Jadual Berkala Unsur
What this chapter coversMatlamat bab ini
- Saya boleh menghuraikan sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur (4.1.1)
- Saya boleh mendeduksikan prinsip asas penyusunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur (4.1.2)
- Saya boleh memerihalkan Jadual Berkala Unsur moden (4.2.1)
- Saya boleh merumuskan hubungan di antara nombor proton dengan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala Unsur (4.2.2)
- Saya boleh menghubungkaitkan sifat lengai unsur Kumpulan 18 dengan kestabilannya (4.3.1)
- Saya boleh mengitlak perubahan sifat fizik unsur apabila menuruni Kumpulan 18 (4.3.2)
- Saya boleh memerihalkan kegunaan unsur Kumpulan 18 dalam kehidupan harian (4.3.3)
- Saya boleh mengitlak perubahan sifat fizik unsur apabila menuruni Kumpulan 1 (4.4.1)
- Saya boleh mengkaji sifat kimia unsur Kumpulan 1 melalui tindak balas dengan air, gas oksigen dan klorin (4.4.2)
- Saya boleh mengitlak perubahan kereaktifan unsur apabila menuruni Kumpulan 1 (4.4.3)
- Saya boleh menaakul sifat fizik dan sifat kimia unsur lain dalam Kumpulan 1 (4.4.4)
- Saya boleh mengitlak perubahan sifat fizik unsur apabila menuruni Kumpulan 17 (4.5.1)
- Saya boleh merumuskan sifat kimia unsur Kumpulan 17 (4.5.2)
- Saya boleh mengitlak perubahan kereaktifan unsur apabila menuruni Kumpulan 17 (4.5.3)
- Saya boleh menaakul sifat fizik dan sifat kimia unsur lain dalam Kumpulan 17 (4.5.4)
- Saya boleh menghuraikan trend perubahan sifat fizik unsur merentasi Kala 3 (4.6.1)
- Saya boleh mengeksperimen untuk melihat perubahan sifat kimia oksida unsur apabila merentasi Kala 3 (4.6.2)
- Saya boleh memerihalkan kegunaan unsur separa logam (4.6.3)
- Saya boleh mengenal pasti kedudukan unsur peralihan dalam Jadual Berkala Unsur (4.7.1)
- Saya boleh menjelaskan dengan contoh ciri istimewa bagi beberapa unsur peralihan (4.7.2)
- Saya boleh menyatakan kegunaan unsur peralihan dalam industri (4.7.3)
4.1Perkembangan jadual berkala unsur
| Ahli sains | Sumbangan | Kelemahan atau kepentingan |
|---|---|---|
| Antoine Lavoisier | Mengelaskan unsur kepada kumpulan gas, bukan logam, logam dan oksida logam | Kurang tepat: cahaya, haba dan beberapa sebatian dianggap unsur; ada unsur dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia berbeza |
| Johann W. Dobereiner | Triad: tiga unsur dengan sifat kimia serupa; jisim atom Sr hampir sama dengan purata jisim atom Ca dan Ba (juga Cl, Br, I) | Terhad kepada beberapa unsur sahaja, tetapi mengaitkan sifat kimia dengan jisim atom |
| John Newlands | Hukum Oktaf: unsur disusun mengikut pertambahan jisim atom; sifat unsur kelapan berulang daripada unsur pertama | Hanya dipatuhi oleh 17 unsur yang pertama, tetapi menunjukkan corak berkala |
| Lothar Meyer | Memplot graf isi padu atom melawan jisim atom; unsur pada kedudukan setara pada lengkung mempunyai sifat serupa (logam alkali di puncak) | Membuktikan ulangan sifat unsur seperti Newlands |
| Dmitri Mendeleev | Pertambahan jisim atom; unsur sifat serupa dalam lajur menegak yang sama; meninggalkan ruang kosong untuk unsur belum ditemui dan meramal sifatnya | Ramalannya menjadikan jadual diyakini |
| Henry Moseley | Mengkaji frekuensi sinar-X: setiap unsur ada nombor proton tersendiri; menyusun unsur mengikut nombor proton yang menaik | Asas jadual moden; meramal Tc, Pm, Hf dan Re |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.2Susunan unsur dalam jadual berkala moden
Unsur disusun mengikut nombor proton yang menaik dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Kumpulan ialah lajur menegak (18 kumpulan); kedudukannya ditentukan oleh bilangan elektron valens. Kala ialah baris mengufuk (7 kala); kedudukannya ditentukan oleh bilangan petala yang berisi elektron.
