Tamadun Islam dan sumbangannya
Matlamat bab ini
- Murid boleh menerangkan latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial (8.1)
- Murid boleh menjelaskan kemunculan Tamadun Islam dan penyebarannya pada zaman Nabi Muhammad SAW, Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam (8.2)
- Murid boleh menghuraikan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pembangun ekonomi dan pemimpin tentera (8.3)
- Murid boleh menghuraikan sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial (8.4)
- Murid boleh menerangkan ciri-ciri dan sumbangan Tamadun Islam dalam bidang seni bina (8.5)
8.1Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
Masyarakat Arab tinggal di Semenanjung Tanah Arab. Sempadannya:
| Utara | Selatan | Timur | Barat |
|---|---|---|---|
| Padang pasir Syam | Laut Arab | Teluk Parsi | Laut Merah |
Wilayahnya: Hijaz, Najd, Yaman, Hadramaut dan Oman. Di wilayah Hijaz ada tiga kota penting: Makkah, Madinah dan Taif. Kedudukannya strategik, jadi perdagangan dan pertanian berkembang.

Peta: buku teks Sejarah Tingkatan 1, ms. 160 (sumber asal: Farah dan Karls, World History Human Experience).
Zaman Jahiliah
- Empangan Maarib di Yaman runtuh sekitar tahun 300 M. Ekonomi masyarakat Arab merosot.
- Kehidupan sosial lemah. Mereka tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya, jadi tidak mampu membina semula Empangan Maarib.
- Mereka mengalami zaman kegelapan yang dipanggil Zaman Jahiliah.
(a) Politik
| Kaum | Cara hidup |
|---|---|
| Hadhari | Tinggal di kota, berniaga dan memiliki binatang ternakan. |
| Badwi | Hidup secara nomad (berpindah-randah) dan memelihara binatang ternakan. |
- Mereka mengamalkan sistem kabilah (kabilah = suku bangsa, kaum) yang diketuai oleh seorang syeikh.
- Ciri syeikh: disukai ahli kabilah, matang, berani, sanggup mempertahankan puaknya dan pandai berpidato.
- Penyatuan kabilah berdasarkan keturunan, dipanggil semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan kabilah sendiri dan sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
- Di Makkah, kaum Arab Quraisy mentadbir dan memajukan perdagangan. Makkah pernah diancam Abrahah, pemerintah Habsyah, yang ingin menghancurkan Kaabah.
- Pentadbiran Makkah diuruskan oleh badan seperti Darun-Nadwah.
(b) Ekonomi
| Kegiatan | Fakta penting |
|---|---|
| Pertanian | Tanah kurang subur. Yaman: gandum dan kopi (bergantung pada hujan). Oman: sekoi dan padi. Hadramaut dan Mahra: kemenyan. |
| Penternakan | Kaum Badwi menternak unta, kambing dan biri-biri secara nomad, berpindah untuk mencari rumput dan air. |
| Sistem tukar barang | Kaum Badwi menukar ternakan dengan pakaian dan kurma. |
| Perdagangan | Kaum Hadhari berdagang secara kafilah (rombongan pedagang merentasi padang pasir). Sejak abad keenam Masihi, Makkah menjadi pusat dagangan baharu. Laluan Sutera menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia. |
(c) Sosial
| Agama / kepercayaan | Ciri |
|---|---|
| Wathani | Menyembah berhala: al-Latta, al-Uzza, al-Manat, Hubal. Ada 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. |
| Majusi | Menyembah api. Berasal dari Parsi. Penganut di Yaman, Oman, Bahrain. |
| Yahudi | Dianuti Bani Israel di utara Semenanjung Tanah Arab. |
| Nasrani | Dianuti Bani Israel; dikembangkan melalui penduduk Ghassan dan Hirah. |
| Animisme | Percaya kepada roh dan kuasa ghaib. |
| Hunafa' | Mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim AS. |
| Amalan buruk | Sikap baik |
|---|---|
| Menilik nasib; percaya ahli sihir dan azimat; memandang rendah wanita; berjudi, berzina, minum arak, angkuh; hamba dipandang hina. | Memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah, menjaga kehormatan diri; memasang api di tempat tinggi untuk membantu pengembara yang sesat. |
Sebilangan kecil tahu bersyair, bersajak dan berpidato. Karya bermutu dibaca di Pasar Ukaz dan digantung di Kaabah.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.2Kemunculan dan perkembangan tamadun Islam
Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW
- Lahir dalam keluarga Quraisy pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M.
- Bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib (meninggal dunia semasa baginda dalam kandungan). Ibu: Aminah binti Wahab.
- Umur 6 tahun ibunya meninggal; dipelihara datuknya Abdul Muttalib. Dua tahun kemudian datuknya meninggal; dipelihara bapa saudaranya Abu Talib.
- Berniaga hingga ke Syam. Menjalankan perniagaan Siti Khadijah; sifat amanah baginda membawa kepada perkahwinan mereka.
Wahyu: permulaan Tamadun Islam

