Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi
Matlamat bab ini
- Murid boleh mentakrifkan reka bentuk, teknologi, dan reka bentuk dan teknologi (1.1.1)
- Murid boleh mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih (1.1.2)
- Murid boleh menjelaskan tujuh prinsip reka bentuk (1.1.3)
- Murid boleh mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas (1.1.4)
- Murid boleh membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk (1.1.5)
- Murid boleh meneroka kriteria reka bentuk yang baik (1.1.6)
- Murid boleh membina objek asas menggunakan teknik pembenaman, pembuangan, penyatuan dan peleraian (1.1.7)
- Murid boleh menyenaraikan kepentingan reka bentuk dan teknologi (1.2.1)
- Murid boleh mengenal pasti peranan reka bentuk kepada individu, masyarakat, serta pengeluar dan negara (1.2.2)
- Murid boleh menerangkan etika dalam reka bentuk (1.2.3)
- Murid boleh meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi (1.2.4)
- Murid boleh mentakrifkan invensi dan inovasi (1.3.1)
- Murid boleh mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk (1.3.2)
- Murid boleh meneroka invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini (1.3.3)
1.1Dunia reka bentuk
Tuala, sabun mandi, berus gigi, baju, kasut, kenderaan dan ubat-ubatan ialah contoh aplikasi reka bentuk dalam kehidupan. Semuanya bertujuan untuk memudahkan kehidupan manusia.
1.1.1 Definisi reka bentuk dan teknologi
Reka bentuk yang dihasilkan haruslah berdaya saing dengan produk sedia ada dalam pasaran dan tidak mencemarkan alam sekitar.


Gambar rajah 1.1 dan 1.2: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 2.
Bidang reka bentuk dan teknologi
Reka bentuk terbahagi kepada dua, iaitu reka bentuk konkrit (maujud) dan abstrak (mujarad).
| Konkrit | Abstrak |
|---|---|
| Produk yang dapat dilihat dan dipegang | Produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang |
| Bidang pembuatan, mekanikal, elektrikal, elektronik, mekatronik dan pemakanan; pertanian (sistem fertigasi, akuaponik); tekstil (fesyen, hiasan dalaman) | Bidang perkhidmatan dan komunikasi |
| Konkrit | Abstrak | ||
|---|---|---|---|
| Teknologi | Seni | Perkhidmatan | Komunikasi |
| Peralatan | Seramik | Pengangkutan | Bahasa |
| Mesin | Masakan | Sewaan | Atur cara |
| Pertanian | Lukisan | Sistem pembelajaran | Bunyi, isyarat, dan suara |
| Pemakanan | Alat muzik | Proses dan langkah | Persuratan |
| Pakaian | Arca | Sistem pengairan | Pengiklanan |
| Persenjataan | Halus | Grafik | |
| Sulaman / anyaman | |||
Terdapat dua kelompok besar reka bentuk, iaitu reka bentuk industri (besar-besaran) dan reka bentuk untuk persendirian (kecil-kecilan).
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.1.2 Elemen reka bentuk
A. Garisan
Garisan ialah cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak. Fungsi garisan dalam reka bentuk:
| Fungsi garisan | Contoh |
|---|---|
| (a) Membahagikan dua ruang kawasan bagi menarik perhatian ke lokasi tertentu | Pelan lantai bilik tidur, jadual |
| (b) Menunjukkan pergerakan arah atau aliran | Laluan papan tanda |
| (c) Menunjukkan perhubungan antara elemen | Gear serong, gear heliks |
| (d) Mewakili ketegangan antara dua titik | Garisan lurus pada tali gitar |
| (e) Menunjukkan kestabilan dan kerehatan | Garisan melintang pada batu-bata |
| (f) Menunjukkan keseimbangan | Garisan menegak pada tali jam |
| (g) Menunjukkan daya gerakan yang dinamik | Garisan serong pada kotak |
| (h) Mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu | Paip air |
| (i) Garisan tebal menunjukkan objek itu dekat; garisan nipis atau halus menunjukkan objek itu jauh | Lukisan |
(b) Arah atau aliran
(c) Perhubungan antara elemen
(d) Ketegangan antara dua titik
(e) Kestabilan dan kerehatan
(f) Keseimbangan
(g) Daya gerakan yang dinamik
(h) Gerakan dan tenaga yang berpaduFoto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 4–5.
B. Rupa
Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya. Rupa mempunyai permukaan yang rata dan bergaris luar (outline), bersifat 2D (tidak berjisim) dan mempunyai luas. Terdapat dua kategori rupa:
- Rupa geometri: mempunyai sudut dan penjuru, contohnya bulatan, segi empat sama, segi tiga, pentagon dan heksagon.
- Rupa organik: mempunyai permukaan yang bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus (seperti bentuk daun atau awan).

