Zaman Air Batu
Matlamat bab ini
- Murid boleh menerangkan perubahan bentuk fizikal bumi dan bidang ilmu yang membantu mengkaji sejarah bumi (2.1)
- Murid boleh menjelaskan maksud Zaman Air Batu dan ciri-ciri empat tahap zamannya (2.2)
- Murid boleh menyusun tahap Zaman Air Batu mengikut garis masa (2.3)
- Murid boleh menghuraikan ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir dari segi aras laut, kehidupan manusia, ciri fizikal bumi, binatang, tumbuhan dan suhu (2.4)
- Murid boleh menjelaskan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir (2.5)
- Murid boleh menghuraikan kesan perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara, khususnya Pentas Sunda (2.6)
- Murid boleh menyatakan kepentingan bersyukur dan memelihara alam sekitar
2.1Dunia kita
Dunia ialah bumi tempat tinggal kita dan berjuta-juta hidupan lain. Bumi hari ini telah melalui banyak perubahan. Perubahan ini memberi kesan kepada rupa bentuk fizikal, iklim, cuaca, hidupan dan kedalaman lautan.
Bidang ilmu yang membantu mengkaji sejarah bumi
Kemajuan sains dan teknologi membantu manusia mengetahui sejarah bumi sejak jutaan tahun dahulu. Lima bidang ilmu disebut dalam buku teks:
paleontologi, kimia, arkeologi, geologi dan fizik.
| Istilah | Maksud |
|---|---|
| Geologi | Daripada perkataan Greek geo (bumi) dan logia (sains). Ilmu yang mengkaji pembentukan bumi. |
| Paleontologi | Ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, termasuk sisa atau fosil binatang, tumbuhan dan hidupan purbakala yang terawet dalam sedimen. |
Binatang berbulu tebal
Sekitar 17,000 tahun dahulu, salji menyelaputi bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan. Binatang pada masa itu mempunyai bulu yang tebal untuk menahan sejuk, contohnya mamot (Woolly Mammoth, Zaman Pleistosen), harimau bertaring panjang, sloth dan Bison occidentalis (Amerika Utara).

Buku teks Sejarah Tingkatan 1, ms. 27.
Pembentukan fizikal bumi
| Masa | Keadaan bumi |
|---|---|
| 650 juta tahun dahulu | Tiada hidupan. |
| 390 juta tahun dahulu | Air laut masih tawar. Wujud ikan dan amfibia. |
| 195 juta tahun dahulu | Zaman Jurasik. Hidupan utama ialah dinosaur. |
| 94 juta tahun dahulu | Dinosaur pupus. Rupa bentuk benua mula kelihatan. |
| 18,000 tahun dahulu | Kuda, badak sumbu, anjing dan kucing telah wujud. Paras air laut meningkat. |
| Hari ini | Bentuk benua dan lautan seperti sekarang. |

Buku teks, ms. 28.
Daratan dan lautan
Iklim mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan.
| Terdiri daripada | Fakta | |
|---|---|---|
| Daratan | gunung, banjaran dan bukit, tanah pamah, lembah, sungai | Dibahagikan kepada beberapa benua. |
| Lautan | laut, selat, teluk | Kawasan air masin yang meliputi 71 peratus muka bumi. |
- Lima lautan: Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Selatan, Lautan Artik.
- Selat: kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan.
- Teluk: bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan dibatasi oleh daratan.