| Wahyu | Tarikh | Surah |
|---|---|---|
| Pertama | Hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, di Gua Hira' | Surah al-Alaq (ayat 1–5), bermula dengan Iqra' (bacalah) |
| Kedua | – | Surah al-Mudassir (ayat 1–7): pengisytiharan baginda sebagai pesuruh Allah SWT |
Foto Gua Hira': buku teks, ms. 165.
Dua peringkat dakwah
| Secara rahsia (3 tahun) | Secara terang-terangan |
|---|---|
| Individu awal memeluk Islam: Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah, Abu Bakar al-Siddiq. Dakwah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. | Bermula dengan pertemuan kaum keluarga di Bukit Safa. Ditentang hebat oleh bapa saudaranya Abu Lahab. Baginda tabah menghadapi tentangan Quraisy. |
- Baginda berhijrah ke Madinah, diangkat sebagai pemimpin dan merangka Piagam Madinah (perlembagaan negara Islam).
- Sifat terpuji: siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
- Utusan dihantar ke Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah secara diplomasi, tanpa paksaan.
Zaman Khulafa al-Rasyidin
| Khalifah | Peristiwa penting |
|---|---|
| 1. Abu Bakar al-Siddiq | Mengetuai peperangan al-Riddah, memerangi golongan murtad yang enggan membayar zakat. |
| 2. Umar bin al-Khattab | Membuka wilayah baharu: Iraq, Syam (Syria), Mesir. Wilayah dibahagikan untuk memudahkan pentadbiran. |
| 3. Uthman bin Affan | Wilayah meliputi kerajaan Parsi dan sebahagian Byzantium. Melantik gabenor. |
| 4. Ali bin Abi Talib | Islam semakin mantap; wilayah bertambah luas dan makmur. |
Kerajaan-kerajaan Islam
| Kerajaan | Pusat | Tempoh | Penyebaran |
|---|---|---|---|
| Bani Umaiyah | Damsyik Cordoba, Sepanyol | 661 M – 750 M 756 M – 1,031 M | India, Asia Tengah (Bukhara, Samarqand, Khawarizimi), utusan ke China, Afrika Utara. Andalusia pintu masuk ke Eropah. |
| Bani Abbasiyah | Baghdad | 750 M – 1,258 M (lima abad) | Ilmu berkembang pesat hingga ke Eropah. Samaniyah di Transoxania hingga barat India. |
| Turki Uthmaniyah | Anatolia | – | Balkan, Eropah Timur, sempadan Rusia, Laut Hitam. Pengaruh sampai ke Alam Melayu. |

Peta: buku teks, ms. 168 (sumber asal: Farah dan Karls, World History Human Experience).
Faktor penyebaran Islam
- Kesyumulan Islam: seimbang rohani dan jasmani; tidak menolak kemajuan dunia.
- Prinsip keterbukaan dan toleransi.
- Prinsip kesaksamaan dan keadilan: pelbagai bangsa menjadi ummah yang bersaudara.
- Dakwah secara bijaksana dan berdiplomasi.
- Hubungan diplomatik dengan negara lain, seperti di Eropah.
- Perdagangan: hubungan baik pedagang Arab dengan pedagang Asia dan Afrika.
- Pembukaan wilayah baharu, contohnya Iraq, Syam (Syria) dan Mesir.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.3Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin
| Peranan | Bukti ketokohan |
|---|---|
| Pemimpin negara | Tempatan: merangka Piagam Madinah; Islam agama rasmi; orang bukan Islam bebas mengamalkan agama dan adat; menyatukan Islam dengan bukan Islam. Antarabangsa: menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantium dan Parsi. |
| Pemimpin masyarakat | Di Makkah: menekankan akhlak, akidah, syariah. Di Madinah: menekankan syura, keadilan, persamaan, kebebasan; menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. |
| Pembangun ekonomi | Menggalakkan perdagangan dan hubungan luar (Madinah di laluan Yaman–Syam); pertanian dengan prinsip halal, tiada penindasan dan riba; membangunkan tanah terbiar dan menebus tanah tergadai kepada Yahudi; pasar Suq al-Ansar oleh Abdul Rahman bin Auf. |
| Pemimpin tentera | Berdasarkan konsep jihad. Mengetuai Perang Badar, Uhud, Khandak. Tentera dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tanaman. Mendengar pandangan orang lain. Strategi pembukaan semula kota Makkah. |

