: Meniup sangkakala.ڤادنكن توڬس دڠن ملائكة يڠ بتول: مڽيوڤ سڠكاكالا.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Israfil
Buku teks ms. 76.
[1 markah] (h)Padankan tugas dengan malaikat yang betul: Mengurus rezeki dan menurunkan hujan.ڤادنكن توڬس دڠن ملائكة يڠ بتول: مڠوروس رزقي دان منوروڼكن هوجن.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mikail
Buku teks ms. 76.
[1 markah] (i)Padankan tugas dengan malaikat yang betul: Menjaga syurga.ڤادنكن توڬس دڠن ملائكة يڠ بتول: منجاڬ شرڬ.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Ridwan
Buku teks ms. 76.
[1 markah] (j)Isi tempat kosong: Malaikat ialah makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada ______.ايسي تمڤت كوسوڠ: ملائكة اياله مخلوق الله ﷻ يڠ دجاديكن درڤد ______.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (k)Aiman berkata, "Malaikat mendapat pahala yang banyak kerana sentiasa taat." Betulkan kenyataan Aiman dengan menyatakan perbezaan malaikat dengan manusia dari segi tanggungjawab.ايمن بركات، "ملائكة منداڤت ڤهالا يڠ باڽق كران سنتياس طاعة." بتولكن كڽاتاءن ايمن دڠن مڽاتاكن ڤربزاءن ملائكة دڠن ماءنسي دري سڬي تڠڬوڠجواب.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (l)Hanis rajin bersedekah dan menjauhi perbuatan mengumpat walaupun tiada sesiapa yang mendengarnya. Nyatakan dua hikmah beriman kepada malaikat yang tercermin daripada sikap Hanis.هانيس راجين برصدقه دان منجاءوهي ڤربواتن مڠومڤت والاوڤون تياد سسياڤا يڠ مندڠرڽ. ڽاتاكن دوا حكمة برايمان كڤد ملائكة يڠ ترچرمين درڤد سيكڤ هانيس.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mana-mana 2 isi
Tandakan setiap isi yang betul.
[3 markah] (m)Seorang murid berkata, "Alam yang luas ini wujud dengan sendirinya." Dengan menggunakan dalil aqli, bantah kenyataan murid itu untuk membuktikan Allah SWT bersifat al-Qawiy.سأورڠ موريد بركات، "عالم يڠ لواس اين وجود دڠن سنديريڽ." دڠن مڠڬوناكن دليل عقلي، بنته كڽاتاءن موريد ايت اونتوق ممبوقتيكن الله ﷻ برصيفت القوي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[3 markah] (n)Hadi telah belajar bersungguh-sungguh dan berdoa untuk menghadapi UASA. Nyatakan satu sikap yang perlu dia tunjukkan selepas berusaha dan jelaskan sebabnya berdasarkan sifat al-Qadir.هادي تله بلاجر برسوڠكوه٢ دان بردعاء اونتوق مڠهادڤي اواسا. ڽاتاكن ساتو سيكڤ يڠ ڤرلو دي تونجوقكن سلڤس براوسها دان جلسكن سببڽ برداسركن صيفت القدير.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Sikap [1] + sebab [2].
Tandakan setiap isi yang betul.
Untuk guru: Memahami, aras rendah, Topik 7, standard 3.5.1, 3.5.3, 3.5.4, 3.6.1, 3.6.3, 3.6.4, 3.6.5
Buku teks ms. 68

Bahagian Dبهاڬين D

20 markah
Fikah. Jawab semua soalan.فقه. جواب سموا سوءالن.
24

Soalan 24

Solat berjamaah dan solat Jumaat menyatukan umat Islam. Jawab soalan berikut.صلاة برجماعة دان صلاة جمعة مڽاتوكن اومة إسلام. جواب سوءالن برايكوت.
[1 markah] (a)Tandakan Betul atau Salah: Hukum solat berjamaah bagi komuniti Muslim ialah fardu kifayah.تنداكن بتول اتاو ساله: حكوم صلاة برجماعة باڬي كوميونيتي مسلم اياله فرض كفاية.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Buku teks ms. 90: sunat muakkadah bagi individu, fardu kifayah bagi komuniti Muslim.
