myUASARevision for UASAUlang kaji UASA
Sejarah notesnota, unit 4

Kaum di Malaysia

TextbookBuku teks Sejarah Tahun 6 SK (Semakan 2017), pageshalaman 50–75

What this chapter coversMatlamat bab ini

  • Murid boleh menyatakan kepelbagaian kaum di Malaysia (11.1.1)
  • Murid boleh menyatakan petempatan serta kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia dahulu dan kini (11.1.2)
  • Murid boleh menyenaraikan alat muzik dan tarian tradisional masyarakat di Malaysia (11.1.3)
  • Murid boleh menyenaraikan jenis permainan tradisional masyarakat di Malaysia (11.1.4)
  • Murid boleh menghuraikan cerita rakyat berunsur tempatan dalam masyarakat di Malaysia (11.1.5)
  • Murid boleh menyatakan kepentingan bertoleransi antara kaum sebagai asas perpaduan (K11.1.6)
  • Murid boleh menerangkan kepentingan menghargai keunikan budaya tempatan dan menghuraikan kepentingan perkongsian maklumat tentang kepelbagaian kaum di Malaysia (K11.1.7, K11.1.8)

4.1Kepelbagaian kaum di Malaysia

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza dari segi keturunan, agama dan kebudayaan. Antara kaum di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Melanau, Kadazandusun, Bidayuh, Bajau dan Iranun.

Kita perlu menghargai keunikan setiap kaum demi kemakmuran bersama. Keunikan Malaysia terletak pada pelbagai kaum yang hidup bertoleransi.

Kaum utama

KaumBahasaPakaian tradisional
MelayuBahasa Melayu. Mendiami Alam Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.Baju kurung (perempuan), baju Melayu (lelaki).
CinaKebanyakannya bahasa Mandarin, di samping dialek Hokkien, Hakka dan Kantonis.Ceongsam (perempuan, biasanya daripada kain lembut seperti sutera), changsan (lelaki).
IndiaKebanyakannya bahasa Tamil. Ada juga yang menggunakan bahasa Telugu dan Malayalam.Sari (perempuan), doti (lelaki).
IbanBahasa Iban. Kaum terbesar di Sarawak.Tenunan pua kumbu (wanita), digayakan semasa Hari Gawai dan majlis perkahwinan. Baju burung dan kelambi (lelaki).
KadazandusunDialek sukuan masing-masing. Kaum terbesar di Sabah.Berbeza-beza antara etnik. Digayakan semasa majlis rasmi seperti majlis perkahwinan dan Pesta Kaamatan.
Jangan keliru: kaum terbesar di Sarawak ialah Iban. Kaum terbesar di Sabah ialah Kadazandusun.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 52 dan 53.

Orang Asli

Di Semenanjung Malaysia, Orang Asli terbahagi kepada tiga kumpulan terbesar, iaitu Negrito (Semang), Senoi dan Melayu Proto.

Keistimewaan mereka ialah mengekalkan ciri tradisional seperti kemahiran kraf tangan, penghasilan ubat-ubatan herba dan penggunaan bahasa mengikut suku.

Muzium Seni Kraf Orang Asli terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Muzium ini membantu kita mengekalkan warisan budaya kesenian masyarakat Orang Asli.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 53.

Kaum campuran dan kaum lain

KaumMaklumat penting
Baba dan NyonyaDi Melaka. Hasil perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan. “Baba” bagi lelaki, “Nyonya” bagi perempuan. Bertutur dalam dialek Melayu Baba. Pakaian: kebaya bersulam dan berkain batik sarung.
ChettiHasil perkahwinan pedagang India dengan penduduk tempatan. Kebanyakannya di Melaka. Bahasa: bahasa Melayu kreol. Pakaian: kebaya bersulam dan berkain batik sarung.
SikhBahasa ibunda ialah bahasa Punjabi. Lelaki memakai baju panjang hingga lutut, seluar dan sarban. Wanita memakai salwar kameez bersama dupatta atau selendang.
SiamTinggal di Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Bertutur dalam bahasa Siam dan Melayu. Menyambut perayaan Songkran pada tahun baharu mereka. Menghadiri upacara agama di wat.
SeraniDikenali juga sebagai orang Eurasia, hasil perkahwinan campur orang Portugis dengan penduduk tempatan. Bahasa: Kristang dan Inggeris. Tarian popular: branyo dan frapeirra.
Kreol ialah bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 53 dan 54.