Elektron valens 3 hingga 8: Kumpulan = bilangan elektron valens + 10.
Kala = bilangan petala yang berisi elektron.
| Unsur | Nombor proton | Susunan elektron | Elektron valens | Kumpulan | Bilangan petala berisi elektron | Kala |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Litium, Li | 3 | 2.1 | 1 | 1 | 2 | 2 |
| Kalsium, Ca | 20 | 2.8.8.2 | 2 | 2 | 4 | 4 |
| Aluminium, Al | 13 | 2.8.3 | 3 | 3 + 10 = 13 | 3 | 3 |
| Silikon, Si | 14 | 2.8.4 | 4 | 4 + 10 = 14 | 3 | 3 |
| Nitrogen, N | 7 | 2.5 | 5 | 5 + 10 = 15 | 2 | 2 |
| Oksigen, O | 8 | 2.6 | 6 | 6 + 10 = 16 | 2 | 2 |
| Bromin, Br | 35 | 2.8.18.7 | 7 | 7 + 10 = 17 | 4 | 4 |
| Kripton, Kr | 36 | 2.8.18.8 | 8 | 8 + 10 = 18 | 4 | 4 |
Jadual disusun semula daripada Jadual 4.1, buku teks Kimia Tingkatan 4 KSSM, m.s. 83.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.3Unsur dalam Kumpulan 18
Kumpulan 18: helium (He), neon (Ne), argon (Ar), kripton (Kr), xenon (Xe), radon (Rn) dan oganesson (Og). Unsur ini dikenali sebagai gas adi (juga gas nadir) yang mempunyai sifat lengai.
Perubahan sifat fizik menuruni kumpulan
| Unsur | Jejari atom (nm) | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) | Ketumpatan (g cm⁻³) |
|---|---|---|---|---|
| Helium, He | 0.050 | -270 | -269 | 0.00017 |
| Neon, Ne | 0.070 | -248 | -246 | 0.00080 |
| Argon, Ar | 0.094 | -189 | -186 | 0.00170 |
| Kripton, Kr | 0.109 | -156 | -152 | 0.00350 |
| Xenon, Xe | 0.130 | -122 | -108 | 0.00550 |
| Radon, Rn | - | -71 | -62 | - |
Menuruni kumpulan, saiz atom bertambah (elektron dan petala berisi elektron bertambah), maka jejari atom, takat lebur, takat didih dan ketumpatan bertambah. Saiz atom yang lebih besar meningkatkan daya tarikan antara atom; daya ini menjadi lebih kuat dan lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya.
| Unsur | Kegunaan |
|---|---|
| Helium | Diisi ke dalam belon kaji cuaca; dalam tangki oksigen penyelam |
| Neon | Lampu papan iklan |
| Argon | Diisi ke dalam mentol elektrik; atmosfera lengai dalam kerja mengimpal pada suhu tinggi |
| Kripton | Lampu denyar kilat pada kamera; laser untuk rawatan retina mata |
| Xenon | Lampu rumah api; ubat bius |
| Radon | Merawat kanser |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.4Unsur dalam Kumpulan 1
Kumpulan 1 (logam alkali): litium (Li), natrium (Na), kalium (K), rubidium (Rb), sesium (Cs) dan fransium (Fr). Setiap atom mempunyai satu elektron valens dan menderma elektron itu untuk membentuk ion bercas +1: M → M⁺ + e⁻.
Sifat fizik dan perubahannya menuruni kumpulan
| Unsur | Jejari atom (nm) | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) |
|---|---|---|---|
| Litium, Li | 0.133 | 186 | 1342 |
| Natrium, Na | 0.186 | 98 | 880 |
| Kalium, K | 0.203 | 64 | 760 |
- Logam yang lembut, ketumpatan rendah (terapung di atas air) dan berpermukaan kelabu berkilat pada suhu bilik.
