Kelestarian alam
Matlamat bab ini
- Murid boleh menjelaskan dan membanding beza maklumat tentang cara mengasingkan sisa pepejal (1.2.2)
- Murid boleh melakonkan cerita dan membaca pantun dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai (2.3.2)
- Murid boleh mengedit dan memurnikan struktur ayat yang salah (3.3.2)
- Murid boleh mendeklamasikan sajak dan menyatakan maksud sajak (4.2.3)
- Murid boleh membina dan menggunakan ayat tanya tanpa kata tanya (5.3.1)
- Murid boleh bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikannya (1.2.3)
- Murid boleh menulis jawapan pemahaman berdasarkan teks dan soalan bercapah (3.2.2)
- Murid boleh membina ayat tunggal berpandukan gambar dan ayat majmuk dengan kata hubung (5.3.2)
- Murid boleh menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk mengikut konteks (5.1.1)
- Murid boleh memberikan respons terhadap suruhan dan permintaan (1.1.2)
- Murid boleh mengenal pasti maksud kosa kata umum dan kosa kata istilah (2.2.1)
- Murid boleh melengkapkan pantun dan mengenal rima serta jeda (4.3.1)
- Murid boleh menggunakan penjodoh bilangan untuk membina ayat (5.1.1)
- Murid boleh mengenal pasti dan menggunakan kata kerja aktif transitif, kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja pasif (5.1.2)
Tema 6 mengajak kita menjaga alam sekitar. Mari kita ikuti Nabila, Fatin dan Hanif belajar tentang sampah, sungai, laut, hutan dan bangunan hijau. Dalam tema ini ada tiga unit: Unit 16 Pengurusan Sisa Pepejal, Unit 17 Sumbangan Kita dan Unit 18 Tahukah Kamu?

Buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2, ms. 21.
6.1Unit 16: Pengurusan Sisa Pepejal
Mari kitar semula (SP 1.2.2)
Nabila membantu ibunya membuang sampah. Ada dua cara untuk mengitar semula sisa pepejal.

Buku teks Jilid 2, ms. 22 (Sumber: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara).
| Pengasingan sisa pepejal di punca | Pengasingan sisa pepejal di tong kitar semula | |
|---|---|---|
| Sama | Asingkan sisa. Sisa yang boleh dikitar semula dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam plastik. | |
| Beza | Plastik itu diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan. | Plastik itu dihantar ke lokasi yang terdapat tong kitar semula. |
Tong kitar semula ada tiga jenis: kertas, tin dan plastik, serta kaca.
Tangan Kreatif (SP 2.3.2)
Ayah Fatin mengolah bahan buangan menjadi hiasan rumah. Botol menjadi bekas tanaman sayur. Tayar menjadi tempat duduk.


Buku teks Jilid 2, ms. 23.
Kebaikan mengolah bahan buangan
- "Cara ini dapat mengurangkan pencemaran alam."
- "Tapak pelupusan sampah juga dapat dikurangkan."
- Barang tidak dibuang atau dibakar. Barang itu dapat berbakti semula.
Struktur ayat yang betul (SP 3.3.2)
Nabila membaca berita tentang jadual kutipan sisa. Ada ayat dalam berita itu yang susunannya salah. Kita perlu mengedit dan memurnikan ayat itu.

Buku teks Jilid 2, ms. 24.
| Struktur ayat yang salah | Struktur ayat yang betul |
|---|---|
| Sisa dikutip akan makanan dua kali seminggu. | Sisa makanan akan dikutip dua kali seminggu. |
| Sisa dikutip sekali yang boleh dikitar pula semula seminggu. | Sisa yang boleh dikitar semula pula dikutip sekali seminggu. |
| Penggunaan jadual itu akan semua pihak memudahkan. | Penggunaan jadual itu akan memudahkan semua pihak. |
| Harus bekerjasama untuk semua pihak melestarikan sekitar alam. | Semua pihak harus bekerjasama untuk melestarikan alam sekitar. |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Sajak "Pesananku" (SP 4.2.3)

Buku teks Jilid 2, ms. 25.
Maksud sajak: Sajak ini menceritakan tentang minyak masak terpakai. Kita jangan membuang atau mencurahkan minyak masak terpakai. Kita boleh mengitarnya semula menjadi sabun untuk cucian dan lilin untuk menyinari kegelapan, agar alam terpelihara.
Ayat tanya tanpa kata tanya (SP 5.3.1)

