myUASAUlang kaji UASA
Sejarah nota, bab 9

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Buku teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM, halaman 214–231

Matlamat bab ini

  • Murid boleh menerangkan usaha rundingan kemerdekaan di London dan sebab rundingan itu diadakan (9.1)
  • Murid boleh menyatakan peranan, terma rujukan, anggota dan gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid (9.2)
  • Murid boleh menyusun mengikut kronologi langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan menghuraikan reaksi terhadap draf (9.3)
  • Murid boleh menjelaskan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kepentingannya (9.4)
  • Murid boleh menghayati nilai permuafakatan, toleransi dan keluhuran perlembagaan demi kestabilan negara (9.1–9.4)

Bab ini menerangkan bagaimana kemerdekaan dirundingkan di London, bagaimana Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan, langkah menggubal perlembagaan itu dan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

9.1Usaha rundingan kemerdekaan

Faktor yang mendorong rundingan

  • Luar negara: selepas Perang Dunia Kedua, bangsa terjajah di Mesir, India, Burma dan Filipina bangkit membebaskan diri daripada penjajahan.
  • British memberi jaminan membantu Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri secepat mungkin.
  • Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.
  • Rundingan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan perlu bagi membincangkan keselamatan, hubungan British-Tanah Melayu dan perkara berkaitan perlembagaan negara yang akan merdeka.
Wakil Raja-raja MelayuWakil Parti Perikatan
Dato’ Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said (Menteri Besar Johor), Dato’ Nik Ahmad Kamil (Menteri Besar Kelantan)Tunku Abdul Rahman (ketua rombongan), Dato’ Abdul Razak Hussein, H.S. Lee, Dr. Ismail Abdul Rahman
Wakil Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan mendapat sokongan semua kaum tanpa mengira ideologi parti: E.E.C. Thuraisingham, Ahmad Boestamam (Parti Rakyat), Parti Negara, Parti Buruh dan kaum Serani.

Perjalanan rombongan kemerdekaan

Peta perjalanan rombongan dari Kuala Lumpur ke Singapura, Karachi dan London, dengan empat nombor langkah
Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4, ms. 217 (Sumber: Jabatan Muzium Malaysia, 2003).

LangkahPeristiwa
1Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan kapal terbang.
21 Januari 1956, pukul 5:00 petang: rombongan menaiki kapal laut M.V. Asia dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.
3Singgah di Karachi, Pakistan, kemudian menaiki kapal terbang ke London.
4Tiba di London pada 14 Januari 1956.
Tunku memilih kapal laut ke Karachi supaya masa pelayaran dapat digunakan untuk berbincang dan menyusun strategi bersama wakil Raja-raja Melayu sebelum berunding dengan British. Kira-kira 10 ribu orang menghantar rombongan di Tanjung Pagar.

Rundingan di Lancaster House

Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 di Lancaster House, London. Tunku menyatakan hasrat mendapatkan taraf berkerajaan sendiri serta-merta dan kemerdekaan penuh pada tahun hadapan.

Pihak BritishPerwakilan Tanah Melayu
Ahli Majlis Eksekutif (selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara) dilantik Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri; ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan; Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama; British dan Komanwel membantu pertahanan.Jawatan Setiausaha Kewangan dihapuskan dan diganti Menteri Kewangan; Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pertahanan daripada rakyat tempatan; tarikh merdeka tidak lewat daripada 31 Ogos 1957.
Hasil rundingan: persetujuan British memberi kemerdekaan melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu, 8 Februari 1956, dan persetujuan membentuk Suruhanjaya Perlembagaan.

Sambutan di Melaka: pada 20 Februari 1956 rombongan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam dan diarak ke Padang Banda Hilir. Kira-kira 100 ribu orang mendengar Tunku mengumumkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957; mereka melaungkan “Merdeka”. Tarikh ini dipilih selepas Tunku dan pemimpin lain meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, ulama besar dari Kepala Batas.

Nyatakan tarikh Perjanjian Kemerdekaan dan satu perkara yang dipersetujui.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8 Februari 1956. Britain bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Perlembagaan.

9.2Peranan Suruhanjaya Perlembagaan

Suruhanjaya Reid diumumkan British pada 8 Mac 1956 (selepas persetujuan Raja-raja Melayu) dan memulakan tugas pada akhir Jun 1956. Tugasnya membincang, menyusun dan merangka perlembagaan negara yang merdeka.

Terma rujukan

  1. Memeriksa aturan perlembagaan yang ada, mengambil kira kedudukan Ratu England dan Raja-raja Melayu.
  2. Mencadangkan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam Komanwel, berasaskan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan.
  3. Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat; kerajaan negeri mempunyai autonomi tertentu.
  4. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
  5. Mencadangkan jawatan ketua negara, Yang di-Pertuan Besar (kemudian Yang di-Pertuan Agong).
  6. Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan.
  7. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Anggota

Lima potret anggota suruhanjaya dengan nama dan negara asal
Anggota Suruhanjaya Reid.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4, ms. 221 (Sumber: Arkib Negara Malaysia).