Kaum lain di Sarawak dan Sabah

  • Sarawak: Melayu, Bidayuh, Kenyah, Kelabit, Melanau, Bisaya, Kedayan, Kayan, Penan dan Lun Bawang.
  • Sabah: Bajau, Bisaya, Murut, Kedayan, Iranun, Rungus, Suluk, Melayu Brunei dan Orang Sungai.

Keunikan mereka dilihat melalui perbezaan bahasa, agama, kepercayaan, pakaian tradisional dan budaya.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 55.

Mengetahui, mempelajari dan berkongsi maklumat tentang pelbagai kaum mampu melahirkan masyarakat yang cinta akan tanah air (K11.1.6, K11.1.8).
Namakan tiga kumpulan terbesar Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Negrito (Semang), Senoi dan Melayu Proto.

4.2Petempatan dan kegiatan ekonomi dahulu dan kini

Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk petempatan. Hasil sumber alam yang banyak menyebabkan muncul pelbagai kegiatan ekonomi.

Dahulu

Sebelum merdeka, petempatan penduduk berdasarkan kegiatan ekonomi atau pekerjaan masing-masing.

KaumTempat tinggalPekerjaan
MelayuKampung, persisiran pantai dan sungaiPetani, nelayan, peniaga kecil-kecilan, perkhidmatan awam
CinaPekan dan bandarPelombong dan peniaga
IndiaKawasan ladang dan pinggir bandarPekerja ladang, peniaga kecil-kecilan, pekerja pelabuhan
Orang AsliPedalaman, terutama di Perak, Selangor, Pahang, Kelantan dan TerengganuKraf tangan, berburu, mengutip hasil hutan

Kaum di Sarawak dan Sabah (dahulu)

  • Bidayuh, Kenyah dan Kelabit: pedalaman; padi sawah, padi bukit dan kutip hasil hutan.
  • Iban dan Bisaya: berhampiran lembah sungai; petani.
  • Melayu, Melanau dan Kedayan: persisiran pantai; pedagang, pembuat perahu dan pengusaha sagu.
  • Murut: pedalaman; petani dan kutip hasil hutan.
  • Kadazandusun dan Rungus: kebanyakannya di pedalaman. Kadazandusun mengusahakan padi. Rungus terkenal dalam seni perusahaan kreatif.
  • Bajau: petani atau nelayan.
  • Melayu Brunei, Iranun dan Suluk: persisiran pantai; nelayan, pembuat perahu dan pedagang.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 56 dan 57.

Kini

  • Setelah merdeka dan pembentukan Malaysia, negara semakin makmur.
  • Pemimpin merancang pelbagai dasar untuk pembangunan negara.
  • Usaha menangani kegiatan ekonomi berasaskan kaum berjaya.
  • Sikap toleransi membolehkan masyarakat bekerja bersama-sama dan tinggal dalam satu kawasan perumahan.
  • Kemakmuran ekonomi membolehkan rakyat hidup bersama dan aman tanpa pemisahan tempat tinggal.
Dahulu dan kini Dahulu: petempatan dan kegiatan ekonomi berbeza mengikut kaum.
Kini: tidak ada pengasingan petempatan mengikut kegiatan ekonomi.
Jangan tulis bahawa kini setiap kaum masih tinggal berasingan mengikut pekerjaan. Itu keadaan dahulu.
Di manakah masyarakat Cina tinggal dahulu dan apakah pekerjaan mereka?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mereka tinggal di pekan dan bandar. Mereka bekerja sebagai pelombong dan peniaga.

4.3Alat muzik dan tarian tradisional

Alat muzik dan tarian ialah seni yang wujud berabad-abad lamanya. Warisan ini membentuk identiti negara. Ada alat muzik dan tarian yang dipengaruhi unsur dari Timur Tengah, China, India dan Alam Melayu.

Alat muzik

Kebanyakan alat muzik dibuat daripada sumber alam dan bahan semula jadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Ini menunjukkan kebijaksanaan pencipta alat muzik.