[1 markah] (b)Rajah 5 menunjukkan kedudukan imam dan makmum. Tandakan Betul atau Salah: Kedudukan makmum lelaki dan makmum perempuan dalam Rajah 5 adalah betul.رجه 5 منونجوقكن كدودوقن امام دان مأموم. تنداكن بتول اتاو ساله: كدودوقن مأموم لالكي دان مأموم ڤرمڤوان دالم رجه 5 اداله بتول.
Imam lelaki berdiri di hadapan, tiga makmum lelaki dalam satu saf di belakangnya dan seorang makmum perempuan di belakang saf lelaki
Rajah 5رجه 5
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Buku teks ms. 93: saf makmum lelaki di belakang imam, kemudian saf makmum perempuan di belakang saf lelaki.
[1 markah] (c)Tandakan Betul atau Salah: Makmum masbuk memberi salam bersama-sama imam.تنداكن بتول اتاو ساله: مأموم مسبوق ممبري سلام برساما٢ امام.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Salah
Makmum masbuk berdiri selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal (buku teks ms. 94).
[1 markah] (d)Tandakan Betul atau Salah: Imam perempuan hanya boleh menjadi imam kepada makmum perempuan.تنداكن بتول اتاو ساله: امام ڤرمڤوان هاڽ بوليه منجادي امام كڤد مأموم ڤرمڤوان.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Betul
Syarat menjadi imam (buku teks ms. 91): imam lelaki boleh menjadi imam kepada semua makmum, imam perempuan hanya kepada makmum perempuan.
[1 markah] (e)Padankan dengan syarat solat Jumaat yang betul: Lelaki.ڤادنكن دڠن شرط صلاة جمعة يڠ بتول: لالكي.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Syarat wajib
Tujuh syarat wajib: Islam, baligh, berakal, merdeka, lelaki, sihat dan mustautin (buku teks ms. 98).
[1 markah] (f)Padankan dengan syarat solat Jumaat yang betul: Didahului dengan dua khutbah.ڤادنكن دڠن شرط صلاة جمعة يڠ بتول: ددهولوءي دڠن دوا خطبة.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Syarat sah
Enam syarat sah: di masjid, 40 orang mustautin, waktu Zuhur, satu solat Jumaat bagi satu tempat, berjamaah dan didahului dua khutbah (buku teks ms. 98).
[1 markah] (g)Padankan dengan syarat solat Jumaat yang betul: Bilangan jamaah sekurang-kurangnya 40 orang mustautin termasuk imam.ڤادنكن دڠن شرط صلاة جمعة يڠ بتول: بيلڠن جماعة سكورڠ٢نيا 40 اورڠ مستوطن ترماسوق امام.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Syarat sah
Buku teks ms. 98.
[1 markah] (h)Padankan dengan syarat solat Jumaat yang betul: Baligh.ڤادنكن دڠن شرط صلاة جمعة يڠ بتول: بالغ.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Syarat wajib
Buku teks ms. 98.
[1 markah] (i)Padankan: Membaca satu ayat al-Quran pada satu daripada dua khutbah.ڤادنكن: ممباچ ساتو اية القرءان ڤد ساتو درڤد دوا خطبة.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Rukun khutbah
Lima rukun khutbah: memuji Allah SWT, berselawat, berpesan supaya bertakwa, membaca satu ayat al-Quran dan berdoa untuk orang Islam (buku teks ms. 101).
[1 markah] (j)Padankan: Memegang tongkat dengan tangan kiri.ڤادنكن: مماڬڠ توڠكت دڠن تاڠن كيري.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Sunat bagi khatib
Buku teks ms. 101: memegang tongkat dengan tangan kiri ialah sunat bagi khatib dan tidak membatalkan khutbah jika tertinggal.