AnggotaNegara
Lord Reid (pengerusi)Britain
Sir William Ivor JenningsBritain
Sir William MckellAustralia
Hakim B. MalikIndia
Hakim Abdul HamidPakistan

Gerak kerja

  • Meminta cadangan penduduk secara bertulis atau lisan dan menerima memorandum.
  • Meneliti kedudukan perlembagaan negeri, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri; melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
  • Mengadakan persidangan: 118 perjumpaan dari Jun hingga Oktober 1956; mengkaji dan membuat laporan serta cadangan.
Jangan tertukar: Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan. Ia tidak mengadakan pilihan raya dan tidak mengkaji dasar pendidikan.
Siapakah pengerusi suruhanjaya dan berapakah perjumpaan yang diadakan?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Lord Reid (Britain); 118 perjumpaan, Jun hingga Oktober 1956.

9.3Langkah penggubalan perlembagaan

LangkahButiran
1. Memorandum131 memorandum bertulis daripada Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan individu tentang pentadbiran, kewarganegaraan, kedudukan istimewa, bahasa dan pendidikan.
2. DrafSuruhanjaya mengeluarkan draf: kerajaan Persekutuan, kewarganegaraan jus soli, kedudukan istimewa Melayu diteruskan, Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong, Parlimen dua dewan (Dewan Negara dan Dewan Rakyat).
3. ReaksiPelbagai pihak menyatakan pandangan (lihat di bawah). Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres 4 hingga 7 Mei 1957.
4. London lagi9 Mei 1957: Tunku, Abdul Razak, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan ke London; pindaan dibuat.
5. Majlis Raja-RajaPindaan disembah perkenan dan dibincangkan.
6. Majlis Perundangan PersekutuanDraf dibentang dan dibahaskan 10 hingga 11 Julai 1957.
7. KelulusanDiluluskan Parlimen British, kemudian Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. Berkuat kuasa 31 Ogos 1957.

Memorandum utama

PihakTuntutan
Raja-raja MelayuKetua Negara bergelar Yang di-Pertuan Agong, dipilih Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan, tempoh lima tahun; lindungi kedudukan istimewa Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
Parti PerikatanTestament Amanah Politik Perikatan; perbezaan pandangan dalam UMNO tentang jus soli.
Dewan Perniagaan MelayuMengetatkan syarat kewarganegaraan.
Dewan Perniagaan CinaKewarganegaraan melalui kelahiran.
Masyarakat India dan SeraniIndia: kedudukan kewarganegaraan diteliti. Serani: hak mereka dipertahankan.
MCASemua sekolah aliran Inggeris dan vernakular diteruskan; sekolah kebangsaan belajar bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Reaksi terhadap draf

  • Sebahagian UMNO: menolak jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa Melayu tergugat; mahu Islam agama rasmi dan bahasa Melayu bahasa rasmi.
  • PAS: kewarganegaraan tidak menjaga kepentingan Melayu; Islam menjadi asas pemerintahan negara; menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
  • Dato’ Onn Jaafar (Parti Negara): menolak syarat kewarganegaraan yang longgar.
  • Sebahagian pertubuhan Cina: mahu bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan. MIC: perhatian kepada syarat kewarganegaraan dan bahasa Tamil.
Ingat susunan: memorandum, draf, reaksi, London 9 Mei, Majlis Raja-Raja, Majlis Perundangan (Julai), kelulusan 27 Ogos, kuat kuasa 31 Ogos.
Apakah yang berlaku pada 27 Ogos dan 31 Ogos 1957?
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
27 Ogos: draf diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. 31 Ogos: Perlembagaan berkuat kuasa secara rasmi.

9.4Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Ditandatangani pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivray bagi pihak Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi asas Perlembagaan 1957.
Inti patiButiran
1. Raja Berperlembagaan dan Demokrasi BerparlimenYang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja Melayu setiap lima tahun.
2. KewarganegaraanMereka yang lahir pada atau selepas hari merdeka menjadi warganegara. Tiga cara: penguatkuasaan undang-undang (Perkara 14), pendaftaran (Perkara 15), naturalisasi (Perkara 19).
3. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lainSemua rakyat hak dan kewajipan sama; Melayu diberi keutamaan sebagai rakyat asal; hak kaum lain dilindungi.
4. Kedudukan agama IslamIslam agama Persekutuan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
5. Kedudukan bahasa MelayuBahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi.
Nilai: menghormati keputusan pemimpin, permuafakatan, keterbukaan menerima pandangan pelbagai pihak, toleransi antara kaum dan menjunjung keluhuran perlembagaan.
Perkara 14, 15 dan 19 ialah tiga cara kewarganegaraan. Jangan campurkan dengan perkara kedudukan Islam atau bahasa.
Nyatakan tiga cara memperoleh kewarganegaraan menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Penguatkuasaan undang-undang (Perkara 14); memohon didaftarkan (Perkara 15); naturalisasi (Perkara 19).

Rumusan

SubtopikPerkara mesti ingat
9.1 Rundingan1 Jan 1956 M.V. Asia; London 14 Jan; Lancaster House 18 Jan–6 Feb; Perjanjian 8 Feb; Melaka 20 Feb
9.2 Suruhanjaya Reid8 Mac 1956; Lord Reid; 7 terma rujukan; 118 perjumpaan
9.3 Penggubalan131 memorandum; draf; 9 Mei London; 27 Ogos lulus; 31 Ogos kuat kuasa
9.4 Perjanjian5 Ogos 1957; lima inti pati; Perkara 14, 15, 19