Kecergasan Diri
What this chapter coversMatlamat bab ini
- Saya boleh menerangkan maksud dan contoh aktiviti memanaskan badan serta kesannya pada tubuh (3.1.1, 4.1.1, 4.1.2)
- Saya boleh mengambil kadar nadi dan membandingkan bacaan sebelum dan selepas aktiviti (3.1.2, 4.1.2, 5.2.1)
- Saya boleh menerangkan maksud dan kesan menyejukkan badan serta risiko kekurangan air pada tubuh (4.1.3, 4.1.4)
9.1Memanaskan badan
Anding gemar melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan tahap kecergasannya. Rimong dan rakan-rakan memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar.
Contoh permainan memanaskan badan: cawan dan piring, tarik kerbau dan tampar lutut.
Kesan memanaskan badan
- Suhu badan meningkat dan badan berpeluh.
- Kadar nadi dan degupan jantung meningkat.
- Kadar pernafasan dan pengambilan oksigen meningkat.
- Keanjalan otot bertambah untuk mengelakkan kecederaan.
Mengambil kadar nadi
Ambil bacaan nadi selama satu minit sebelum dan selepas aktiviti, kemudian catat dalam jadual. Nadi boleh dikesan di pergelangan tangan (nadi radial) atau di bahagian leher (nadi karotid).
| Kesan aktiviti pada tubuh | Kadar nadi sebelum memanaskan badan | Kadar nadi selepas memanaskan badan |
|---|---|---|
| Hari 1 | (catat) | (catat) |
| Hari 2 | (catat) | (catat) |
Semak diri: Berapakah kadar nadi yang perlu dicapai selepas memanaskan badan?
Show answer
9.2Menyejukkan badan
Zety dan Siti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas aktiviti fizikal. Mereka melakukan regangan.

Rajah daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 SK, m.s. 63.
Kesan menyejukkan badan
- Menurunkan suhu badan.
- Menurunkan kadar nadi dan kadar pernafasan pada tahap biasa.
- Memastikan bekalan oksigen dibawa ke seluruh tubuh supaya otot tidak lesu.
- Membantu otot mengendur dan pulih selepas bekerja keras.
| Memanaskan badan | Menyejukkan badan | |
|---|---|---|
| Bila | Sebelum aktiviti | Selepas aktiviti |
| Suhu badan | Meningkat | Menurun |
| Kadar nadi dan pernafasan | Meningkat | Menurun ke tahap biasa |
Risiko kekurangan air pada tubuh

Rajah daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 SK, m.s. 63.
Tanda: bibir kering, kulit kering, loya, muntah, denyutan jantung bertambah, kadar pernafasan bertambah, pening dan dahaga keterlaluan.
Semak diri: Apakah perbezaan antara kesan memanaskan badan dengan menyejukkan badan pada tubuh?