Rukun Negara
What this chapter coversMatlamat bab ini
- Murid boleh menyatakan sebab-sebab pengenalan Rukun Negara, iaitu perbezaan kegiatan ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan perbezaan fahaman politik (10.3.1, K10.3.4)
- Murid boleh menerangkan lima matlamat dan lima prinsip Rukun Negara (10.3.2)
- Murid boleh menerangkan kepentingan mengamalkan matlamat dan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan (K10.3.5)
- Murid boleh menjelaskan peranan Rukun Negara dalam kehidupan seharian (10.3.3)
- Murid boleh menghuraikan kepentingan Rukun Negara dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia (K10.3.6)
3.1Latar belakang Rukun Negara
| Perkara | Fakta |
|---|---|
| Diisytiharkan oleh | Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Keempat (Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin), sebagai Pengisytiharan Diraja. |
| Tarikh | 31 Ogos 1970, bersempena dengan ulang tahun Hari Kebangsaan yang ke-13. |
| Dirangka oleh | Jawatankuasa Rukun Negara di bawah Majlis Perundingan Negara (MAPEN), pada 4 Mac 1970. |
| Dibentuk selepas | Pentadbiran negara dijalankan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) selepas peristiwa 13 Mei 1969. |
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 36.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
3.2Sebab-sebab pengenalan Rukun Negara
Ada tiga sebab yang membawa kepada pembentukan Rukun Negara. Rukun Negara diperkenalkan untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 37 (sumber: Arkib Negara Malaysia).
| Sebab | Penjelasan |
|---|---|
| 1. Perbezaan kegiatan ekonomi | Pentadbiran British membawa masuk pekerja dari luar untuk bekerja dalam sektor ekonomi. Masyarakat diasingkan dari segi kegiatan ekonomi utama, lalu wujud jurang ekonomi yang tidak seimbang. |
| 2. Pengasingan tempat tinggal | Masyarakat tinggal berasingan, maka kurang peluang untuk berinteraksi. |
| 3. Perbezaan fahaman politik | Hubungan kaum menjadi renggang. Suasana tidak harmoni mencetuskan rusuhan kaum, iaitu peristiwa 13 Mei 1969. |
Kegiatan ekonomi dan tempat tinggal
| Kaum | Kegiatan ekonomi utama | Tempat tinggal |
|---|---|---|
| Melayu | Pertanian sara diri | Kampung dan kawasan pedalaman |
| Cina | Perlombongan dan perniagaan | Kawasan bandar |
| India | Perladangan | Kawasan ladang |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
3.3Matlamat Rukun Negara
Rukun Negara mempunyai lima matlamat dan lima prinsip yang menjadi pegangan hidup rakyat Malaysia. Prinsip-prinsip ini ialah kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 38 (sumber: 50 Fakta Rukun Negara, Arkib Negara Malaysia).
- mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokrasi;
- mencipta satu masyarakat yang adil, kemakmuran negara dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
- membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
3.4Lima prinsip Rukun Negara

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 38 (sumber: 50 Fakta Rukun Negara, Arkib Negara Malaysia).
Prinsip pertama: kepercayaan kepada Tuhan
Agama menjadi pegangan utama rakyat Malaysia. Prinsip ini melahirkan rakyat yang menghormati amalan beragama masyarakat lain. Ia juga menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 39.
Prinsip kedua: kesetiaan kepada raja dan negara
Setiap warganegara memberikan sepenuh taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara. Prinsip ini menjadikan masyarakat bersatu padu dan mempunyai semangat patriotik.
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 40.
Prinsip ketiga: keluhuran perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara. Tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggiannya. Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan.
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 41.
Prinsip keempat: kedaulatan undang-undang
Setiap rakyat perlu menghormati dan mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan. Kepatuhan ini menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan negara. Kita perlu mempertahankan kedaulatan undang-undang negara.
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 42.
Prinsip kelima: kesopanan dan kesusilaan
Ini ialah amalan nilai murni yang melambangkan keperibadian rakyat Malaysia. Amalan nilai murni membentuk masyarakat yang berdisiplin, berakhlak mulia dan hidup harmoni. Masyarakat saling memahami dan saling bekerjasama.
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 43.
| Prinsip | Maksud ringkas |
|---|---|
| Kepercayaan kepada Tuhan | Agama sebagai pegangan utama; menghormati amalan beragama orang lain |
| Kesetiaan kepada raja dan negara | Taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Utama Negara |
| Keluhuran perlembagaan | Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi |
| Kedaulatan undang-undang | Menghormati dan mematuhi undang-undang |
| Kesopanan dan kesusilaan | Mengamalkan nilai murni |
Keluarga Geetha dan jirannya berdoa mengikut kepercayaan masing-masing untuk kesembuhan bapa Geetha: kepercayaan kepada Tuhan.
Sarjit Singh rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara: kesetiaan kepada raja dan negara.
Mardiana memimpin seorang nenek melintas jalan: kesopanan dan kesusilaan.
Ethan terlibat menggubal undang-undang di Parlimen: keluhuran perlembagaan.
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 48 (Fikir dan jawab).
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
3.5Peranan Rukun Negara dalam kehidupan harian
Rukun Negara berperanan mewujudkan rakyat yang bersatu padu dan bersikap toleransi. Ia menjadi panduan untuk memupuk semangat setia kawan dan taat setia akan negara.
| Peranan | Penjelasan |
|---|---|
| Meraikan kepelbagaian agama dan kepercayaan | Prinsip kepercayaan kepada Tuhan membentuk masyarakat yang patuh akan ajaran agama masing-masing. Masyarakat beragama dapat mengelakkan perasaan dengki, khianat, amalan rasuah, penyalahgunaan dadah dan keruntuhan moral. Ia juga melahirkan sikap rendah diri, sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat Tuhan. |
| Membentuk masyarakat yang patriotik | Semangat cinta akan negara melahirkan rakyat yang taat setia dan sanggup berkorban. Rakyat menghormati lambang kedaulatan negara: bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku. |
| Memupuk sikap menghormati undang-undang | Rakyat dibimbing supaya tidak terlibat dengan kegiatan jenayah yang menggugat keselamatan negara. Kepatuhan kepada undang-undang mewujudkan keamanan dan kesejahteraan. |
| Mengukuhkan perpaduan masyarakat | Rakyat mengamalkan semangat permuafakatan dan bersikap toleransi. Rakyat dibimbing memahami dan menghormati budaya kaum lain. |
| Menerapkan nilai murni | Masyarakat mempunyai nilai kesopanan yang tinggi dan berbudi pekerti mulia. Hubungan menjadi harmoni dan saling menghormati. |
| Membentuk jati diri masyarakat Malaysia | Rukun Negara membentuk jati diri yang unggul dan individu yang mempunyai integriti. |
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 44-46.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
3.6Imbas kembali dan cinta akan negara

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 47.
Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara melahirkan masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan sejahtera. Rukun Negara perlu dijadikan panduan hidup semua warganegara Malaysia.
| Peringkat | Kesannya |
|---|---|
| Diri | Menjadi individu yang berbudi bahasa dan saling menghormati. |
| Masyarakat | Saling memahami dan bertolak ansur mewujudkan keharmonian serta kesejahteraan. |
| Negara | Keharmonian dan kesejahteraan masyarakat mengukuhkan kestabilan dan kemajuan negara. |
Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 49.