Buku teks Jilid 2, ms. 26.
Contoh daripada buku teks
- Itu mak cik kamu?
- Mereka berada di kantin?
- Ini alat perangkap sisa makanan, mak cik?
- Alat ini disambung terus pada singki?
- Bolehkah saya menolong mak cik? (ada partikel -kah)
Alat perangkap sisa makanan menjadikan longkang bersih dan tidak berbau. Aliran air longkang lancar dan sungai juga bersih.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
6.2Unit 17: Sumbangan Kita
Rakan Alam Sekitar (SP 1.2.3)

Buku teks Jilid 2, ms. 27 (Sumber: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar).
- Program Rakan Alam Sekitar (RAS) dilancarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 4 Jun 2009.
- Objektif: (1) memberikan kesedaran tentang alam sekitar kepada masyarakat; (2) menanam rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Pantun "Jagalah Bumi Kita" (SP 2.3.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 28.
| Rangkap | Pesanan (maksud) |
|---|---|
| 1 | Alam yang indah ialah impian kita. Kita bersatu hati menjaganya. |
| 2 | Laut dan tasik perlu dipelihara supaya airnya bersih. |
| 3 | Elakkan pembakaran terbuka supaya udara bersih. |
| 4 | Penebangan hutan perlu dirancang supaya alam tidak musnah. |
Sayangi Sungai Kita (SP 3.2.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 29.
Selepas ceramah, Nabila dan peserta lain membersihkan kawasan Sungai Skudai, Johor. Mereka berjanji akan terus menyertai kegiatan pembersihan sungai.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Ayat tunggal (SP 5.3.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 30.
| Subjek (siapa / apa) | Predikat (cerita tentang subjek) |
|---|---|
| Mereka | mengumpulkan peralatan elektrik. |
| Cikgu Hadif | guru mata pelajaran Bahasa Melayu. |
| Fatin | mengedarkan risalah kepada rakan-rakan. |
| Nabila | mendengar penerangan tentang sisa elektronik. |
| Keluarga itu | membawa barang elektrik lama. |
Ayat majmuk (SP 5.3.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 31.
| Ayat tunggal | Kata hubung | Ayat majmuk |
|---|---|---|
| Banyak ikan mati di situ. Banyak burung mati di situ. | dan | Banyak ikan dan burung mati di situ. |
| Nabila mengeluarkan telefon bimbitnya. Nabila mengambil gambar. | lalu | Nabila mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mengambil gambar. |
| Nabila mencatat masa. Nabila mencatat lokasi. | dan | Nabila mencatat masa dan lokasi. |
| Nabila berfikir. Nabila memegang telefon bimbit. | sambil | Nabila berfikir sambil memegang telefon bimbit. |
| Nabila ingin menelefon JAS. Nabila ingin menulis surat kepada JAS. | atau | Nabila ingin menelefon atau menulis surat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Kata ganti nama (SP 5.1.1)

Buku teks Jilid 2, ms. 32.
| Jenis | Maksud | Contoh |
|---|---|---|
| Kata ganti nama diri pertama | menggantikan nama orang yang bercakap | saya, kami, kita |
| Kata ganti nama diri kedua | merujuk orang yang diajak bercakap | kamu, kalian |
| Kata ganti nama diri ketiga | merujuk orang yang sedang diperkatakan | dia, mereka, -nya |
| Kata ganti nama tunjuk umum | itu (sesuatu yang jauh), ini (sesuatu yang dekat) | sawah padi itu, sawah padi ini |
| Kata ganti nama tunjuk tempat | sana (tempat jauh), sini (tempat dekat), situ (agak jauh tetapi masih dapat dilihat) | di sana, di sini, di situ |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
6.3Unit 18: Tahukah Kamu?
Kelestarian hutan bandar (SP 1.1.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 33.
Fungsi hutan bandar: meningkatkan kualiti alam, memerangkap debu, menyerap air dan mengekalkan ekosistem.
Suruhan dan permintaan
- Suruhan: "Berikan tumpuan." "Hanif, terangkanlah fungsi hutan bandar pula."
- Permintaan (kata minta, tolong): "Minta perhatian semua." "Hanif, tolong jelaskan tujuan hutan bandar dikekalkan?"
- Respons yang sopan: "Baiklah." / "Terima kasih, Darsyini."
Bangunan berteknologi hijau dan kosa kata (SP 2.2.1)

Buku teks Jilid 2, ms. 34 (Sumber: Suruhanjaya Tenaga Malaysia).
| Ciri bangunan hijau | Kebaikan |
|---|---|
| Cermin lut sinar pada dinding | Ruang mendapat cahaya matahari. Kurang penggunaan lampu elektrik. |
| Tanaman pokok hiasan | Udara segar dan persekitaran sejuk. Kurang kos penyaman udara. |
| Panel solar pada bumbung | Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. |
| Rumput pada bumbung | Mengurangkan kepanasan bangunan. Kurang gas berbahaya. |
| Kosa kata umum | Kosa kata istilah |
|---|---|
| Perkataan yang biasa digunakan oleh anggota masyarakat. | Perkataan khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. |
| Contoh: udara ialah campuran berbagai-bagai jenis gas yang terdapat di atas muka bumi. Juga: cahaya, bumbung, dinding. | Contoh: cermin lut sinar ialah cermin yang dapat dilihat melaluinya (bidang kejuruteraan). Juga: panel solar, ekosistem. |
Hari Tanpa Kenderaan (SP 3.2.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 35.
- Jalan ditutup untuk kenderaan bermotor dari 7:00 pagi hingga 10:00 pagi (3 jam) pada setiap hari Sabtu minggu ke-2.
- Tujuan: mendidik orang ramai agar bersama-sama mengurangkan pencemaran alam sekitar.
- Orang ramai digalakkan berjalan kaki atau berbasikal.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Pantun "Taman Negara Kita": rima dan jeda (SP 4.3.1)

Buku teks Jilid 2, ms. 36.
Bahagian pantun empat kerat
Letak di para buah delima, (pembayang)
Daun ketupat di sisi saudari; (pembayang)
Taman negara diberikan nama, (maksud)
Jadikan tempat indah lestari. (maksud)
- Rima ialah bunyi yang sama pada huruf atau kata akhir dalam rangkap pantun. Rima pantun empat kerat ialah a-b-a-b: delima – saudari – nama – lestari.
- Jeda ialah hentian di tengah baris pantun, ditandai dengan /: Hilang kejora / menjelang pagi.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
6.4Tatabahasa: penjodoh bilangan dan kata kerja
Penjodoh bilangan (SP 5.1.1)

Buku teks Jilid 2, ms. 37.
| Penjodoh bilangan | Dalam kebun datuk |
|---|---|
| sepasang | sepasang burung |
| rumpun | tiga rumpun pokok buluh |
| sebatang | sebatang sungai, sebatang pokok |
| sebuah | sebuah pondok |
| sekawan | sekawan kerbau |
| seekor | seekor tupai |
| botol | sebotol air |
| bakul | sebakul buah rambutan |
| berkas | seberkas kayu api |
| deret | sederet pokok sayur |
| bilah | sebilah parang |
| utas | seutas tali |
Kata kerja aktif transitif dan tak transitif (SP 5.1.2)

Contoh: menyembur kabut, memegang mikrofon, membuka tingkap.
(a) tanpa pelengkap: Petugas itu baru tiba. Penduduk berkumpul. Pegawai itu berucap.
(b) berpelengkap: Keadaannya beransur pulih.
Buku teks Jilid 2, ms. 38 (Semburan Kabut Mesra Alam).
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Kata kerja pasif (SP 5.1.2)

