myUASAUlang kaji UASA
Pendidikan Islam nota, topik 12

Fikah: Wuduk dan Mandi Wajib

Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM, halaman 119–130

Matlamat bab ini

  • Murid boleh menyatakan maksud, hukum dan dalil naqli wuduk (4.5.1)
  • Murid boleh menerangkan penemuan saintifik dalam amalan berwuduk (4.5.2)
  • Murid boleh menghuraikan cara berwuduk dari aspek rukun dan sunat wuduk (4.5.3)
  • Murid boleh menyatakan perkara makruh ketika berwuduk dan perkara yang membatalkan wuduk (4.5.3, 4.5.4)
  • Murid boleh mengamalkan wuduk dengan sempurna dan menerangkan hikmahnya (4.5.5)
  • Murid boleh menyatakan maksud dan dalil naqli mandi wajib (4.6.1)
  • Murid boleh menjelaskan perkara yang mewajibkan mandi dan larangan semasa berhadas besar (4.6.2, 4.6.3)
  • Murid boleh menerangkan rukun dan perkara sunat ketika mandi wajib (4.6.4, 4.6.5, 4.6.6)
  • Murid boleh menerangkan hikmah mandi wajib (4.6.7)
  • Murid boleh menyatakan contoh mandi sunat dan waktunya (4.6.8, 4.6.9)

Topik ini mengandungi dua pelajaran Fikah: Pelajaran 21: Wuduk dan syarat kesempurnaannya وضوء دان شرط كسمڤورناءنڽ dan Pelajaran 22: Mandi wajib penyuci diri مندي واجب ڤڽوچي ديري. Wuduk menyucikan kita daripada hadas kecil. Mandi wajib menyucikan kita daripada hadas besar.

12.1Maksud, hukum dan dalil wuduk مقصود، حكوم دان دليل وضوء

Maksud wudukHuraian
Bahasa بهاسBersih, elok dan berseri برسيه، ايلوق دان برسري
Istilah ايستيلهMembasuh anggota tertentu berserta niat ممباسوه اڠڬوتا ترتنتو برسرتا نية

Hukum wuduk حكوم وضوء

Wajib واجب

  • Ketika menunaikan solat dan tawaf.
  • Ketika menyentuh atau membawa mushaf al-Quran.

Sunat سنة

  • Ketika berhadas kecil.
  • Ketika membaca al-Quran.
  • Ketika melaungkan azan dan iqamah.

Buku teks, ms. 119.

Menyentuh mushaf al-Quran: wuduk wajib. Membaca al-Quran: wuduk sunat. Jangan tertukar.

Dalil naqli wuduk

Dalil wajib berwuduk daripada al-Quran ialah surah al-Maidah, ayat 6:

Surah al-Maidah, ayat 6, potongan ayat tentang wuduk
Surah al-Maidah (5:6)

Ayat al-Quran: buku teks, ms. 119.

Terjemahan

Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak menunaikan solat, maka basuhlah muka dan tanganmu hingga ke siku, serta sapulah kepalamu dan basuhlah kaki hingga kedua-dua buku lali ...

واهاي اورڠ يڠ برايمان! اڤابيلا كامو هندق منونايكن صلاة، مك باسوهله موك دان تاڠنمو هيڠڬ كسيكو، سرتا سڤوله كڤالامو دان باسوهله كاكي هيڠڬ كدوا-دوا بوكو لالي ...

Ayat ini menyebut empat anggota: muka (basuh), tangan hingga siku (basuh), kepala (sapu), kaki hingga buku lali (basuh). Semuanya rukun wuduk.
Nyatakan hukum berwuduk ketika hendak (a) tawaf, (b) melaungkan azan.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
(a) Wajib. (b) Sunat.

12.2Cara berwuduk: rukun dan sunat چارا دان حكوم بركاءيتن دڠن وضوء

Ikut urutan dalam jadual. Lajur Hukum menunjukkan sama ada langkah itu rukun روكون (mesti dibuat; wuduk tidak sah tanpanya) atau sunat سنة (mendapat pahala jika dibuat).