Rajah: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 5.
C. Bentuk
Bentuk ialah objek yang mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih dari satu permukaan (3D). Dua jenis bentuk:
- Bentuk konkrit: objek yang mempunyai bentuk dan boleh dipegang.
- Bentuk abstrak atau ilusi: bentuk yang kelihatan 3D dalam gambar (contohnya catan).
D. Tekstur
Tekstur atau jalinan memberikan impak atau kesan terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan, dan boleh juga dirasai melalui sentuhan. Contoh: kasar, licin, halus, kesat, lembut, keras dan berkilat. Tekstur terbahagi kepada jalinan tampak dan jalinan sentuh.

E. Saiz
Saiz ialah ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek. Saiz menunjukkan kesan perbezaan jarak, panjang, tinggi dan kedalaman objek.

F. Warna
Warna ialah kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek. Kesannya sampai kepada mata, emosi, dan psikologi orang yang melihat. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan:
| Kumpulan | Warna | Cara terhasil |
|---|---|---|
| Warna primer (warna asas / warna utama) | Merah, kuning, biru | Tidak boleh dihasilkan daripada campuran warna lain |
| Warna sekunder | Jingga, hijau, ungu | Campuran dua warna primer (merah + kuning = jingga) |
| Warna tertier | Merah jingga, kuning jingga, kuning hijau, hijau biru, biru ungu, merah ungu | Campuran warna primer dengan warna sekunder di sebelahnya |
Warna panasTerang dan jelas; suasana ceria, riang dan bersemangat. Dari merah hingga kuning.
Warna sejukRedup, tenang dan damai; menyejukkan mata. Dari ungu hingga hijau.Foto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 8.
G. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas. Keluasan ruang menjadikan reka bentuk lebih terserlah dan menarik. Dua jenis ruang:
- Ruang nyata atau fizikal: ruang sebenar di antara dua objek yang berhampiran.
- Ruang ilusi atau tampak: ruang gambar yang terhasil apabila objek dihasilkan dalam bentuk lukisan.

Rajah: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 8.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.1.3 Prinsip reka bentuk
| Prinsip | Maksud |
|---|---|
| Keseimbangan | Dua jenis: keseimbangan simetri (formal) mempunyai persamaan pada kedua-dua belah bahagiannya; keseimbangan asimetri (tidak formal) tidak sama pada kedua-dua belah tetapi kelihatan lebih menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri. |
| Pengulangan | Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk, dalam bentuk bersudut (pola), susunan bersiri, selari atau berjejari. Tujuannya menghasilkan pola atau corak. |
| Kontras | Perbezaan ketara pada ciri elemen: tekstur (kasar dan licin), kedudukan (kiri dan kanan), warna (terang dan gelap), saiz (besar dan kecil), bentuk (bulat atau bersegi), ruang (jauh dan dekat). Tujuannya menyerlahkan perbezaan, menarik perhatian dan memberi fokus. |
| Kepelbagaian | Penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk untuk menambah daya tarikan. |
| Kesatuan | Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna. |
| Keringkasan | Idea yang kompleks diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas. Terlalu banyak idea dalam satu objek mengelirukan dan sukar diingati. |
| Harmoni | Sesuatu yang memberikan keamanan dan kedamaian, melalui susun atur berulangan unsur yang seimbang dan saling berkaitan, seperti ton warna yang hampir sama. |
Keseimbangan simetri
Keseimbangan asimetri
Pengulangan
Kontras (warna dan saiz)
Kepelbagaian
Kesatuan
Keringkasan
HarmoniFoto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 9–11.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.1.4 Aplikasi prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas
Sebelum melakar suatu produk, kuasai prinsip reka bentuk dahulu. Mulakan dengan satu prinsip. Contoh: mereka bentuk jam dinding berbentuk jam tangan.
- Langkah 1: Pilih elemen rupa yang sesuai, misalnya bulat dan oktagon. Lakarkan elemen itu.
- Langkah 2: Pastikan lakaran itu mengikut prinsip reka bentuk, contohnya ringkas dan seimbang.