Pelan: buku teks, ms. 172 (sumber asal: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar Jilid 3).
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.4Sumbangan tamadun Islam kepada dunia
Politik
| Aspek | Sumbangan |
|---|---|
| Kehidupan bernegara | Nabi sebagai ketua negara menjaga Madinah melalui perlembagaan; khalifah menegakkan agama dan mentadbir mengikut syariah; kerjasama antarabangsa untuk dakwah dan silaturahim; penerokaan wilayah baharu. |
| Keadilan | Pemerintahan adil kepada semua walaupun berbeza agama dan keturunan; toleransi antara kaum membawa kedamaian. |
| Konsep ummah | Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan; semua bertanggungjawab bekerjasama memajukan negara. |
| Sistem syura | Mesyuarat untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak / secara muafakat. Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. |
Ekonomi
- Zakat dan wakaf; mata wang dirham dan perak.
- Sistem cukai:
Cukai Nama Cukai tanah al-Kharaj Cukai perlindungan suh al-Jizyah Cukai diri jizyah al-Ru'us Cukai perdagangan al-'Usyr - Melarang riba (menghancurkan keadilan); menegah penipuan seperti mengurangkan timbangan.
- Menggalakkan produk bermutu, penyelidikan, sedekah dan berjimat cermat.
Sumber Baitulmal: zakat (fitrah, harta, ternakan, pertanian, emas, perak); sedekah, wakaf, wasiat; pelaburan dan saham; harta negara (cukai perdagangan, cukai harta, sumber alam, harta tanpa waris); harta peperangan (jizyah, ghanimah, kharaj); harta warisan tidak berwaris.
Lain-lain: gedung perniagaan di Sepanyol; sistem pengairan Naurah di Syria; jambatan dan jalan raya di Sepanyol.
Sosial
- Mengangkat kedudukan wanita: Siti 'Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq (periwayat hadis); Shafiah binti Abdul Muthalib merawat tentera dalam Perang Uhud.
- Penyelidikan saintifik: industri kertas (diperkenalkan di Itali, Perancis), pengairan, benih dan baja bermutu, teknik cantuman; astronomi, fizik, perubatan, kimia.
- Pusat intelektual: masjid di Damsyik, Kufah, Basrah (zaman Bani Umaiyah); istana khalifah; universiti di Cordoba dan Toledo, Sepanyol. Orang Kristian yang terpengaruh budaya Arab digelar Musta'rab atau Mozarab.
Ilmuan Islam
| Bidang | Tokoh | Sumbangan |
|---|---|---|
| Sains dan kimia | Jabir bin Hayyan (Geber) | 80 buah karya perubatan dan kimia (korpus Jabir) |
| Perubatan | Ibn Sina (Avicenna) | Buku al-Qanun fi al-Tib |
| Falsafah | Al-Kindi | Lebih 270 buah karya; mempengaruhi Roger Bacon dan Descartes |
| Astronomi dan falak | Al-Battani (Albategnius) | Asas trigonometri, alat ukuran masa |
| Geografi | Al-Biruni | Kartografi (peta) dan geografi; peta digunakan pelayar Eropah |
| Matematik | Al-Khawarizmi | Pengasas algebra; kitab Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah |
| Pelayaran | Ibn Battuta | Belayar ke India dan Alam Melayu |
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
8.5Sumbangan tamadun Islam dalam bidang seni bina

Buku teks, ms. 182.
Lima ciri seni bina Islam: (1) ada ruang cahaya untuk keselesaan beribadat; (2) ada ruang memisahkan lelaki dan wanita; (3) reka bentuk ruang sesuai dengan iklim setempat; (4) binaan kukuh, selamat dan tahan lama; (5) berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman.
| Unsur | Fungsi |
|---|---|
| Menara (tirus, tinggi) | Laungan azan didengar dari jauh |
| Mihrab | Penanda arah kiblat |
| Mimbar | Tempat imam membaca khutbah |
| Perhiasan indah (kubah, khat, ukiran, kaca bertatah batu permata) | Rasa tenang, pelengkap binaan, keunikan |
| Pintu melengkung; air dan cahaya | Lambang hormat dan tunduk; kesan penampilan ruang |
| Elemen estetika: arabes, kaligrafi, geometri, cakerawala | Keselesaan dan ketenangan |

Buku teks, ms. 182.
Menyesuaikan dengan iklim dan budaya setempat
Masjid Tengkera, MelakaBanyak tingkap kerana iklim Nusantara panas, lembap dan hujan kerap: untuk penyejukan dan pengudaraan.
Masjid Huang Sheng Si, GuangzhouMasjid di China mengambil inspirasi rumah tradisional, kuil dan istana.
Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru)Kubah sebagai struktur utama bumbung (Turki Uthmaniyah): ruang solat ditutupi kubah setengah lingkaran untuk keselamatan, memperkukuh struktur yang rentangnya lebar. Ada banyak menara di sisi masjid.
Masjid Moti, IndiaPintu gerbang besar, bumbung berbentuk bawang dan lengkung menirus.
Foto masjid: buku teks, ms. 184–185.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
Rumusan
| Subtopik | Ingat ini |
|---|---|
| 8.1 Zaman Jahiliah | Jahala = jahil; Empangan Maarib runtuh ±300 M; kaum Hadhari dan Badwi; sistem kabilah, syeikh, assabiyah; riba, tipu timbangan; Wathani (360 berhala), Majusi, Yahudi, Nasrani, animisme, