PEERS: Kekeluargaan
Matlamat bab ini
- Murid boleh menjelaskan kepentingan komunikasi dan masa berkualiti bersama-sama keluarga (4.1.1)
- Murid boleh membezakan komunikasi verbal dengan komunikasi bukan verbal dalam keluarga (4.1.1)
- Murid boleh menyenaraikan punca ketegangan dalam kehidupan berkeluarga, iaitu keganasan rumah tangga, kepincangan keluarga, ibu bapa tunggal, perceraian dan perkahwinan kontrak (4.1.2)
- Murid boleh menjana idea cara mengatasi ketegangan perhubungan dalam keluarga dan aktiviti yang menjadikan keluarga bahagia dan harmoni (4.1.2)
Bab ini menerangkan kepentingan komunikasi dan masa berkualiti bersama keluarga, punca ketegangan dalam keluarga dan cara mengatasinya.
4.1Komunikasi dalam keluarga
| Bentuk | Maksud | Contoh |
|---|---|---|
| Komunikasi verbal | Proses yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan mesej kepada penerima. | Berbual, menasihati, menegur dengan kata-kata. |
| Komunikasi bukan verbal | Berinteraksi menggunakan anggota badan tanpa percakapan. | Ekspresi wajah, gerak mata dan tangan, senyuman, bersalaman. |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.2Kepentingan komunikasi dan masa berkualiti
Komunikasi mewujudkan kefahaman dan sikap toleransi dalam keluarga. Ia menjadi medium perhubungan yang rapat antara ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara.
| Aktiviti bersama keluarga | Kesan |
|---|---|
| Rekreasi (riadah, berkumpul dalam suasana mesra) | Menyihatkan tubuh, melepaskan tekanan dan mengeratkan ikatan keluarga. |
| Mewujudkan masa berkualiti | Mewujudkan keceriaan dan merapatkan hubungan. |
| Menjalin ikatan kekeluargaan (gotong-royong, berkelah, barbeku, jamuan) | Komunikasi yang dibina menjalinkan perhubungan yang mesra. |
Tujuan komunikasi dan kualiti keluarga
Memberi nasihat dan teguran berguna; menunjuk ajar kekurangan diri.
Berkongsi berita gembira dan sedih; teguran yang membina.
Membetulkan kesilapan ahli keluarga; memberi sokongan moral ketika menghadapi situasi kurang baik.
Berdasarkan buku teks PJPK Tingkatan 5, ms. 144.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.3Punca ketegangan dalam kehidupan berkeluarga
Perkara kecil seperti rumah bersepah boleh menjadi ketegangan jika pasangan tidak memahami konsep kehidupan berkeluarga. Setiap kekusutan ada penyelesaiannya.
| Punca | Penjelasan |
|---|---|
| Keganasan rumah tangga | Penderaan fizikal, mental, emosi, seksual dan spiritual. Sebab: kurang keharmonian dan persefahaman, latar belakang berlainan, masalah ekonomi, cemburu melampau, masalah mental, kurang didikan agama. |
| Kepincangan keluarga | Ibu bapa sibuk mengejar harta, kurang meluangkan masa. Anak berasa dipinggirkan dan mudah terjebak dengan merokok, melepak dan vandalisme. |
| Ibu bapa tunggal | Menjaga anak bersendirian sambil bekerja; bebanan menyebabkan tekanan dan hubungan dengan anak menjadi tegang. |
| Perceraian | Anak kekurangan kasih sayang dan tertekan kerana berpisah daripada ibu atau bapa; emosi pasangan tidak stabil. |
| Perkahwinan kontrak | Menetapkan tempoh waktu perkahwinan. Masalah: hubungan kekeluargaan, hak penjagaan anak selepas kontrak tamat, pembahagian harta pusaka, tanggungjawab suami terhadap isteri. |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
4.4Cara mengatasi ketegangan perhubungan
| Cara | Langkah |
|---|---|
| Meningkatkan kemahiran komunikasi | Meluangkan masa berbual bersama; menerangkan masalah kepada ibu bapa dan berbincang untuk menyelesaikannya. |
| Meningkatkan taraf ekonomi | Ibu bapa menambah sumber kewangan; berjimat cermat supaya ada tabungan ketika kecemasan. |
| Menjadi keluarga penyayang | Saling mengambil berat dan bertoleransi; melaksanakan hak dan tanggungjawab; mempelajari ilmu kekeluargaan. |
| Mengutamakan pendidikan | Peluang melanjutkan pelajaran; pendidikan agama dan moral supaya anak di landasan yang betul. |
Aktiviti keluarga bahagia dan harmoni
| Aktiviti | Manfaat |
|---|---|
| Riadah | Bercuti, berkelah atau memancing bersama menimbulkan kemesraan dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. |
| Bersukan | Meningkatkan kecergasan, melepaskan tekanan kerja dan sekolah, serta meningkatkan prestasi pelajaran dan kerja; semangat kerjasama dan tolong-menolong mengeratkan hubungan. |
| Aktiviti keagamaan | Mengurangkan tekanan emosi dan depresi, menjadikan seseorang tenang; membendung kegiatan tidak bermoral dan mencipta suasana berdisiplin. |
Berdasarkan buku teks PJPK Tingkatan 5, ms. 146.
Contoh: persiapan sesi persekolahan
Menjelang persiapan sesi persekolahan baharu, keluarga Hana sering bertegang urat tentang wang. Cara membantu: (1) berbincang secara tenang bersama ibu bapa, (2) berjimat cermat dalam perbelanjaan, (3) membantu kerja rumah dan beraktiviti bersama.