myUASAUlang kaji UASA
Geografi nota, bab 12

Sumber air

Buku teks Geografi Tingkatan 1 KSSM, halaman 132–143

Matlamat bab ini

  • Murid boleh mengenal pasti jenis sumber air di Malaysia: air permukaan dan air bawah tanah (SP 5.1.1)
  • Murid boleh menjelaskan dengan contoh punca krisis air di Malaysia (SP 5.1.2)
  • Murid boleh membincangkan kesan krisis air di Malaysia (SP 5.1.3)
  • Murid boleh menerangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan krisis air (SP 5.1.4)

12.1Jenis-jenis sumber air

  • Malaysia menerima hujan yang tinggi sepanjang tahun: kira-kira 2 500 mm hingga 3 000 mm setahun.
  • Malaysia kaya dengan dua sumber air: air permukaan dan air bawah tanah.
  • 97% sumber air negara datang daripada air permukaan. Air permukaan ialah sumber air utama.
JenisMaksudContoh
Air permukaanAir yang didapati di permukaan daratanSungai, tasik, empangan
Air bawah tanahAir yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan di bawah permukaan bumiPerigi, telaga, mata air, telaga tiub

Air permukaan

  • Air hujan melalui proses hidrologi seperti intersepsi dan infiltrasi.
  • Air hujan mengalir di permukaan bumi lalu sampai ke sistem saliran: sungai, empangan dan tasik.
  • Sungai ialah sumber air utama untuk kegunaan harian, industri dan pengairan pertanian.
  • Ada lebih kurang 150 lembangan sungai utama yang membekalkan air mentah negara.
IstilahMaksud (glosari buku teks)
IntersepsiAir hujan jatuh di permukaan daratan tetapi tidak menyerap ke dalam tanah
InfiltrasiAir di permukaan daratan menyerap ke dalam tanah
Cara ingat: infiltrasi = air "masuk" (in) ke dalam tanah, macam air melalui penapis (filter).

Sungai dan tasik yang membekalkan sumber air utama

SungaiNegeriTasikNegeri
Sungai KelantanKelantanTasik BandingPerak
Sungai RajangSarawakTasik KenyirTerengganu
Sungai PahangPahangTasik BeraPahang
Sungai MudaKedahTasik ChenderohPerak
Sungai KinabatanganSabah

Rajah 12.1 Sumber air permukaan di Malaysia: buku teks Geografi Tingkatan 1, ms. 134.

Air bawah tanah

  • Malaysia ada kira-kira 5 000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diterokai.
  • Hanya 3% air bawah tanah digunakan di Malaysia.
  • NAHRIM (Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia) mengkaji air bawah tanah sebagai sumber air alternatif bagi Selangor.
Rajah kitaran air: hujan turun ke gunung, air larian permukaan mengalir ke laut, air meresap menjadi air bawah tanah, sejat peluhan dan wap air naik membentuk awan
Proses kitaran air. Ikut anak panah: hujan → air larian permukaan / air bawah tanah → sejat peluhan dan wap air → awan → hujan.

Rajah 12.2 Proses kitaran air: buku teks, ms. 135.

97% ialah peratus sumber air negara daripada air permukaan. Angka 3% ialah bahagian air bawah tanah yang digunakan. Jangan terbalikkan.
Namakan dua jenis sumber air di Malaysia dan berikan satu contoh bagi setiap jenis.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Air permukaan, contohnya Sungai Pahang / Tasik Kenyir. Air bawah tanah, contohnya telaga / perigi / telaga tiub.

12.2Punca krisis air di Malaysia

Krisis air ialah situasi kekurangan sumber air yang dapat digunakan.

Walaupun kaya dengan air, Malaysia pernah mengalami krisis air, contohnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada tahun 2014.

Enam punca krisis air (Rajah 12.3):

PuncaPeneranganContoh / fakta
1. Penebangan hutan di kawasan tadahan airHutan penting untuk bekalan air bersih. Pembalakan dan pertanian menyebabkan hakisan tanah. Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan dan kualiti air.Pembukaan ladang di kawasan tadahan
2. Fenomena cuacaKemarau dan El Nino mengurangkan hujan. Aras air empangan menyusut.El Nino 2016: aras air Empangan Timah Tasoh (Perlis) dan Empangan Bukit Merah (Perak) sampai tahap kritikal; pembenihan awan dilakukan
3. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungaiSungai tercemar dengan sampah dan sisa industri.JAS 2016: 229 daripada 473 sungai tercemar
4. Permintaan tinggi sektor perindustrianPermintaan air industri terus meningkat.Industri pemprosesan makanan, pembuatan dan penyaduran, kimia
5. Baja kimia dan racun seranggaPenggunaan yang berlebihan atau tidak ikut piawaian mencemarkan sungai.Kawasan pertanian (sawah, ladang)
6. Peningkatan populasi pendudukLebih ramai penduduk, lebih tinggi permintaan air.Penduduk Malaysia dianggarkan 35 juta orang pada tahun 2020
Jentera menebang hutan, tanah terdedah
Penerokaan hutan menyebabkan hakisan tanah
Botol plastik dan sampah terapung di sungai
Sampah sarap di dalam sungai
Petani menyembur racun serangga di sawah padi
Pencemaran baja kimia dan racun serangga

Foto: buku teks, ms. 136–137.

Contoh pengiraan: berapa peratus sungai tercemar? (data JAS 2016)

229 ÷ 473 × 100 = 48.4%. Hampir separuh sungai yang dipantau tercemar. Sungai yang tidak tercemar: 473 − 229 = 244 batang.

Cara ingat enam punca: "Hutan, Cuaca, Sampah, Kilang, Baja, Penduduk".
Fenomena cuaca ialah punca semula jadi. Lima punca lain berpunca daripada kegiatan manusia.
Pada tahun 2016, aras air Empangan Timah Tasoh menyusut ke tahap kritikal. Apakah fenomena cuaca yang menyebabkannya?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
El Nino, yang menyebabkan kemarau panjang di Semenanjung Malaysia.

12.3Kesan krisis air di Malaysia

Air ialah keperluan asas semua hidupan. Krisis air yang berlarutan membawa empat kesan buruk:

KesanPenerangan
1. Kekurangan bekalan air bersihBekalan air dicatu (dihadkan penggunaannya). Kegiatan harian penduduk sukar; sektor perindustrian terganggu.
2. Kesan ke atas tanihTanah menjadi kering-kontang dan tekstur tanah berubah. Pertanian (contoh: tanaman padi) terjejas, bekalan makanan dan hasil negara berkurang.
3. Kepupusan flora dan faunaPencemaran air menyebabkan tumbuhan dan haiwan mati dan pupus. Ekosistem menjadi tidak seimbang dan mengancam manusia. Hidupan akuatik (ikan) mati.
4. Kemudaratan kepada manusiaPenyakit bawaan air menular apabila bekalan air tercemar: taun, demam kepialu dan leptospirosis.
Penduduk beratur dengan baldi mengambil air daripada lori tangki
Catuan air
Tanah merekah kering-kontang
Tanah kering-kontang
Banyak ikan mati terapung di permukaan sungai
Ikan mati kerana air tercemar

Foto: buku teks, ms. 138–139.

Leptospirosis ialah penyakit zoonosis (berjangkit daripada haiwan kepada manusia), disebabkan bakteria Leptospira sp. Manusia dijangkiti melalui air, makanan atau tanah yang dicemari air kencing haiwan seperti tikus.
  • Laporan JAS 2016: 5.3% sumber air daripada 473 sungai telah tercemar; 36.6% mula menunjukkan tanda pencemaran.
  • Contoh berita (Sinar Harian, 2016): air Sungai Rim, Jasin bertukar hitam dan berbau; berpuluh-puluh ikan seperti tilapia dan puyu mati.
Denggi bukan penyakit bawaan air yang disenaraikan dalam bab ini. Ingat tiga: taun, demam kepialu, leptospirosis.
Apakah maksud "bekalan air dicatu"? Berikan satu kesannya kepada penduduk.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Penggunaan air dihadkan atau ditetapkan. Kesan: kegiatan harian seperti memasak, mandi dan membasuh menjadi sukar; penduduk terpaksa beratur mengambil air daripada lori tangki.