Angklung, gambus, nafiri dan geduk, alat muzik masyarakat Melayu
Alat muzik masyarakat Melayu. Dari kiri: angklung, gambus, nafiri dan geduk.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 58.

MasyarakatAlat muzikBahan atau ciri
MelayuAngklungBuluh yang diikat pada rangka yang disebut ancak.
GambusJenis kayu keras seperti kayu pokok nangka.
NafiriLogam, lazimnya perak. Bahagian serombong agak leper dan diukir motif bunga.
GedukSejenis gendang dua muka. Muka diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau, dipasak dengan kayu nibung.
CinaGendangDipukul dengan dua pemukul. Badan kayu keras.
Bo (po)Sepasang piring bulat rata, biasanya kepingan gangsa.
Liu qinAlat bertali. Pemetik daripada tanduk atau plastik.
Seruling (zhudi)Sebatang buluh dengan lapan lubang.
IndiaPullangkulalBuluh. Bunyi terhasil apabila jari menutup dan membuka lubang.
TalamLogam gangsa. Berbunyi apabila dilagakan.
MattalamGendang dua muka ditutup kulit kambing. Badan kayu diikat dengan tali.
VeenaiKayu keras berukir. Ada tujuh tali logam yang dipetik.
SarawakSapeKayu meranti dengan tali yang dipetik. Dimainkan kaum Kayan, Kelabit dan Kenyah.
EngkeruraiBatang buluh dipasang pada buah labu kering. Terkenal dalam kalangan Iban.
EngkerumongKeluarga gong daripada gangsa. Terkenal dalam kalangan Iban, Bidayuh dan Melanau.
Gendang (ketebong)Gendang satu muka daripada kayu belian dan tapang, ditutup kulit kambing atau kijang. Dikenali sebagai ketebong oleh Iban.
SabahKulintanganSekumpulan gong kecil daripada logam. Dimainkan kaum Bajau dan Kadazandusun.
SompotonBuluh dilekatkan dengan lilin kelulut pada labu kering. Terkenal dalam kalangan Kadazandusun.
TongkungonBuluh poring yang berbuku di kedua-dua hujung. Terkenal dalam kalangan Kadazandusun.
TontogGendang bujur daripada batang pokok merbau. Banyak terdapat dalam kalangan Rungus.
Alat muzik masyarakat Cina dan India dengan keterangan
Alat muzik masyarakat Cina (gendang, bo, liu qin, seruling) dan masyarakat India (pullangkulal, talam, mattalam, veenai).

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 59.

Alat muzik masyarakat Sarawak dan Sabah dengan keterangan
Alat muzik masyarakat Sarawak (sape, engkerurai, engkerumong, gendang) dan masyarakat Sabah (kulintangan, sompoton, tongkungon, tontog).

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 60.

Banyak alat muzik dibuat daripada buluh: angklung, seruling, pullangkulal, engkerurai, sompoton dan tongkungon. Alat muzik bertali: gambus, liu qin, veenai dan sape.
Aktiviti: cipta alat muzik daripada bahan terpakai seperti straw dan tin, atau sumber alam seperti daun pisang, daun kelapa dan batang padi.
Namakan satu alat muzik masyarakat India yang diperbuat daripada buluh.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Pullangkulal.

Tarian tradisional

Gerak seni tari yang dipersembahkan oleh setiap kaum mempunyai maksud dan tujuan tertentu.

TarianKaum atau asalMaklumat penting
MakyungMelayuSeni drama yang menggabungkan lakonan, tarian, muzik dan nyanyian. Iringan: tawak, gong, gendang ibu dan gendang anak, canang, kesi, serunai dan rebab. Dahulu dipertontonkan di istana dan majlis rasmi negara.
ZapinMelayuDahulu ditarikan kaum lelaki, kini turut ditarikan berpasangan oleh lelaki dan wanita. Iringan: gambus, gendang, rebana dan marakas. Untuk hiburan semasa pesta dan majlis perkahwinan.
SingaCinaUntuk merayakan Tahun Baharu Cina, pembukaan kedai baharu dan menyambut tetamu kehormat. Iringan: bo, gendang besar dan gong. Lambang keharmonian, keamanan dan kebahagiaan.
Bharata natyamIndiaBerkaitan alam semesta, dizahirkan melalui gerak tubuh yang bermaksud tertentu. Ditarikan sebagai pembuka tirai persembahan kebudayaan India.
NgajatIban, SarawakDipercayai untuk mengajar cara berperang pada masa dahulu, juga untuk hiburan dan upacara ritual. Iringan: bebendai, ketebong, engkerumong dan tawak. Dipersembahkan semasa Hari Gawai.
SumazauKadazandusun, SabahSumazau oleh kaum Kadazan, sumayau oleh kaum Dusun. Alat muzik utama: gong. Untuk menghormati semangat padi dan semasa Pesta Kaamatan.
SewangOrang AsliIdentiti masyarakat Orang Asli. Penari berselempang bunga, daun kelapa, daun palas, daun nipah dan kulit kayu. Alat muzik: buluh centong, gendang, kereb, pensol dan tetawak. Untuk upacara ritual, perubatan dan majlis keramaian.
BhangraSikhAlat muzik utama: dram dhol kayu besar, harmonika dan tamborin. Dipersembahkan dalam majlis keluarga dan keramaian.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 61 hingga 63.

Jangan keliru: tarian ngajat milik kaum Iban (Hari Gawai). Tarian sumazau milik kaum Kadazandusun (Pesta Kaamatan).
Tarian tradisional menyuntik semangat muhibah dalam kalangan masyarakat. Kita wajar berasa bangga akan keunikan budaya tempatan (K11.1.7).
Apakah tujuan tarian singa dipersembahkan?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Untuk merayakan Tahun Baharu Cina, pembukaan kedai baharu dan majlis menyambut tetamu kehormat.

4.4Permainan tradisional

Permainan tradisional terdiri daripada permainan anjung, permainan laman dan permainan kawasan lapang. Dimainkan oleh kanak-kanak dan dewasa, secara individu atau berkumpulan. Permainan ini memupuk kerjasama, kreativiti dan persaingan sihat.

JenisPermainanMaklumat penting
AnjungCongkakBerpasangan. Mengisi “buah” (guli) ke dalam deretan lubang pada papan congkak. Dahulu buah daripada biji getah atau batu kecil.
Batu serembanSekurang-kurangnya dua pemain, biasanya perempuan. Lima atau tujuh biji batu kecil. Juga dikenali sebagai selambut dan batu tujuh.
Go atau weiqiBerpapan, berpasangan, buah hitam dan putih. Menguasai kawasan papan lebih besar daripada lawan.
Yoyo Cina atau diaboloBoleh dimainkan secara perseorangan. Yoyo diikat pada tali dan dua batang kayu.
ChaturangamSeperti catur, dua pemain. Simulasi peperangan. Menang dengan menewaskan raja.
ParamapadhamSeperti dam ular, dua hingga empat pemain. Bergerak mengikut angka dadu. Menang jika sampai ke penamat dengan pantas.
LamanSepak ragaWujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dimainkan semua kaum secara berkumpulan. Bola rotan.
Chap teh (tating lawi)Permainan masyarakat Cina; orang Melayu menyebutnya tating lawi. Bola lawi daripada tiga atau empat helai bulu ayam. Menang dengan tatingan terbanyak.
KabaddiPermainan masyarakat India. Dua pasukan, tujuh pemain setiap pasukan. Penyerang menyentuh pihak lawan.
Kawasan lapangWauLazimnya dimainkan selepas musim menuai. Dimainkan oleh dua orang: seorang memegang wau, seorang memegang tali.
TibauDimainkan semasa Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau, Sarawak. Dua batang kayu berbentuk piramid dengan tali rotan yang diayun.
Sepak manggisKerap dimainkan di Kota Belud, Sabah. Menendang bola raga pada bungkusan hadiah yang digantung pada tiang tinggi.
GasingDua cara: gasing uri dan gasing pangkah. Langkah: melilit, memusing, memangkah dan mengangkat gasing.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 64 hingga 67.

Tahukah anda? Congkak, batu seremban, kabaddi, tating lawi, menyumpit, pistol buluh, sepak raga, ketinting, baling tin dan ketuk keli telah diangkat sebagai warisan kebangsaan negara.
Jangan keliru: kabaddi ialah permainan masyarakat India (tujuh pemain setiap pasukan). Chap teh ialah permainan masyarakat Cina.
Namakan tiga jenis permainan tradisional.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Permainan anjung, permainan laman dan permainan kawasan lapang.