[2 markah] (k)Aizat tiba di masjid ketika imam sedang rukuk pada rakaat pertama dan dia belum sempat membaca al-Fatihah dengan sempurna. Namakan jenis makmum Aizat dan nyatakan apa yang perlu dilakukannya selepas imam memberi salam.ايزت تيبا دمسجد كتيك امام سدڠ ركوع ڤد ركعة ڤرتام دان دي بلوم سمڤت ممباچ الفاتحة دڠن سمڤورنا. نامكن جنيس مأموم ايزت دان ڽاتاكن اڤا يڠ ڤرلو دلاكوكنڽ سلڤس امام ممبري سلام.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (l)Yusri tinggal di rumah saudaranya di sebuah pekan selama lima hari dan mendengar azan Jumaat dari masjid berdekatan. Adakah solat Jumaat wajib ke atasnya? Berikan satu sebab.يوسري تيڠڬل درومه ساودارانڽ دسبواه ڤكن سلاما ليم هاري دان مندڠر ازان جمعة درڤد مسجد برديكتن. اداكه صلاة جمعة واجب كأتسڽ؟ بريكن ساتو سبب.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (m)Rafi bermain permainan di telefon bimbit ketika khatib sedang berkhutbah. Nyatakan satu adab mendengar khutbah yang dilanggarnya dan satu perkara yang sepatutnya dia lakukan.رافي برماءين ڤرماينن دتيليفون بيمبيت كتيك خطيب سدڠ برخطبة. ڽاتاكن ساتو ادب مندڠر خطبة يڠ دلڠڬرڽ دان ساتو ڤركارا يڠ سڤاتوتڽ دي لاكوكن.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (n)Bandingkan hukum solat berjamaah bagi individu dengan hukum solat Jumaat bagi lelaki Muslim yang mukalaf.بنديڠكن حكوم صلاة برجماعة باڬي اينديۏيدو دڠن حكوم صلاة جمعة باڬي لالكي مسلم يڠ مكلف.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (o)Jelaskan dua hikmah solat Jumaat kepada masyarakat Islam.جلسكن دوا حكمة صلاة جمعة كڤد مشاركت إسلام.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Hikmah [1] + huraian [1] bagi setiap hikmah, atau dua hikmah yang jelas [1 + 1].
Mana-mana 2 isi
Tandakan setiap isi yang betul.
Untuk guru: Mengaplikasi, aras sederhana, Topik 9, standard 4.8.1, 4.8.3, 4.8.5, 4.8.6, 4.9.2, 4.9.3, 4.9.4, 4.9.5, 4.9.9, 4.9.10
Buku teks ms. 90

Bahagian Eبهاڬين E

20 markah
Sirah dan Tamadun Islam serta Akhlak Islamiah. Jawab semua soalan.سيرة دان تمدون إسلام سرتا اخلاق إسلامية. جواب سموا سوءالن.
25

Soalan 25

Dakwah Rasulullah SAW bermula di Makkah dan berakhir dengan hijrah ke Madinah. Jawab soalan berikut.دعوة رسول الله ﷺ برمولا دمكة دان براخير دڠن هجرة ك مدينة. جواب سوءالن برايكوت.
[1 markah] (a)Rajah 6 menunjukkan kedudukan beberapa bandar di Tanah Arab. Madinah, destinasi hijrah Rasulullah SAW, terletak di sebelah ______ Makkah (Mekah).رجه 6 منونجوقكن كدودوقن ببراڤ بندر دتانه عرب. مدينة، ديستيناسي هجرة رسول الله ﷺ، ترلتق دسبله ______ مكة (ميكه).
Peta Tanah Arab: Madinah, Jeddah, Mekah dan Ta'if
Rajah 6رجه 6
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[1 markah] (b)Tandakan Betul atau Salah: Abu Bakar al-Siddiq memeluk Islam sebelum Khadijah, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah.تنداكن بتول اتاو ساله: ابو بكر الصديق مملوق إسلام سبلوم خديجة، علي بن ابي طالب دان زيد بن حارثة.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Salah
Khadijah, Ali dan Zaid bin Harithah antara orang terawal memeluk Islam. Pengislaman Abu Bakar mengikuti selepas itu (buku teks ms. 146).