Rajah: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 12.
Kesimpulan Rajah 1.7
Prinsip dalam jam dinding ini: ringkas pada rupa dan bentuk jam, kesatuan pada jarumnya, pengulangan dan harmoni pada tali dan tepi jam, di samping elemen bentuk, saiz dan ruang.
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk
| Elemen | Prinsip | |
|---|---|---|
| Maksud | Unsur yang membantu membina sesuatu produk | Peraturan, panduan, dan falsafah yang menggunakan elemen untuk pembentukan produk |
| Senarai (7) | Garisan, rupa, bentuk, tekstur, saiz, warna, ruang | Keseimbangan, pengulangan, kontras, kepelbagaian, kesatuan, keringkasan, harmoni |
| Contoh pada kasut sekolah | Garisan pada tali, tekstur kanvas yang kasar, warna putih | Keseimbangan simetri (kasut kiri dan kanan), pengulangan lubang tali |
1.1.6 Kriteria reka bentuk yang baik
| Kriteria (Rajah 1.8) | Huraian |
|---|---|
| Kecenderungan inovasi | Menjadikan produk itu unik dan lebih berdaya saing daripada produk sedia ada dalam pasaran. |
| Kreativiti | Melibatkan idea baharu dalam menghasilkan produk. Dapat memperbaiki fungsi produk sedia ada supaya lebih baik atau lebih pelbagai fungsinya. |
| Keaslian reka bentuk | Menekankan unsur simbolik, emosi, estetika, dan penampilan produk serta tidak meniru produk sedia ada. |
| Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran | Produk tidak mudah rosak atau hancur; kualiti ditentukan oleh ketahanannya semasa digunakan. Dengan dua kriteria ini, produk mudah memasuki pasaran. |
| Ergonomik | Ciri keselesaan pada produk. Contohnya kerusi yang memberikan keselesaan dan mengelakkan kesakitan pinggang dan leher. |
Kecenderungan inovasi
Kreativiti
Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
ErgonomikFoto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 14.
1.1.7 Membina objek asas
Pembinaan objek asas bermula dengan memilih beberapa bentuk geometri asas (bongkah) seperti bulat, silinder, segi tiga dan poligon, lalu digabungkan menjadi objek yang baharu.