4.5Cerita rakyat berunsur tempatan

Cerita rakyat ialah cerita yang wujud dan berkembang dalam masyarakat pada zaman dahulu. Ia disampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi lain. Cerita ini tiada pemilik khusus tetapi dimiliki bersama.

Kita mendapat nasihat, pengajaran dan hiburan daripada cerita rakyat. Jenisnya: legenda, mitos, cerita asal usul, cerita jenaka, cerita binatang dan cerita hikayat.

Si Luncai dengan Labu-labunya

  1. Si Luncai dijatuhi hukuman oleh raja kerana mempermain-mainkan raja serta pembesar.
  2. Pesuruh raja memasukkannya ke dalam guni dan membawanya dengan perahu ke tengah laut. Dari dalam guni, Si Luncai melihat beberapa biji labu air.
  3. Si Luncai menyanyi “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!” Pesuruh raja turut menyanyi sehingga leka.
  4. Si Luncai keluar dari guni, mengisi labu ke dalam guni, lalu terjun dan berenang menggunakan labu air. Pesuruh raja mencampakkan guni berisi labu. Si Luncai selamat sampai ke pantai.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 69.

Legenda Santubong Sang Puteri (Sarawak)

  • Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang berasal dari kayangan. Mereka diturunkan ke bumi untuk mendamaikan dua kampung berjiran, iaitu Pasir Kuning dan Pasir Putih.
  • Syaratnya: tidak boleh bergaduh sesama sendiri.
  • Puteri Santubong pandai menenun kain. Puteri Sejinjang mahir menumbuk padi. Mereka memakmurkan kampung itu.
  • Kedua-duanya menyukai Putera Serapi dari Matang. Mereka bertelingkah. Puteri Sejinjang mengayun antan dan terkena pipi Puteri Santubong. Puteri Santubong menikam batang belidah dan terkena kepala Puteri Sejinjang.
  • Kerana melanggar sumpah, kedua-dua puteri bertukar menjadi gunung. Pukulan antan menyebabkan Gunung Santubong sumbing. Kepala Puteri Sejinjang pecah menjadi Pulau Kera, Pulau Satang dan Pulau Talang-talang.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 70 dan 71.

Legenda Nunuk Ragang (Sabah)

  • Menceritakan kemunculan pelbagai kaum di Tambunan dan Ranau, Sabah.
  • Masyarakat di Sungai Liwagu berehat di bawah pohon nunuk. Seekor ayam gergasi berwarna merah dan bertaji emas datang.
  • Penduduk menaiki sayapnya dan terbang bersama. Di mana ayam itu mengibarkan sayap, di situlah orang kampung jatuh dan membina petempatan.
  • Akhirnya mereka terpisah dan membina dialek masing-masing.
Nunuk ragang ialah sejenis pokok kayu ara merah.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 72.

Warisan cerita rakyat perlu dipertahankan demi generasi akan datang. Cerita rakyat menggambarkan kepelbagaian budaya negara kita.
Bagaimanakah Si Luncai menyelamatkan dirinya?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Dia menyanyi sehingga pesuruh raja leka. Dia mengisi labu ke dalam guni, lalu terjun dan berenang menggunakan labu air hingga sampai ke pantai.

4.6Cinta akan negara

Keunikan kepelbagaian kaum dilihat melalui perbezaan alat muzik, tarian, permainan dan cerita rakyat. Keunikan ini mendorong kita menghormati budaya dan adat semua kaum.

PeringkatKesannya
DiriSebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengenali dan menghormati adat serta budaya kaum lain.
MasyarakatMenghormati adat dan budaya kaum lain melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bermoral tinggi.
NegaraWarganegara yang berakhlak dan bermoral mampu menjulang nama negara agar dihormati masyarakat dunia.

Buku teks Sejarah Tahun 6 SK, ms. 75.

Mengapakah kita perlu menghormati adat dan budaya kaum lain?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Ia melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bermoral tinggi, dan dapat menjulang nama negara agar dihormati masyarakat dunia.