[1 markah] (c)Tandakan Betul atau Salah: Suraqah bin Malik ialah penunjuk jalan yang membawa Rasulullah SAW dan Abu Bakar ke Madinah.تنداكن بتول اتاو ساله: سراقة بن مالك اياله ڤنونجوق جالن يڠ ممباوا رسول الله ﷺ دان ابو بكر ك مدينة.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Salah
Penunjuk jalan ialah Abdullah bin Uraiqit. Suraqah ialah orang yang cuba menangkap baginda (buku teks ms. 160-161).
[1 markah] (d)Padankan dengan bentuk penentangan yang betul: Memutuskan segala bentuk perhubungan dengan Rasulullah SAW, Bani Hasyim, Bani Muttalib dan orang Islam.ڤادنكن دڠن بنتوق ڤنتڠن يڠ بتول: مموتوسكن سڬالا بنتوق ڤرهوبوڠن دڠن رسول الله ﷺ، بني هاشم، بني مطلب دان اورڠ إسلام.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Pemulauan
Buku teks ms. 150.
[1 markah] (e)Padankan dengan bentuk penentangan yang betul: Memberi pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah SAW dengan syarat baginda menghentikan dakwah.ڤادنكن دڠن بنتوق ڤنتڠن يڠ بتول: ممبري ڤڠكت، هرتا دان وانيتا كڤد رسول الله ﷺ دڠن شرط بڬيندا مڠهنتيكن دعوة.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tawaran
Buku teks ms. 150.
[1 markah] (f)Padankan dengan bentuk penentangan yang betul: Memesongkan perhatian masyarakat Makkah daripada dakwah baginda melalui syair.ڤادنكن دڠن بنتوق ڤنتڠن يڠ بتول: ممسوڠكن ڤرهاتين مشاركت مكة درڤد دعوة بڬيندا ملالوءي شعر.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Memburuk-burukkan dakwah
Buku teks ms. 150.
[1 markah] (g)Padankan dengan faktor penentangan yang betul: Seorang pembesar Quraisy berkata, "Jika Muhammad berjaya, hamba-hamba kita akan sama taraf dengan kita."ڤادنكن دڠن فكتور ڤنتڠن يڠ بتول: سأورڠ ڤمبسر قريش بركات، "جك محمد برجاي، همبا٢ كيت اكن سام طرف دڠن كيت."
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Sosial
Faktor sosial: berpegang pada semangat perkauman dan perhambaan, lalu menolak persamaan taraf dan keadilan masyarakat (buku teks ms. 149).
[1 markah] (h)Padankan dengan faktor penentangan yang betul: Seorang peniaga berhala di Makkah bimbang pelanggannya semakin berkurang.ڤادنكن دڠن فكتور ڤنتڠن يڠ بتول: سأورڠ ڤنياڬ برهالا دمكة بيمبڠ ڤلاڠڬنڽ سماكين بركوراڠ.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Ekonomi
Faktor ekonomi: pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas kerana Islam melarang penyembahan berhala (buku teks ms. 149).
[2 markah] (i)Peristiwa berikut berlaku semasa hijrah Rasulullah SAW.
P. Tiba di Quba
Q. Bersembunyi di Gua Thur
R. Ali tidur di tempat baginda di Makkah
S. Disambut oleh penduduk Yathrib di Madinah
Susun peristiwa itu mengikut urutan yang betul.
ڤريستيوا برايكوت برلاكو سمس هجرة رسول الله ﷺ.
P. تيبا دقباء
Q. برسمبوڽي دڬوا ثور
R. علي تيدور دتمڤت بڬيندا دمكة
S. دسمبوت اوليه ڤندودوق يثرب دمدينة
سوسون ڤريستيوا ايت مڠيكوت اوروتن يڠ بتول.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
R, Q, P, S
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (j)Nyatakan dua perkara yang dijanjikan dalam Baiah Aqabah pertama.ڽاتاكن دوا ڤركارا يڠ دجنجيكن دالم بيعة عقبة ڤرتام.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mana-mana 2 isi
Tandakan setiap isi yang betul.