12.4Langkah mengurangkan kesan krisis air

Lima langkah (Rajah 12.4):

LangkahPeneranganContoh
1. Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujanHutan di tanah tinggi ialah kawasan tadahan hujan. Menjaganya memastikan air selamat dan bersih.Hutan 160 000 hektar di Padang Terap, Kedah: tadahan hujan bagi Empangan Pedu
2. Penguatkuasaan undang-undangPihak berkuasa memantau kilang yang membuang sisa toksik ke longkang dan sungai; memantau penggunaan baja dan racun serangga.Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air; Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
3. Rawatan air kumbahanBahan pepejal diasingkan, dirawat, ditapis, kemudian air dilepaskan ke sungai supaya selamat.Indah Water Consortium (IWK), ditubuhkan pada tahun 1994
4. Meneroka air bawah tanahBaru kira-kira 3% diteroka. Boleh diekstrak 6 bilion meter padu setahun.Telaga tiub di Kelantan dan Selangor
5. Kempen kesedaran terhadap alam sekitarPendidikan sejak awal; libatkan murid. Kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan media massa berperanan.Sambutan Hari Sungai Sedunia anjuran WWF, 27 September 2015
Loji rawatan air kumbahan dengan tangki bulat
Loji air kumbahan
Telaga tiub dengan paip menyedut air bawah tanah
Telaga tiub di Kelantan

Foto: buku teks, ms. 141.

Telaga tiub sama seperti telaga biasa tetapi menggunakan paip khas untuk menyedut air bawah tanah (akuifer).

Apa yang boleh saya lakukan? (untuk soalan cadangan)

Soalan Bahagian C selalu meminta cadangan anda sendiri. Contoh amalan murid dan keluarga:

  • Tutup paip semasa memberus gigi atau menyabun badan.
  • Guna baldi, bukan hos, untuk mencuci kereta.
  • Guna semula air basuhan sayur atau beras untuk menyiram pokok.
  • Baiki paip yang bocor dengan segera.
  • Tadah air hujan untuk menyiram dan mencuci.
  • Jangan buang sampah ke dalam sungai atau longkang; sertai gotong-royong membersihkan sungai.
  • Sebarkan kempen jimat air di sekolah dan media sosial.
Dalam jawapan, tulis langkah + huraian. Contoh: "Mengamalkan penggunaan semula air [1]. Air basuhan sayur digunakan untuk menyiram pokok supaya air bersih tidak dibazirkan [1]."
Badan manakah yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1994 untuk menyelenggara sistem rawatan air kumbahan?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Indah Water Consortium (IWK).

Rumusan

Jenis sumber airPunca krisis airKesan krisis airLangkah mengurangkan kesan
• Air permukaan (97%): sungai, tasik, empangan
• Air bawah tanah: perigi, telaga, telaga tiub
• Penebangan hutan di kawasan tadahan
• Fenomena cuaca (kemarau, El Nino)
• Pembuangan sampah ke sungai
• Permintaan tinggi industri
• Baja kimia dan racun serangga
• Peningkatan populasi
• Kekurangan air bersih (dicatu)
• Kesan ke atas tanih
• Kepupusan flora dan fauna
• Kemudaratan kepada manusia (taun, demam kepialu, leptospirosis)
• Pelihara dan pulihara kawasan tadahan hujan
• Penguatkuasaan undang-undang
• Rawatan air kumbahan (IWK)
• Meneroka air bawah tanah
• Kempen kesedaran alam sekitar

Imbas Kembali: buku teks, ms. 142.