Sirah: Pembentukan Negara Madinah
Matlamat bab ini
- Murid boleh menyatakan latar belakang masyarakat Madinah sebelum dan selepas hijrah (5.1.1)
- Murid boleh menerangkan pembinaan Masjid an-Nabawi sebagai asas pertama pembentukan negara Madinah (5.1.2)
- Murid boleh menjelaskan persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar sebagai asas kedua (5.1.3)
- Murid boleh menyatakan isi kandungan Piagam Madinah sebagai asas ketiga (5.1.4)
- Murid boleh menjelaskan iktibar pembentukan negara Madinah (5.1.5)
- Murid boleh mengamalkan iktibar pembentukan negara Madinah dalam kehidupan (5.1.6)
Dalam topik ini kita belajar bagaimana negara Islam yang pertama dibentuk di Madinah oleh Nabi Muhammad SAW. Kita kenali masyarakat Madinah, tiga asas pembentukan negara itu, dan iktibar yang boleh kita amalkan.
مڠاڤاكه مدينة منجادي تمڤت ڤيليهن نبي محمد ﷺ مندريكن نڬارا إسلام يڠ ڤرتام؟
17.1Madinah dan penduduknya مدينة دان ڤندودوقڽ
نام اصلڽ اياله يثرب.
| Kumpulan | Kabilah |
|---|---|
| Orang Arab | Aus dan Khazraj |
| Orang Yahudi | Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah |
Rumusan buku teks, ms. 141.
- Perniagaan dan pertanian ialah sumber ekonomi mereka.
- Kabilah-kabilah sering bertelagah. Selepas hijrah, Nabi Muhammad SAW menyatukan mereka dengan tiga asas.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
17.2Tiga asas pembentukan negara Madinah تيڬ اساس ڤمبنتوقن نڬارا مدينة
Selepas berhijrah, Nabi Muhammad SAW meletakkan tiga asas penting (ms. 142–145).
| Asas | Apa yang dibuat | Jawi |
|---|---|---|
| 1 | Membina masjid | ممبينا مسجد |
| 2 | Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar | ممڤرساوداراكن مهاجرين دڠن أنصار |
| 3 | Piagam Madinah | ڤياكم مدينة |
Asas pertama: pembinaan Masjid an-Nabawi
Perkara pertama yang Baginda lakukan apabila tiba di Madinah ialah membina masjid. Masjid itu dibina di atas tanah milik dua anak yatim dari Bani an-Najjar. Baginda dan para sahabat bekerja bersama-sama membinanya.
Masjid menjadi pusat:
- ibadah dan mengukuhkan iman kepada Allah SWT;
- pembelajaran agama, perkembangan ilmu dan dakwah;
- pertemuan dan perhimpunan umat Islam untuk aktiviti bersama;
- pemerintahan, tempat Baginda berbincang dengan sahabat sebelum membuat keputusan.
Rumusan buku teks, ms. 142.
Asas kedua: persaudaraan Muhajirin dengan Ansar
مهاجرين اياله صحابت يڠ برهجرة برساما نبي محمد ﷺ. أنصار اياله ڤندودوق اصل مدينة يڠ مملوق إسلام.
| Pasangan dipersaudarakan |
|---|
| Abu Bakar as-Siddiq dengan Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair |
| Umar bin al-Khattab dengan 'Utban bin Malik |
| Ja'far bin Abi Talib dengan Mu'az bin Jabal |
Contoh buku teks, ms. 143.
Akhlak kaum Ansar untuk menghubungkan silaturahim: memberi perlindungan, membantu menyediakan keperluan, dan berkongsi harta serta kediaman. Hasilnya, semangat kesukuan jahiliah dihapuskan dan masyarakat menjadi harmoni serta bersatu padu.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Asas ketiga: Piagam Madinah
Piagam Madinah ialah perjanjian bertulis yang pertama di dunia. Ia mengandungi peraturan hidup bersama bagi semua penduduk Madinah, Muslim dan bukan Muslim.

Ilustrasi: buku teks Pendidikan Islam Tahun 6, ms. 145.
| Perkara | Isi |
|---|---|
| Kewajipan umat Islam | Saling melindungi dan membantu dalam kebaikan dan takwa; menentang kezaliman, perkelahian dan perbuatan dosa. |
| Kedudukan Yahudi dan bukan Islam | Yahudi bebas mengamalkan agama mereka. Orang bukan Islam berhak dalam hal beragama dan melakukan kebaikan. |
| Tanggungjawab semua penduduk | Memperakui Nabi sebagai ketua negara; memberi sumbangan kepada negara; hidup bersatu dan bekerjasama mempertahankan Madinah daripada pemberontakan dan bahaya; setiap perbalahan diadili mengikut ajaran Islam. |
Kesannya, negara Madinah bertambah makmur dan maju. Kemakmuran itu hasil peraturan yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
17.3Iktibar pembentukan negara Madinah اعتبار

Ilustrasi: buku teks Pendidikan Islam Tahun 6, ms. 146.
| Iktibar | Tindakan kita |
|---|---|
| Masjid berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. | Memakmurkan masjid dengan ibadah dan kemasyarakatan. |
| Silaturahim dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam. | Mengeratkan silaturahim sesama Muslim. |
| Sikap hormat-menghormati dan toleransi melahirkan masyarakat yang harmoni. | Mengamalkan sikap hormat dan toleransi dalam masyarakat berbilang kaum. |
| Kepimpinan Nabi ialah contoh terbaik. | Bersikap adil, tegas dan mengutamakan kesejahteraan orang yang dipimpin. |