Bil.LangkahHukum
1Membaca basmalah ممباچ بسملةSunat
2Membasuh dua tangan hingga pergelangan tanganSunat
3Berkumur-kumur بركومور-كومورSunat
4Memasukkan air dan menyedutnya ke dalam hidung (istinsyaq) استنشاقSunat
5Mengeluarkan air dari hidung (istinsar) استنثارSunat
6Niat berwuduk ketika membasuh muka نية بروضوء كتيك ممباسوه موكRukun 1
7Membasuh muka ممباسوه موك. Wajib membasuh semua bulu yang berada dalam had muka.Rukun 2
8Membasuh dua tangan hingga siku ممباسوه دوا تاڠن هيڠڬ سيكوRukun 3
9Menyapu kepala مڽاڤو كڤالا, sekurang-kurangnya tiga helai rambutRukun 4
10Menyapu kedua-dua telinga مڽاڤو كدوا-دوا تليڠاSunat
11Membasuh kaki hingga ke buku lali ممباسوه كاكي هيڠڬ كبوكو لاليRukun 5
12Tertib, iaitu mengikut urutan ترتيب ياءيت مڠيكوت اوروتنRukun 6
13Membaca doa selepas berwuduk ممباچ دعاءSunat

Buku teks, ms. 120–121 (bulatan hijau = rukun wuduk, bulatan kuning = sunat wuduk).

Rukun wuduk ada 6: niat, membasuh muka, membasuh dua tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kaki hingga buku lali, tertib.
Gambar muka dengan garis putus-putus menunjukkan had muka
Had muka (garis putus-putus). Wajib membasuh semua bulu dalam had muka.

Buku teks, ms. 120.

Niat wuduk نية وضوء: mengingati tujuan sesuatu perbuatan ketika mula dilakukan. Tempatnya di dalam hati.

Masa berniat: ketika air terkena sebahagian muka.

Lafaz niat wuduk
Lafaz niat wuduk

Terjemahan: Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala. سهاج اكو بروضوء كران الله تعالى.

Disunatkan membaca lafaz niat sebelum air terkena sebahagian muka.

Buku teks, ms. 120.

Doa selepas berwuduk

Doa selepas berwuduk
Doa selepas berwuduk

Doa: buku teks, ms. 121.

Terjemahan

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku dalam kalangan orang yang suka bertaubat, jadikanlah aku orang yang menyucikan diri, dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang soleh.

Amalan sunat sebelum dan ketika berwuduk عملن سنة سبلوم دان كتيك بروضوء

  • Menggosok gigi sebelum berwuduk; yang terbaik menggunakan kayu sugi.
  • Membasuh dan menyapu anggota wuduk tiga kali.
  • Menggosok ketika membasuh anggota wuduk.
  • Melebihkan kawasan basuhan muka, tangan dan kaki.
  • Menyelati janggut dan jambang yang tebal bagi lelaki.
  • Mendahulukan anggota kanan daripada anggota kiri.
  • Menyelati jari tangan dan kaki.
  • Menyapu seluruh kepala.

Buku teks, ms. 120–121.

Kunci ilmu: Kayu siwak (sugi) berasal daripada pokok arak; ia alat yang paling baik untuk bersugi. Rasulullah SAW mengambil wuduk dengan satu cupak (mud) air, bersamaan dengan 565 mililiter.
Menyapu sebahagian kepala (sekurang-kurangnya tiga helai rambut) ialah rukun. Menyapu seluruh kepala ialah sunat. Menyapu telinga juga sunat, bukan rukun.
Ahmad membasuh muka, kemudian terus menyapu kepala, dan selepas itu baru membasuh tangan hingga siku. Rukun wuduk manakah yang tidak dipatuhi?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tertib (mengikut urutan). Tangan mesti dibasuh sebelum menyapu kepala.

12.3Perkara makruh dan perkara yang membatalkan wuduk ڤركارا٢ مكروه دان يڠ ممبطلكن وضوء

Perkara makruh ketika berwuduk ڤركارا٢ مكروه كتيك بروضوءPerkara yang membatalkan wuduk ڤركارا٢ يڠ ممبطلكن وضوء
1. Menggunakan air secara berlebih-lebihan.1. Keluar sesuatu daripada kubul atau dubur.
2. Membasuh atau menyapu melebihi tiga kali.2. Tidur dengan cara tidak tetap punggung ke lantai.
3. Berkumur-kumur dan beristinsyaq secara berlebih-lebihan.3. Hilang akal dengan sebab pitam, mabuk, gila atau sakit.
4. Mendahulukan anggota kiri ketika membasuh tangan dan kaki.4. Bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan bukan mahram.
5. Menampar air ke muka ketika membasuh muka.5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut jari.
6. Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk.6. Menyentuh lingkaran dubur dengan tapak tangan atau perut jari.

Buku teks, ms. 122.

Perkara makruh tidak membatalkan wuduk; wuduk masih sah tetapi kurang sempurna. Perkara yang membatalkan wuduk menyebabkan kita perlu berwuduk semula.
Bersentuhan dengan mahram (contohnya ibu, bapa, adik-beradik) tidak membatalkan wuduk. Bersentuhan dengan bukan mahram (contohnya sepupu yang berlainan jantina) membatalkan wuduk.

Hadis: jangan membazir air ketika berwuduk

Hadis riwayat Ibnu Majah tentang pembaziran ketika berwuduk
Hadis riwayat Ibnu Majah

Hadis: buku teks, ms. 122.

Maksud hadis

Abdullah bin Amru radiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah SAW pernah lalu berdekatan dengan Saad yang sedang berwuduk lalu baginda bersabda, "Mengapa membazir?" Lantas Saad bertanya kembali, "Adakah ketika berwuduk pun ada pembaziran?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya, sekalipun kamu berwuduk di sungai yang mengalir."

Selepas berwuduk, Danish (lelaki) bersalaman dengan (a) bapanya, (b) sepupu perempuannya. Yang manakah membatalkan wuduknya?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
(b) Bersalaman dengan sepupu perempuan, kerana sepupu ialah bukan mahram. Bersalaman dengan bapa tidak membatalkan wuduk.

12.4Penemuan saintifik dan hikmah berwuduk ڤنموان ساءينتيفيك دان حكمه بروضوء

Penemuan saintifik dalam amalan berwuduk ڤنموان ساءينتيفيك دالم عملن بروضوء

  • Berwuduk memberikan kesan positif kepada kesihatan tubuh badan.
  • Kita membasuh mulut, hidung dan muka, iaitu bahagian yang sering terdedah kepada kuman.
  • Contoh kuman: Staphylococcus epidermidis dan Streptococcus pyogenes (menyerang kulit), Streptococcus pneumoniae (menyerang paru-paru melalui rongga pernafasan).
  • Anggota yang bersih selamat daripada serangan kuman dan jangkitan penyakit.
  • Kulit menjadi lembap dan dapat mengawal kestabilan suhu badan.
  • Pusat saraf yang paling peka berada di tangan, kaki dan dahi. Pusat saraf ini menjadi segar apabila dibasuh dengan air.

Buku teks, ms. 123.

Hikmah berwuduk حكمه بروضوء

Bil.Hikmah
1Membersihkan anggota badan dan menjernihkan rohani.
2Memberikan ketenangan, kesegaran dan mengawal perasaan marah dan tekanan.
3Mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid menambah kesempurnaan solat.
4Menambah keimanan dan keyakinan kepada hari akhirat.
5Mendapat keampunan Allah SWT dan keluar dosa daripada basuhan wuduk.
6Kawasan basuhan wuduk akan bercahaya pada hari akhirat.

Buku teks, ms. 124.

Kunci ilmu: Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah radiallahu 'anhu mendapat keistimewaan kerana sentiasa berwuduk dan menunaikan solat sunat selepas wuduk. Rasulullah SAW mendengar bunyi tapak kasut beliau di dalam syurga ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Namakan tiga bahagian badan yang mempunyai pusat saraf paling peka.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Tangan, kaki dan dahi.

12.5Maksud dan dalil mandi wajib مقصود دان دليل نقلي مندي واجب

PerkaraMaksud
Mandi dari segi bahasaMengalirkan air ke atas sesuatu. مڠاليركن اءير كأتس سسواتو
Mandi dari segi istilahMengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu. مڠاليركن اءير كأتس بادن دڠن نية يڠ ترتنتو
Mandi wajibMandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan mandi.

Buku teks, ms. 125.

Dalil al-Quran

Potongan surah al-Maidah ayat 6 tentang junub
Surah al-Maidah (5:6)

Terjemahan: Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka bersucilah (dengan mandi wajib) ...

Ayat al-Quran: buku teks, ms. 125.

Dalil hadis

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim tentang Ummu Sulaim
Hadis muttafaq alaih

Hadis: buku teks, ms. 125.

Maksud hadis

Ummu Salamah, Ummul Mukminin radiallahu 'anha, berkata bahawa Ummu Sulaim, isteri Abu Talhah, menemui Rasulullah SAW lalu berkata, "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah SWT tidak malu pada sesuatu kebenaran. Adakah perempuan wajib mandi apabila dia bermimpi (bersetubuh)?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya, sekiranya dia melihat air mani."

Hadis ini juga mengajar kita: jangan malu bertanya tentang hukum agama. Nilai pelajaran ini: jaga kebersihan jasmani dan rohani.

12.6Perkara yang mewajibkan mandi dan larangan semasa berhadas besar ڤركارا يڠ مواجبكن مندي

Bagi lelaki dan perempuan

  1. Keluar mani
  2. Jimak
  3. Mati selain mati syahid

Bagi perempuan sahaja

  1. Haid حيض
  2. Wiladah ولاده
  3. Nifas نفاس
IstilahMaksud (galeri kata)
HaidDarah kotor yang keluar dari pangkal rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu.
WiladahProses kelahiran anak sama ada dengan keluar darah ataupun tidak.
NifasDarah yang keluar selepas kelahiran anak atau sesudah keguguran yang nyata sebahagian bentuk anak.

Buku teks, ms. 126.

Darah istihadah ialah darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita pada waktu selain waktu haid dan nifas. Warna dan kepekatannya berbeza daripada haid. Istihadah bukan perkara yang mewajibkan mandi.

Larangan semasa berhadas besar لارڠن سماس برحدث بسر

Bagi lelaki dan perempuanLarangan tambahan ketika haid dan nifas
  1. Solat fardu dan sunat
  2. Berhenti atau duduk dalam masjid
  3. Tawaf
  4. Membaca, menyentuh dan membawa mushaf al-Quran
  1. Puasa fardu atau puasa sunat
  2. Jimak

Buku teks, ms. 126.

Nyatakan tiga perkara yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Haid, wiladah dan nifas.

12.7Cara, rukun dan sunat mandi wajib چارا، روكون دان ڤركارا سنة كتيك مندي واجب

Rukun mandi wajib روكون مندي واجب

  1. Niat: mesti ketika air sampai ke mana-mana anggota badan.
  2. Meratakan air ke seluruh anggota badan, kulit dan rambut.
Lafaz niat mandi wajib
Lafaz niat mandi wajib

Terjemahan: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.

Buku teks, ms. 127.

Perkara sunat ketika mandi wajib (ikut urutan)

  1. Basuh pergelangan tangan.
  2. Bersihkan kubul dan dubur dengan tangan kiri sambil mencangkung.
  3. Bersihkan tangan dengan air.
  4. Berwuduk.
  5. Dahulukan menjirus air ke anggota badan sebelah kanan.
  6. Basuh kepala (tiga kali) dan selati rambut.
  7. Gosok badan berturut-turut antara basuhan anggotanya.
  8. Sempurnakan basuhan pada lipatan badan.
Gambar lelaki dengan label anggota badan yang perlu diberi perhatian ketika mandi wajib
Anggota badan yang perlu diberi perhatian ketika mandi wajib

Buku teks, ms. 127.