Teknik pembinaan objek
| Teknik | Maksud | Rajah |
|---|---|---|
| A. Pembenaman | Sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain. | ![]() |
| B. Pembuangan | Bahagian yang tidak dikehendaki dibuang, dengan cara dikerat, ditebuk atau dicungkil keluar. | ![]() |
| C. Penyatuan | Mencantumkan dua atau lebih objek tanpa pembuangan atau pembenaman, biasanya dengan paku, skru, glu dan rivet. Boleh bertindih pada tempat yang sama atau pada bahagian bucu atau sebahagian sahaja. | ![]() ![]() |
| D. Peleraian | Objek asas dileraikan sehingga menjadi objek baharu yang lebih ringkas. | ![]() |
Rajah: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 16.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.2Kepentingan reka bentuk dan teknologi
Tujuan utama reka bentuk adalah untuk dijadikan asas dalam penghasilan produk sebenar yang bermanfaat untuk kehidupan manusia. Kepentingannya tertumpu kepada pengguna, masyarakat, dan negara. Contohnya, televisyen bukan dicipta oleh seorang pencipta tetapi oleh beberapa orang pakar dalam bidang elektronik, gelombang radio, kaca, elektrik serta reka bentuk.
1.2.1 Senarai kepentingan reka bentuk dan teknologi
- Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden.
- Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains, dan perniagaan.
- Memenuhi kehendak individu dan masyarakat.
- Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian.
- Memupuk nilai invensi, inovasi, dan kreatif.
- Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan.
| Bidang | Subbidang |
|---|---|
| Industri | Kewangan, mesin, pembinaan, pengilangan, dan perlombongan |
| Kejuruteraan | Bangunan, penjagaan alam sekitar, kejuruteraan awam, bahan, biokimia, bioperubatan, elektrik, elektronik, kimia, komputer, mekanikal, nuklear, ruang angkasa, kaji logam, pembuatan, perisian komputer, pertanian, dan petroleum |
| Kesihatan dan Keselamatan | Bioinformatik, bioteknologi, farmaseutikal, bioperubatan, keselamatan, kimia formatik, kesihatan, perlindungan kebakaran, pemakanan, dan pakaian |
| Maklumat dan Komunikasi | Grafik, komunikasi, pengimejan, dan muzik |
| Kediaman | Peralatan di rumah seperti periuk dan sudu; pengeluaran makanan seperti pembungkusan, bekas atau tempat minuman; pendidikan seperti papan tulis, projektor, dan pen |
| Olahraga dan Rekreasi | Alatan perkhemahan, kelengkapan sukan, sukan, dan taman permainan |
| Pengangkutan | Ruang angkasa, lautan, kenderaan bermotor, pengangkutan darat, udara dan air serta kapal angkasa lepas |
| Sains Gunaan | Elektronik, fizik kejuruteraan, kecerdasan buatan, bahan, optik, seramik, mikro, nano, tenaga, teknologi hijau, nuklear, dan pengkomputeran |
| Ketenteraan | Bom, kejuruteraan angkatan laut, darat dan udara, senjata api, dan kelengkapan tentera |
1.2.2 Peranan reka bentuk
Reka bentuk memberi manfaat kepada pengguna dan menguntungkan pengeluar. Peranan reka bentuk ditekankan kepada tiga kelompok sasaran (Rajah 1.10):
| Individu | Masyarakat | Pengeluar dan Negara |
|---|---|---|
|
|
|
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.2.3 Etika dalam reka bentuk
| Etika | Maksud |
|---|---|
| A. Keaslian | Mereka produk dengan usaha sendiri, bukan memplagiat atau meniru hasil kerja orang lain. |
| B. Jujur | Jujur dalam menentukan harga produk untuk mencari keuntungan tanpa membebankan pengguna. Produk tidak mempunyai agenda lain yang terselindung. |
| C. Bermanfaat | Produk memberikan manfaat kepada pengguna. Semakin ramai menggunakannya, semakin bermanfaat produk itu. |
| D. Mesra alam sekitar | Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam sekitar. Gunakan alatan atau bahan yang boleh dikitar semula. |
| E. Selamat digunakan | Menghasilkan produk yang selamat diguna dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. |
Bermanfaat: inovasi yang memudahkan pengguna.
Mesra alam sekitar: botol plastik dikitar semula menjadi pasu mini.
Selamat digunakan: jaket tanpa pemantul cahaya tidak sesuai pada waktu malam.Foto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 20.
Info: harta intelek
Sistem perlindungan harta intelek memberikan hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat, menggunakan, mengedar, menjual, dan mengimport. Harta intelek yang dilindungi di Malaysia ialah paten, cap dagangan, hak cipta, dan reka bentuk perindustrian.
1.2.4 Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi
| Kerjaya (Jadual 1.3) | Tugas secara am |
|---|---|
| Arkitek | Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan |
| Pereka bentuk automotif | Mereka bentuk badan kenderaan dan keselesaan memandu |
| Pereka bentuk kejuruteraan | Mereka bentuk litar elektrik, mesin, bangunan, dan jentera |
| Pereka bentuk grafik | Mereka bentuk lukisan, logo, dan iklan |
| Pereka bentuk fesyen | Mereka bentuk fesyen pakaian manusia dan haiwan serta hiasan |
| Pereka bentuk permainan | Mereka bentuk alat, muka dan perisian permainan komputer |
| Pereka bentuk persembahan makanan | Mereka bentuk persembahan kek dan roti |
| Pereka bentuk industri | Mereka bentuk peralatan dan sistem |
| Pereka bentuk pengajaran | Mereka bentuk langkah pengajaran |
| Pereka bentuk hiasan dalaman | Mereka bentuk hiasan dalam bangunan dan bilik |
| Seni bina landskap | Mereka bentuk hiasan taman |
| Pereka bentuk lampu | Mereka bentuk lampu dan cara pemasangannya |
| Pereka bentuk produk | Mereka bentuk peralatan untuk kegunaan awam |
| Pereka bentuk perkhidmatan | Menyediakan perkhidmatan yang boleh diberi kepada orang ramai |
Hiasan taman hasil rekaan seni bina landskap.
Lampu bacaan yang boleh diubah-ubah kedudukannya.Foto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 21.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.3Invensi dan inovasi dalam reka bentuk
Produk reka bentuk diilhamkan melalui invensi, inovasi, dan kreativiti. Rekaan mesti mengambil kira nilai kemanusiaan dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan.
Logo Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) diinovasikan daripada bentuk wau bulan.
Masjid Putra: satu inovasi bentuk geometri.
Pemacu pena (pendrive) dicipta pada tahun 2001 oleh rakyat Malaysia, Datuk Pua Khein Seng dari Sekinchan, Selangor.Foto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 22.
1.3.1 Definisi invensi dan inovasi
Sesuatu produk tidak lagi dipanggil invensi apabila usianya melebihi 10 tahun atau banyak orang telah biasa menggunakannya.