Buku teks, ms. 29.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
2.2Zaman Air Batu
- Lapisan ais menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan pergunungan.
- Salji menjadi mampat dan membentuk air batu. Proses ini memakan masa jutaan tahun.
- Pada akhir Zaman Air Batu, bumi mengalami proses pengglasieran, iaitu kecairan air batu. Buku teks menyebut sekurang-kurangnya tiga tahap glasier (tahap pertama: 900 hingga 600 juta tahun dahulu).
- Zaman Air Batu berakhir kerana iklim dunia berubah kepada suhu panas.
Empat tahap Zaman Air Batu
| Tahap | Masa | Ciri-ciri penting |
|---|---|---|
| 1. Miosen | 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu | Gunung-ganang terbentuk secara fizikal. Mamalia wujud dan berkembang, begitu juga hidupan laut dan air. Suhu dunia panas dan kering. |
| 2. Pliosen | 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu | Penyejukan global. Penyejukan dan pengeringan menyebabkan padang rumput dan savana tersebar. Jambatan darat Panama terbentuk antara Amerika Utara dan Amerika Selatan, lalu tumbuhan dan haiwan berhijrah. Dataran tinggi terbentuk, contohnya Grand Canyon di Colorado, Amerika Syarikat. |
| 3. Pleistosen | 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu | Glasier utama berlaku 11 kali. Manusia tahu membuat api. Kebanyakan binatang masih kekal hingga kini. Manusia sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara (Pentas Sunda) sekitar 50,000 tahun dahulu. |
| 4. Holosen | 10,000 tahun dahulu hingga kini | Manusia mendapat makanan melalui pertanian. Roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu. Tamadun berkembang dalam bidang keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang. |
Teori Milankovitch

Buku teks, ms. 31.
- Milutin Milankovitch (1879–1958) ialah sarjana sains berbangsa Serbia.
- Menurut Teori Milankovitch, pusingan bumi mengelilingi matahari menyebabkan pelbagai perkembangan pada Zaman Air Batu.
- Setiap kali bumi menghampiri matahari, suhu bumi menjadi panas dan air batu cair.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
2.3Garis masa Zaman Air Batu

Buku teks, ms. 32.
Hidupan mengikut garis masa
- Ahli paleontologi berpendapat hidupan di bumi bermula sejak 545 juta tahun dahulu.
- Kewujudan kepelbagaian spesies binatang berkait rapat dengan perubahan iklim dan peringkat zaman.
- Contoh hidupan pada garis masa buku teks: Trilobite, Eurypterids, Crinoid, Dipterus, Coiled Cephalopod, Stegosaurus, Diatryma, Hyracotherium, Deinotherium.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
2.4Ciri-ciri Zaman Air Batu akhir
Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu. Suhu meningkat dan air batu cair (pengglasieran).
- Kecairan air batu menyebabkan paras air laut meningkat.
- Tasik dan pulau terbentuk lalu memisahkan haiwan dan tumbuhan di kawasan berbeza.
- Cuaca tidak lagi sejuk, maka manusia mula menjalankan pertanian dan pengeluaran bahan makanan.
Enam ciri Zaman Air Batu Akhir
| Ciri | Keadaan |
|---|---|
| Aras laut | Permukaan air laut membeku. Paras air laut rendah. Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar, jadi manusia dan binatang mudah bermigrasi. |
| Kehidupan manusia | Tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. Hidup secara nomad dan memburu binatang. |
| Ciri fizikal bumi | Permukaan air laut membeku, jadi sebahagian besar bumi dilitupi salji. |
| Binatang | Mamot berbulu, badak, kuda dan singa tinggal di tanah pamah yang sejuk. |
| Tumbuhan | Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar. |
| Suhu | Suhu dunia terlalu sejuk. Salji memenuhi kawasan kutub dan benua Eropah. Namun di benua Asia, suhu mula panas, maka manusia berhijrah ke Asia. |


Buku teks, ms. 34–35.

Buku teks, ms. 42.
Pemanasan dunia hari ini
Aktiviti manusia yang meningkatkan suhu dunia:
- perkembangan perindustrian
- pembakaran terbuka
- penebangan pokok
- pembakaran minyak daripada enjin kenderaan
Suhu dunia yang meningkat boleh menyebabkan kenaikan paras air laut. Oleh itu, kita perlu mencari tenaga alternatif demi menjaga alam sekitar.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
2.5Perubahan Zaman Air Batu akhir
Selepas Zaman Air Batu yang sejuk dan panjang, dunia menjadi panas. Perubahan berlaku dari segi iklim, glasier, rupa bentuk fizikal bumi dan kehidupan manusia serta haiwan.
| Aspek | Perubahan |
|---|---|
| Glasier | Air batu yang cair dari tanah tinggi dan gunung membawa batu dan tanah. Lebihan air melimpahi laut dan tanah tinggi. |
| Paras air laut | Berubah dengan kedalaman 100 meter. Rupa bentuk fizikal bumi menjadi seperti hari ini. |
| Tasik dan sungai | Terbentuk tasik air tawar, contohnya Great Lakes (Kanada) dan Tasik Dayang Bunting (Malaysia). Saliran sungai berubah kepada bentuk hari ini. |
| Binatang | Binatang Zaman Pleistosen pupus: mamot, sloth dan harimau bertaring. |
| Manusia | Manusia keluar dari benua Afrika dan beransur-ansur mendiami Eropah dan Asia, kerana suhu di situ tidak lagi terlalu sejuk. |
| Iklim | Berubah daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. Penyebab utama: radiasi bumi (daripada sinaran matahari dan pemanasan bumi). |