- Takat lebur dan takat didih rendah berbanding logam lain (ferum: takat lebur 1540 °C, takat didih 2760 °C).
- Menuruni kumpulan, jejari atom bertambah; takat lebur dan takat didih berkurang kerana ikatan logam menjadi lemah, maka kurang tenaga haba diperlukan untuk memutuskannya.
Sifat kimia (sama sifat, berbeza kereaktifan)
| Bertindak balas dengan | Hasil | Persamaan |
|---|---|---|
| Air | Larutan hidroksida yang beralkali dan gas hidrogen | 2Li(p) + 2H₂O(ce) → 2LiOH(ak) + H₂(g) |
| Gas oksigen | Pepejal putih, oksida logam (larut dalam air menghasilkan larutan beralkali) | 4Li(p) + O₂(g) → 2Li₂O(p) Li₂O(p) + H₂O(ce) → 2LiOH(ak) |
| Gas klorin | Pepejal putih, logam klorida | 2Na(p) + Cl₂(g) → 2NaCl(p) |
Larutan yang terhasil menukar kertas litmus merah kepada biru.
Rubidium dan sesium sangat aktif dan mudah terbakar; fransium radioaktif, tidak stabil dan berjangka masa hayat pendek. Kegunaan: litium dalam bateri, natrium dalam lampu wap natrium, sebatian kalium dalam baja.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.5Unsur dalam Kumpulan 17
Kumpulan 17 (halogen): fluorin (F), klorin (Cl), bromin (Br), iodin (I), astatin (At) dan tennessine (Ts). Halogen wujud sebagai molekul dwiatom. Setiap atom mempunyai tujuh elektron valens dan menerima satu elektron untuk membentuk ion bercas -1: X + e⁻ → X⁻.
| Unsur | Keadaan fizik | Warna | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) | Ketumpatan (g cm⁻³) |
|---|---|---|---|---|---|
| Klorin, Cl₂ | Gas | Kuning kehijauan | -101 | -34 | 0.00300 |
| Bromin, Br₂ | Cecair | Perang kemerahan | -7 | 59 | 3.11900 |
| Iodin, I₂ | Pepejal | Hitam keunguan | 114 | 184 | 4.95000 |
Menuruni kumpulan, saiz molekul bertambah, daya tarikan antara molekul menjadi lebih kuat, maka takat lebur, takat didih dan ketumpatan bertambah; keadaan fizik berubah daripada gas kepada cecair dan pepejal, dan warna menjadi lebih gelap.
| Bertindak balas dengan | Hasil | Contoh |
|---|---|---|
| Air | Larutan berasid | Cl₂(g) + H₂O(ce) ⇌ HCl(ak) + HOCl(ak) |
| Logam | Halida logam | 2Fe(p) + 3Br₂(ce) → 2FeBr₃(p) |
| Larutan beralkali | Halida logam, halat logam dan air | I₂(p) + 2NaOH(ak) → NaI(ak) + NaOI(ak) + H₂O(ce) |
Fluorin ialah gas beracun berwarna kuning muda, sangat reaktif dan mengakis; gabungan dengan hidrogen boleh menghasilkan letupan kuat. Astatin radioaktif, sukar dijumpai dan tidak stabil. Kegunaan: klorin dalam peluntur, bromin antara bahan dalam pemadam api, iodin sebagai disinfektan. Semua halogen larut dalam pelarut organik dan tidak mengkonduksikan haba serta elektrik.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.6Unsur dalam Kala 3
Natrium, magnesium, aluminium, silikon, fosforus, sulfur, klorin dan argon mempunyai tiga petala berisi elektron, maka berada dalam kala yang sama.
| Unsur | Na | Mg | Al | Si | P | S | Cl | Ar |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jejari atom (nm) | 0.186 | 0.160 | 0.143 | 0.118 | 0.110 | 0.104 | 0.100 | 0.094 |
| Keelektronegatifan | 0.9 | 1.2 | 1.5 | 1.8 | 2.1 | 2.5 | 3.0 | - |
| Keadaan fizik | Pepejal | Gas (Cl, Ar) | ||||||
Data daripada Jadual 4.7, buku teks Kimia Tingkatan 4 KSSM, m.s. 97.