[2 markah] (k)Mengapakah Rasulullah SAW berdakwah secara sulit terlebih dahulu sebelum berdakwah secara terang-terangan?مڠاڤاكه رسول الله ﷺ بردعوة سچارا سوليت ترلبيه دهولو سبلوم بردعوة سچارا ترڠ٢ن؟
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tandakan setiap isi yang betul.
[3 markah] (l)Rasulullah SAW yakin akan pertolongan Allah SWT, tetapi baginda tetap membuat perancangan yang teliti semasa berhijrah. Berikan tiga bukti perancangan itu.رسول الله ﷺ يقين اكن ڤرتولوڠن الله ﷻ، تتاڤي بڬيندا تتڤ ممبوات ڤرنچڠن يڠ تليتي سمس برهجرة. بريكن تيڬ بوقتي ڤرنچڠن ايت.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mana-mana 3 isi
Tandakan setiap isi yang betul.
[3 markah] (m)Danish ditawarkan belajar di sebuah sekolah berasrama penuh yang jauh dari rumah dan bimbang tentang cabaran di sana. Berdasarkan iktibar hijrah, nyatakan tiga sikap yang perlu dia amalkan.دانيش دتاوركن بلاجر دسبواه سكوله برأسراما ڤنوه يڠ جاوه درڤد رومه دان بيمبڠ تنتڠ چبران دسان. برداسركن اعتبار هجرة، ڽاتاكن تيڬ سيكڤ يڠ ڤرلو دي اعملكن.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mana-mana 3 isi
Tandakan setiap isi yang betul.
Untuk guru: Menganalisis, aras tinggi, Topik 12, standard 5.4.1, 5.4.2, 5.5.2, 5.5.3, 5.5.5
Buku teks ms. 146
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
TopikMengingatMemahamiMengaplikasiMenganalisisMenilaiMenciptaItemmarkah
1. Al-Quran: Allah SWT Pengurnia Hidayah; Hanya Allah SWT Yang Maha Esa1 (1)–1 (10)–––211
2. Al-Quran: Luasnya Kuasa Allah SWT–1 (1)––––11
3. Al-Quran: Mudahnya Tajwid (Hukum Nun Sakinah dan Tanwin; Hukum Mim Sakinah)1 (1)1 (1)––––22
4. Al-Quran: Manisnya Persaudaraan; Mengharap Keampunan Allah SWT––1 (1)–––11
5. Al-Quran: Kesantunan Dakwah Rasulullah SAW; Amanah terhadap Harta dan Nyawa––1 (1)–––11
6. Hadis: Mungkar Dicegah Hidup Berkat; Mencari yang Halal–1 (10)1 (1)–––211
7. Akidah: Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT (al-Qadir, al-Qawiy); Ketaatan Malaikat–2 (21)––––221
8. Akidah: Pengaduan kepada Allah SWT1 (1)–––––11
9. Fikah: Solat Berjamaah Pengikat Hati; Solat Jumaat Wadah Kesatuan1 (1)1 (1)1 (20)–––322
10. Fikah: Tayamum dengan Debu Suci; Rukhsah Anugerah daripada Allah SWT1 (1)––1 (1)––22
11. Fikah: Puasa Benteng Diri; Solat Sunat Menampung Kefarduan––1 (1)–––11
12. Sirah: Terbitnya Fajar Dakwah; Hijrah Detik Bersejarah1 (1)1 (1)–1 (20)––322
13. Sirah: Kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah; Wanita Seri Teladan Ummah–––1 (1)––11
14. Akhlak: Malu Perisai Iman; Kasih Menawan Sayang––1 (1)–––11
15. Akhlak: Muliakan Ibu Bapa, Bahagiakan Keluarga; Santuni Jiranmu––1 (1)–––11
16. Akhlak: Masjid Destinasiku1 (1)–––––11
Jumlah7 (7)7 (35)8 (36)3 (22)0 (0)0 (0)25100
Setiap petak menunjukkan item (markah).