Buku teks, ms. 36.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
2.6Kesan perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara
Dua kesan penting di Asia Tenggara:
- Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda.
- Pergerakan manusia di sekitarnya.
Perubahan paras air laut aktif berlaku pada 17,000 hingga 20,000 tahun dahulu. Sejak itu, aras laut naik antara 100 hingga 120 meter.
| Fakta Pentas Sunda | |
|---|---|
| Keluasan | Melebihi 3.2 juta kilometer persegi |
| Kepulauan di atasnya | Sumatera, Jawa dan Borneo |
| Kawasan yang disatukan | Burma (Myanmar), Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura |
| Bentuk fizikal | Tanah pamah terbentuk pada Zaman Pleistosen (paras laut rendah). Manusia boleh berjalan kaki merentasinya. |

Buku teks, ms. 38 (sumber asal: Robert Hall dan Christopher K. Morley, 2004).
Kesan kepada manusia
- Negara Asia Tenggara mempunyai ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama.
- Penduduk Pentas Sunda berkongsi tamadun yang sama: kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat.
- Contoh: penduduk Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan selatan Filipina berkongsi bahasa Melayu.
Kesan kepada bentuk fizikal
- Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen membentuk sungai dan tasik. Sungai terbesar: Sungai Sunda Utara.
- Aliran sungai menenggelamkan tanah rendah di tepi pantai, lalu terbentuk Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa.
- Pentas Sunda tenggelam dan Asia Tenggara menjadi seperti bentuk hari ini.

Buku teks, ms. 39.
Kesan kepada binatang
Asia Tenggara didiami 13 peratus mamalia dunia. Namun binatang besar seperti stegodon (gajah) dan pachycrocuta (hyena atau dubuk) telah pupus.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Rumusan
| Subtopik | Isi penting |
|---|---|
| 2.1 Dunia Kita | Usia bumi melebihi 4.6 bilion tahun. Lautan 71 peratus. Lima lautan. Bidang ilmu: paleontologi, kimia, arkeologi, geologi, fizik. |
| 2.2 Zaman Air Batu | Suhu bumi menurun ke tahap membeku; lapisan ais di kutub. Empat tahap: Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen. Teori Milankovitch. |
| 2.3 Garis masa | Miosen (23 juta tahun), Pliosen (5 juta tahun), Pleistosen (2.5 juta tahun), Holosen (10,000 tahun). Hidupan bermula 545 juta tahun dahulu. |
| 2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir | Aras laut rendah, manusia nomad, bumi dilitupi salji, mamot berbulu, rumput dan tumbuhan renek, suhu terlalu sejuk. |
| 2.5 Perubahan | Glasier, paras laut berubah 100 m, tasik air tawar, binatang pupus, manusia keluar dari Afrika, iklim sederhana sejuk. |
| 2.6 Asia Tenggara | Pentas Sunda (melebihi 3.2 juta km persegi) tenggelam; aras laut naik 100–120 m; terbentuk Selat Melaka, Teluk Siam, Laut Jawa; berkongsi bahasa Melayu. |
Nilai, patriotisme dan iktibar
- Bersyukur dengan ciptaan Tuhan.
- Sedar untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
- Diri dan keluarga: jaga kebersihan rumah, jimat elektrik dan air.
- Negara: jaga kebersihan sungai, sekolah dan kemudahan awam; jangan membuang sampah merata-rata.