Buku teks Jilid 2, ms. 39.
| Ayat aktif (pelaku dahulu) | Ayat pasif (objek dahulu) |
|---|---|
| Ali memijak kasut saya. | Kasut saya terpijak oleh Ali. |
| Cikgu Haris memberikan taklimat ringkas. | Taklimat ringkas diberikan oleh Cikgu Haris. |
| Murid-murid dapat mengamalkan ilmu itu. | Ilmu itu dapat diamalkan oleh murid-murid. |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
6.5Pengukuhan, penilaian dan bacaan luas
Edit dan murnikan (SP 3.3.2)
Petikan "Impianku Terlaksana" (ms. 40) ada kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat. Contoh pembetulan:
| Salah | Betul | Jenis kesalahan |
|---|---|---|
| mensangka | menyangka | ejaan (imbuhan) |
| impiannya ... telah mencapai selama ini | impiannya ... telah tercapai. Selama ini | imbuhan dan tanda baca |
| menuntunnya di kaca televisen | menontonnya di kaca televisyen | ejaan |
| lamonannya | lamunannya | ejaan |
| bersenyum | tersenyum | imbuhan |
| menambil | mengambil | ejaan |
| Tolong bawa memakan ikan | Tolong bawa makanan ikan | penggunaan kata |
| Ikan banyak kelah di sini. | Banyak ikan kelah di sini. | struktur ayat |
| Baiklah, ayah, jawab Hanif | "Baiklah, ayah," jawab Hanif | tanda petik |
| Wah, banyaknya ikan kelah Bolehkah | Wah, banyaknya ikan kelah! Bolehkah | tanda seru |
| Sebelum tiga jam berada di situ, mereka datang ke tempat penginapan. | Selepas tiga jam berada di situ, mereka pulang ke tempat penginapan. | pilihan kata |
Bebola lumpur (Penilaian, ms. 41)

Buku teks Jilid 2, ms. 41 (Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor).
Langkah: mula-mula, sekam padi dicampurkan dengan Mikroorganisma Efektif (EM) dan tanah merah. Kemudian, buat bebola lumpur. Selepas itu, peram selama seminggu untuk proses penapaian. Akhir sekali, buang bebola lumpur ke dalam sungai yang tercemar. Bebola lumpur boleh merawat air yang tercemar; air yang berlumpur dan berbau menjadi jernih serta bersih.
Bacaan luas: Jantung Borneo (ms. 42)

Buku teks Jilid 2, ms. 42.
Jantung Borneo ialah kawasan hutan di sempadan tiga buah negara: Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia. Ketiga-tiga negara menandatangani perjanjian untuk memelihara kawasan itu supaya hutan dapat diurus dan dipulihara dengan lebih baik. Lawatan ke Jantung Borneo dapat meningkatkan kesedaran akan pemuliharaan kawasan hutan.
Tip menulis karangan pendek tentang alam sekitar
Contoh perenggan (berdasarkan gambar)
Pada hari Sabtu, Nabila dan keluarganya mengasingkan sampah di rumah. Mereka memasukkan kertas, tin dan plastik serta kaca ke dalam beg plastik yang berlainan. Kemudian, ayah menghantar sampah itu ke tong kitar semula. Nabila berasa gembira kerana dapat membantu menjaga alam sekitar.
- Isi: siapa, di mana, buat apa, mengapa, perasaan.
- Ayat: ayat tunggal dan ayat majmuk (dan, lalu, sambil, kerana).
- Ejaan dan tanda baca: huruf besar di awal ayat dan untuk nama khas; noktah di akhir ayat.
Rumusan
| Topik | Ingat | Contoh |
|---|---|---|
| Ayat tanya tanpa kata tanya | Tiada kata tanya; nada tinggi; tanda soal | Itu mak cik kamu? |
| Struktur ayat | Susun supaya ayat jelas dan betul | Sisa makanan akan dikutip dua kali seminggu. |
| Ayat tunggal | Satu subjek + satu predikat | Mereka mengumpulkan peralatan elektrik. |
| Ayat majmuk | Beberapa ayat tunggal + kata hubung | Nabila berfikir sambil memegang telefon bimbit. |
| Kata ganti nama | Diri pertama, kedua, ketiga; tunjuk umum dan tempat | saya/kami/kita; kamu; mereka; ini/itu; sini/situ/sana |
| Kosa kata | Umum (biasa) dan istilah (bidang khusus) | udara; cermin lut sinar |
| Pantun | Pembayang + maksud; rima a-b-a-b; jeda / | Taman negara / tanahnya tinggi |
| Penjodoh bilangan | bilangan + penjodoh + kata nama | sekawan kerbau, seutas tali |
| Kata kerja aktif transitif | Perlu objek | menyembur kabut |
| Kata kerja aktif tak transitif | Tiada objek | Petugas itu baru tiba. |
| Kata kerja pasif | Objek di hadapan; di-/ter- | Kasut saya terpijak oleh Ali. |