Sentiasa Bersedia
What this chapter coversMatlamat bab ini
- Saya boleh menyatakan kandungan peti pertolongan cemas dan fungsi setiap peralatan (9.1.1)
- Saya boleh mengenal pasti alatan yang tidak perlu ada dalam peti pertolongan cemas (9.1.1)
- Saya boleh menerangkan cara menggunakan peralatan peti pertolongan cemas dengan betul bagi kecederaan melecur (9.1.2)
- Saya boleh menyatakan keadaan melecur yang perlu diberi perhatian oleh doktor perubatan (9.1.2)
13.1Kandungan peti pertolongan cemas
Ganesh membawa peti pertolongan cemas sebagai persediaan menghadapi sebarang risiko kecederaan semasa aktiviti kembara hutan. Setiap alatan di dalamnya mempunyai fungsi tersendiri.
| Peralatan | Fungsi |
|---|---|
| Kain kasa steril | Melindungi luka daripada jangkitan kuman. |
| Pembalut (bandage) | Membalut anggota yang luka atau tercedera supaya dapat menghentikan pendarahan. |
| Pengepit (tweezer) | Mengambil cebisan kaca, kayu atau duri yang tertusuk pada luka. |
| Kain kasa (gauze) | Menampal luka setelah diletakkan antiseptik atau ubat luka. |
| Kapas | Membersihkan luka atau menyapu antiseptik pada bahagian luka. |
| Minyak angin | Meringankan rasa sakit kepala atau pening kepala. |
| Pin penyemat | Mematikan dan mengemaskan balutan. |
| Antiseptik | Membunuh kuman pada bahagian luka dan membersihkan luka. |
| Gunting | Memotong plaster, seluar atau baju mangsa. |
| Kain anduh | Dijadikan penyokong kepada anggota yang cedera. |
| Plaster | Menampal luka terbuka untuk menghentikan darah. |
| Sarung tangan perubatan | Mengelakkan sentuhan langsung dengan mangsa yang berdarah dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit. |
| Buku panduan pertolongan cemas | Rujukan ringkas semasa bertindak menggunakan kandungan peti pertolongan cemas. |

Rajah daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6, ms. 102.
Semak diri: Apakah alatan yang digunakan untuk mengambil duri yang tertusuk pada luka?
Show answer
13.2Cara menggunakan peralatan untuk kecederaan melecur
Ganesh dan rakan-rakannya menghasilkan poster cara menggunakan peralatan peti pertolongan cemas mengikut jenis kecederaan. Contoh di buku teks ialah melecur.
- Mengenal pasti kawasan melecur: pakai sarung tangan perubatan sebelum mengendalikan mangsa; guna gunting untuk memotong pakaian yang telah melekat pada kulit yang melecur.
- Membersih kawasan melecur: alirkan air bersih ke bahagian melecur selama 10 hingga 15 minit; guna kapas untuk membersih dan pengepit untuk mengambil cebisan kain yang melekat.
- Menyapu antiseptik: selepas dibersihkan, sapukan burn gel atau krim antiseptik.
- Menutup bahagian melecur: guna pembalut dan kain kasa steril supaya tidak terdedah dan mudah dijangkiti kuman; guna pin penyemat untuk mengemaskan balutan.

Rajah daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6, ms. 104.
Semak diri: Berapa lamakah air bersih dialirkan ke kawasan melecur?
Show answer
Aktiviti (ms. 103): Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil, diberi masa 15 minit untuk menyediakan dan menyenaraikan jenis alatan peti pertolongan cemas serta fungsinya. Kumpulan yang berjaya melakukan tugasan dengan betul dan tepat ialah pemenang. Murid juga boleh menyatakan objek di sekeliling yang boleh digunakan sama seperti peralatan peti pertolongan cemas ketika kecemasan, dan menghasilkan peti sendiri daripada kotak kasut terpakai.