myUASARevision for UASAUlang kaji UASA
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan notesnota, unit 12

Nutrien kesihatan

Notes made with reference toNota dibuat dengan rujukan kepada TextbookBuku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan 2017), pageshalaman 95–100

What this chapter coversMatlamat bab ini

  • Saya boleh menyatakan kepentingan nutrien (vitamin, garam mineral dan serat, lemak, protein dan karbohidrat) kepada tubuh (8.1.1)
  • Saya boleh menyenaraikan maklumat penting pada label bungkusan makanan (8.1.2)
  • Saya boleh menyatakan kebaikan dan kepentingan membaca label pada bungkusan makanan (8.1.3)

8.1.1Nutrien menjamin kesihatan

Makanan yang sihat menjamin kesihatan kita. Kita perlu memilih makanan daripada semua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia untuk hidup sihat.

Nutrien ialah bahan atau zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran.

Pengambilan nutrien yang mencukupi daripada pelbagai jenis makanan memastikan kita sihat, dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna tanpa berasa letih dan pertumbuhan tubuh tidak terganggu.

NutrienKepentingan
Vitamin, garam mineral dan seratMenyihatkan mata, kulit, rambut dan kuku. Melancarkan penghadaman.
LemakMembekalkan tenaga. Penebat haba. Melindungi organ dalaman.
ProteinPertumbuhan dan perkembangan otot. Meningkatkan metabolisme.
KarbohidratMembekalkan keperluan tenaga untuk seharian.

Jadual disusun daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, ms. 96 dan 97.

Ingat: karbohidrat dan lemak sama-sama membekalkan tenaga. Protein untuk otot. Vitamin, garam mineral dan serat untuk mata, kulit, rambut, kuku dan penghadaman.
Air kosong. Kita digalakkan minum air kosong kerana air kosong tiada kalori, bahan pengawet, perisa tambahan dan pewarna.

Semak diri: Nyatakan satu kepentingan protein dan satu kepentingan lemak.

Show answer
Protein: pertumbuhan dan perkembangan otot. Lemak: penebat haba (atau membekalkan tenaga, atau melindungi organ dalaman).

8.1.2Membaca label pada bungkusan makanan

Label pada bungkusan makanan memberikan maklumat tentang kandungan nutrien dalam produk makanan itu. Baca label sebelum membeli makanan. Rajah di bawah ialah contoh label pada bungkusan roti.

Label pada bungkusan roti dengan petak menerangkan setiap bahagian label
Maklumat pada label bungkusan makanan (contoh: roti).

Rajah daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, ms. 99.

Bahagian labelMaklumat
Nama sebutan sebenar makananContoh: roti
Akuan pemakananContoh: Tinggi Kalsium
Pelabelan makanan (Maklumat Pemakanan)Saiz hidangan, bilangan hidangan, kandungan nutrien setiap 100 gram dan setiap hidangan
Senarai ramuanBahan yang digunakan untuk membuat makanan itu
Penyataan additiveContoh: mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan
Arahan penyimpananContoh: simpan di tempat sejuk dan kering
Tarikh luputContoh: guna sebelum 4 Julai 2021
Maklumat pengeluaranNama dan alamat pengilang
Piawaian (logo halal)Produk yang bersih, baik dan suci
Contoh: membaca label roti

Satu sajian ialah 60 gram, iaitu dua keping roti. Satu bungkusan ada tujuh hidangan, iaitu 14 keping (7 × 2 = 14).

Dua keping roti (60 gram) mengandungi 29.2 gram karbohidrat, 5.0 gram protein, 1.4 gram lemak dan 150 miligram kalsium. Setiap 100 gram roti mengandungi 48.5 gram karbohidrat dan 250 miligram kalsium.

Jika makan empat keping roti (dua sajian): karbohidrat = 29.2 × 2 = 58.4 gram.

Jangan keliru: lajur setiap 100 gram dan lajur setiap hidangan memberi nombor yang berbeza. Lihat tajuk lajur dahulu.

8.1.3Kebaikan membaca label

Antara kebaikan dan kepentingan membaca label pada bungkusan makanan:

  • Mengetahui jenis nutrien yang terkandung dalam makanan itu.
  • Mengetahui kualiti makanan berdasarkan bahan atau ramuan yang digunakan.
  • Menjamin kualiti makanan berdasarkan tarikh luput yang dinyatakan.

Contoh dalam buku teks: murid yang ingin menurunkan berat badan melihat bahawa dua keping roti ada 29.2 gram karbohidrat dan 1.4 gram lemak, lalu mengurangkan bilangan keping roti pada setiap sajian. Murid yang aktif dan memerlukan tenaga serta tulang kuat melihat bahawa roti ada karbohidrat dan mineral (kalsium), lalu menambah bilangan keping untuk mendapat lebih banyak nutrien.

Semak diri: Mengapakah kita perlu melihat tarikh luput sebelum membeli makanan?

Show answer
Untuk menjamin kualiti makanan itu. Makanan yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin kualitinya.