- Merentasi kala dari kiri ke kanan, jejari atom berkurang kerana bilangan proton bertambah, maka cas dalam nukleus bertambah dan menarik elektron lebih kuat.
- Keelektronegatifan bertambah kerana daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin bertambah.
- Na, Mg, Al ialah logam; Si ialah separa logam (metaloid); P, S, Cl, Ar ialah bukan logam.
Sifat kimia oksida merentasi Kala 3

Rajah daripada buku teks Kimia Tingkatan 4 KSSM, m.s. 99.
| Jenis oksida | Daripada | Sifat |
|---|---|---|
| Oksida bes | Kumpulan 1 dan 2 (Na, Mg) | Larut dalam air menghasilkan larutan beralkali; bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air |
| Oksida amfoterik | Aluminium | Berkeupayaan bertindak sebagai asid dan bes; bertindak balas dengan asid dan alkali membentuk garam dan air |
| Oksida asid | Kumpulan 14, 15, 16, 17 (Si, P, S, Cl) | Larut dalam air menghasilkan larutan berasid; bertindak balas dengan alkali membentuk garam dan air |
Kegunaan unsur separa logam (4.6.3)
Separa logam (metaloid) mempunyai sifat logam dan bukan logam. Metaloid ialah konduktor elektrik yang lemah, tetapi konduktor yang baik pada suhu tinggi. Maka silikon digunakan sebagai semikonduktor dalam pembuatan mikrocip elektronik untuk komputer dan telefon bimbit. Germanium juga digunakan dalam industri mikroelektronik.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.7Unsur peralihan
Unsur peralihan terletak di antara Kumpulan 2 dan 13 (lajur 3 hingga 12), contohnya kromium (Cr), mangan (Mn), ferum (Fe) dan kuprum (Cu). Skandium dan zink tidak dianggap sebagai unsur peralihan kerana kedua-duanya tidak menunjukkan ciri-ciri logam peralihan.

Rajah daripada buku teks Kimia Tingkatan 4 KSSM, m.s. 101.
Semua unsur peralihan ialah logam: pepejal berpermukaan berkilat, sangat keras berbanding logam Kumpulan 1 dan 2, ketumpatan tinggi, takat lebur dan takat didih tinggi, mulur dan boleh ditempa.
| Ciri istimewa | Contoh |
|---|---|
| Bertindak sebagai mangkin | Serbuk besi (Fe) dalam Proses Haber |
| Membentuk ion berwarna | Cr³⁺ hijau, Cr₂O₇²⁻ jingga, Mn²⁺ merah jambu, MnO₄⁻ ungu, Fe²⁺ hijau, Fe³⁺ perang, Cu²⁺ biru |
| Lebih daripada satu nombor pengoksidaan | Cr: +3, +6; Mn: +2, +4, +7; Fe: +2, +3; Cu: +1, +2 |
| Membentuk ion kompleks | [Cu(NH₃)₄]²⁺, [Fe(CN)₆]³⁻, [Fe(CN)₆]⁴⁻, [Fe(H₂O)₆]²⁺ |
Kegunaan dalam industri (4.7.3)
| Mangkin | Proses industri |
|---|---|
| Ferum, Fe | Proses Haber: menghasilkan ammonia, NH₃ |
| Vanadium(V) oksida, V₂O₅ | Proses Sentuh: menghasilkan asid sulfurik, H₂SO₄ |
| Platinum, Pt | Proses Ostwald: menghasilkan asid nitrik, HNO₃ |
| Nikel, Ni (atau platinum) | Penghidrogenan minyak sayuran untuk membuat marjerin |
Kegunaan lain: mangan untuk kaca tingkap berwarna, ferum untuk jambatan, titanium untuk membuat cat.