Membina Kemakmuran Negara
Matlamat bab ini
- Murid boleh menjelaskan latar belakang, matlamat dan strategi pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) (8.1)
- Murid boleh menghuraikan pelaksanaan DEB melalui usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat (8.2)
- Murid boleh menerangkan latar belakang, matlamat, objektif dan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (8.3)
- Murid boleh menghuraikan pelaksanaan DPN dari segi pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, modal saham dan pembangunan wilayah (8.4)
- Murid boleh menilai pencapaian DEB dan DPN dari aspek sosial dan ekonomi (8.5)
- Murid boleh menghargai harta awam, alam sekitar dan peranan rakyat dalam pembangunan negara (8.5)
Bab ini menerangkan bagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dibentuk dan dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat dan membina kemakmuran negara, serta apakah pencapaiannya.
8.1Pembentukan dasar ekonomi baru (DEB)
Latar belakang pembentukan
- Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada Januari 1970 dengan ahli daripada pelbagai lapisan masyarakat.
- MAPEN menyediakan garis panduan kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan. Hasilnya ialah DEB.
- Pakar ekonomi dalam dan luar negara merangka dasar ini, termasuk Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway) dan Dr. Jack R. Parkinson (Britain).
- DEB dilancarkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
| Rancangan Malaysia | Tempoh |
|---|---|
| Kedua | 1971–1975 |
| Ketiga | 1976–1980 |
| Keempat | 1981–1985 |
| Kelima | 1986–1990 |
Matlamat dan strategi
Matlamat DEB ialah perpaduan dan kesejahteraan kaum. Strategi yang digunakan bersifat serampang dua mata.
Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Isu sosioekonomi semasa DEB dilancarkan: jurang antara bumiputera dengan bukan bumiputera, antara pantai timur dengan pantai barat, antara desa dengan bandar dan antara negeri.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.2Pelaksanaan dasar ekonomi baru (DEB)
DEB dilaksanakan melalui beberapa langkah: meningkatkan taraf hidup, Rancangan Buku Hijau, peranan agensi kerajaan, FELDA, pembangunan wilayah, pemilikan modal saham, IKS, dan pendidikan tenaga kerja mahir.
| Langkah | Huraian |
|---|---|
| Taraf hidup luar bandar | Fokus kepada petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh dan penduduk kampung baharu. Program: tanah baharu, bantuan peralatan, subsidi benih dan baja, kredit, pemasaran. |
| Taraf hidup bandar | Memajukan perindustrian dan perniagaan untuk menambah pekerjaan; kemudahan asas, biasiswa, buku teks percuma dan rumah murah. |
| Rancangan Buku Hijau | Dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974. Menambah pendapatan dan pengeluaran makanan; menggunakan tanah sepenuhnya. |
| Agensi kerajaan | LPN (1971, padi dan beras; kini BERNAS 1994), LKIM (1971, nelayan), LPP (1973, peladang), RISDA (1973, pekebun kecil getah). |
| FELDA | Peneroka miskin diberi 10 ekar tanah untuk kelapa sawit atau getah, rumah, klinik, sekolah dan koperasi. Peneroka pelbagai kaum. |
| Pembangunan wilayah | KEJORA, KETENGAH, DARA, KESEDAR; UDA (1971) membangunkan bandar baharu seperti Bandar Tun Hussein Onn dan Bandar Baru Uda. |
| Modal saham | PNB ditubuhkan 17 Mac 1978; ASN, ASB dan Amanah Saham Malaysia. Menubuhkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). |
| IKS | Industri kecil dan sederhana: modal kecil, tenaga kerja sedikit (kraf tangan, makanan, pakaian, inap desa). Pinjaman melalui Agrobank, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain. |
| Tenaga kerja mahir | Kemahiran Hidup di sekolah; jurusan akademik dan vokasional; sekolah teknik, politeknik, UTM dan ITM. |

Buku teks Sejarah Tingkatan 5, ms. 169. Sumber asal: Arkib Negara Malaysia.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.3Pembentukan dasar pembangunan nasional (DPN)
- Dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Keenam (1991–1995) dan Ketujuh (1996–2000).
- Matlamat: perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan dan pembangunan seimbang antara negeri, serta bandar dengan luar bandar.
- Objektif: masyarakat bersatu padu, kestabilan sosial dan politik, pembangunan ekonomi berterusan, negara maju dalam semua aspek.
| Bidang strategi | Contoh |
|---|---|
| Ekonomi | Pelibatan aktif sektor swasta, penanaman semula, sains dan teknologi, tambah pemilikan saham bumiputera. |
| Sosial | Insentif dan kemudahan pendidikan untuk golongan miskin tanpa mengira kaum; MPPB; masyarakat berdisiplin dan progresif. |
| Kemudahan fizikal dan alam sekitar | Tambah baik kemudahan asas; pembangunan mapan; teknologi hijau. |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.4Pelaksanaan dasar pembangunan nasional (DPN)
| Bidang | Langkah |
|---|---|
| Pembasmian kemiskinan | Hapuskan kemiskinan tegar; subsidi kepada penanam padi dan nelayan; latihan belia di ILP dan Giatmara. |
| Penyusunan semula masyarakat | Membentuk MPPB (selaras Perkara 153); latihan pengurusan; kontrak, kuota, lesen; usaha sama bumiputera dengan bukan bumiputera; IKS. |
| Modal saham | Sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan bumiputera; penswastaan (dilancarkan Mac 1983) melalui MARA, PERNAS dan PKEN. |
| Pembangunan wilayah | MARDI ditingkatkan; pertanian pintar (dron, jentera kawalan jauh); penyebaran industri ke negeri kurang maju. |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.5Pencapaian DEB dan DPN
Aspek sosial
| Pencapaian | Fakta |
|---|---|
| Kadar kemiskinan menurun | 49.3% (1970) kepada 17.1% (1990) di bawah DEB; 7.2% (2000) di bawah DPN. |
| Kualiti hidup | Kesihatan, pendidikan, hospital dan klinik bertambah baik. |
| Golongan pertengahan | Profesional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan di bandar. |
| MPPB | Tokoh perbankan, korporat, hartanah dan usahawan muda bumiputera. |
| Pendidikan, pengangkutan, bandar baharu | Institusi awam dan swasta; graduan sains dan teknologi; lebuh raya, MRT, kereta api; Bandar Tun Abdul Razak, Jengka (7 Julai 2011). |
Aspek ekonomi
- Perindustrian berteknologi tinggi: industri berat dikendalikan oleh HICOM (1980), termasuk besi dan keluli, limbungan kapal Pasir Gudang, loji gas cecair Bintulu.
- Kawasan perindustrian baharu: estet perindustrian, taman teknologi (Kulim Hi-Tech Park) dan zon perindustrian bebas (pelepasan cukai atau tarif).
- Kenderaan buatan Malaysia: PROTON (7 Mei 1983), PERODUA (1993), MODENAS. Proton Saga dilancarkan 1 September 1985.

Buku teks Sejarah Tingkatan 5, ms. 187.