Foto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 23.
Di peringkat komersial, inovasi ialah pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif dan berdaya saing di pasaran. Tujuannya menjadikan produk berfungsi secara paling maksimum pada kos yang munasabah.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
1.3.2 Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk
Prinsip invensi, inovasi, dan reka bentuk termasuklah penjimatan tenaga, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, dan penjimatan masa mencari kelemahan produk yang masih boleh diperbaiki. Contohnya, pengeluar telefon pintar hanya perlu mengubah warna, fungsi, dan cara kendalian supaya telefon jenama itu terus diminati.
| Bidang | Contoh |
|---|---|
| A. Pertahanan | Robot pengesan periuk api: digunakan tanpa memudaratkan manusia. Juga persenjataan, komunikasi, perekodan, dan pengawasan. |
| B. Pendidikan | Kamus digital dan tablet pembelajaran; peralatan latihan amali, alatan sukan, alat tayangan multimedia. |
| C. Kesihatan | Peranti pengukuran tekanan darah mudah alih, ubat-ubatan, peralatan pengukuran tahap kesihatan, jam pengukur degupan jantung. |
| D. Pembuatan | Pencetak 3D dan pen 3D; gentian karbon menggantikan logam dalam pembuatan kereta. |
| E. Teknologi maklumat | Telefon pintar: menulis dengan jejari, berkomunikasi, dan melakukan tugas kawalan dan pemantauan melalui Internet. |
Robot pengesan periuk api
Kamus digital dan tablet pembelajaran
Jam pengukur degupan jantung
Pencetak 3D
Pen 3DFoto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 24–25.
1.3.3 Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini
Reka bentuk terus berkembang, tetapi manusia tidak dibenarkan mencipta sesuatu yang bercanggah dengan norma masyarakat, budaya, dan agama.
A. Telefon pintar pengesan gempa bumi
Ahli seismologi dan pemaju aplikasi menghasilkan aplikasi percuma Android, MyShake, yang menggunakan telefon pintar untuk mengesan gempa bumi. Aplikasi ini mengambil dan mentafsir aktiviti gempa bumi yang berdekatan, menganggarkan lokasi gempa bumi, dan menyatakan magnitud pada masa sebenar (real-time). Maklumat dihantar ke pangkalan data pusat untuk dianalisis oleh ahli seismologi.

B. Pengesan ergo (ergo sensor)
Pengesan ergo menunjukkan sama ada kedudukan badan anda lurus atau bongkok, supaya punggung, pinggang, dan mata tidak menjadi letih. Kameranya menganalisis kedudukan anda, memaparkan masa yang sesuai untuk berdiri dan berehat, dan memutuskan kuasa bekalan elektrik secara automatik apabila anda meninggalkan skrin.

Foto: buku teks RBT Tingkatan 1, ms. 26.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Rumusan
| Topik | Perkara penting |
|---|---|
| Definisi | Reka bentuk: penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk yang memberi impak. Teknologi: aplikasi ilmu sains dan matematik dengan sumber semula jadi menjadi alat, tenaga atau sistem. |
| Bidang | Konkrit (dilihat dan dipegang: teknologi, seni); abstrak (dilihat tetapi tidak dipegang: perkhidmatan, komunikasi). |
| Elemen (7) | Garisan, rupa, bentuk, tekstur/jalinan, saiz, warna, ruang. |
| Prinsip (7) | Keseimbangan, pengulangan, kontras, kepelbagaian, kesatuan, keringkasan, harmoni. |
| Kriteria (5) | Kecenderungan inovasi, kreativiti, keaslian reka bentuk, kekuatan kualiti dan kebolehpasaran, ergonomik. |
| Teknik pembinaan objek (4) | Pembenaman, pembuangan, penyatuan, peleraian. |
| Peranan (3 kelompok) | Individu; masyarakat; pengeluar dan negara. |
| Etika (5) | Keaslian, jujur, bermanfaat, mesra alam sekitar, selamat digunakan. |
| Invensi / inovasi | Invensi: baharu, belum pernah wujud (bukan lagi invensi selepas 10 tahun). Inovasi: pengubahsuaian produk sedia ada supaya lebih baik. |
| Aplikasi dalam kerjaya | Pertahanan, pendidikan, kesihatan, pembuatan, teknologi maklumat. |