Air mesti sampai ke bahagian yang tersembunyi dan berlipat:

  • rambut رمبوت
  • telinga تليڠا
  • ketiak كتياق
  • lubang pusat لوبڠ ڤوست
  • kulit perut كوليت ڤروت
  • tangan تاڠن
  • celah kelengkang چله كلڠكڠ
  • kaki كاكي
Rukun mandi wajib hanya dua. Berwuduk sebelum mandi dan membasuh kepala tiga kali ialah sunat, bukan rukun.
Bandingkan masa berniat: wuduk ketika air terkena sebahagian muka; mandi wajib ketika air sampai ke mana-mana anggota badan.
Nyatakan dua rukun mandi wajib.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Niat; meratakan air ke seluruh anggota badan, kulit dan rambut.

12.8Hikmah mandi wajib حكمه مندي واجب

  • Mandi wajib ialah ibadah kerana suruhan Allah SWT dan amalan sunnah Rasulullah SAW; orang yang melaksanakannya diberi ganjaran pahala.
  • Ibadah lain yang diharamkan ketika berhadas besar boleh dilaksanakan semula.
  • Kesegaran badan yang lesu dan penat dapat dikembalikan.
  • Menghilangkan bau peluh dan darah.
  • Membersihkan badan daripada kotoran dan kuman yang boleh membawa penyakit.
  • Bagi jenazah: membersihkan dan menjaga aib mereka dengan menghilangkan bau, najis serta sebarang kotoran terakhir pada badannya sebelum dikebumikan.

Buku teks, ms. 128.

Allah SWT tidak mewajibkan mandi untuk menyusahkan kita, tetapi kerana Dia ingin membersihkan dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada para hamba-Nya.

12.9Mandi sunat مندي سنة

Mandi sunat ialah amalan yang digalakkan untuk tujuan tertentu.

KumpulanContoh mandi sunat
Hari kebesaranHari Jumaat; hari raya (Aidilfitri, Aidiladha)
Sebelum solat sunat tertentuSebelum solat minta hujan; sebelum solat gerhana (bulan, matahari)
Berkaitan ibadah hajiSebelum ihram; sebelum berwukuf; sebelum melontar jamrah; sebelum masuk Mekah atau Madinah
Lain-lainSelepas memandikan jenazah; selepas masuk Islam; sembuh daripada gila atau pitam

Buku teks, ms. 129.

Nyatakan dua mandi sunat yang boleh diamalkan secara berkala (berulang-ulang).
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Mandi sunat hari Jumaat (setiap minggu) dan mandi sunat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha (setiap tahun).

Rumusan روموسن

PerkaraWudukMandi wajib
Menyucikan daripadaHadas kecilHadas besar
Maksud (istilah)Membasuh anggota tertentu berserta niatMengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu
Dalil al-QuranSurah al-Maidah, ayat 6Surah al-Maidah, ayat 6
Bilangan rukun6: niat, basuh muka, basuh tangan hingga siku, sapu kepala, basuh kaki hingga buku lali, tertib2: niat, meratakan air ke seluruh badan, kulit dan rambut
Masa berniatKetika air terkena sebahagian mukaKetika air sampai ke mana-mana anggota badan
Contoh sunatBasmalah, berkumur, istinsyaq, istinsar, sapu telinga, doaBasuh pergelangan tangan, berwuduk, dahulukan kanan, basuh kepala tiga kali
Batal / sebab6 perkara yang membatalkan wudukSebab: keluar mani, jimak, mati (selain syahid); haid, wiladah, nifas
Hikmah utamaBersih jasmani dan rohani, tenang, diampunkan dosaPahala, boleh beribadah semula, badan segar dan bersih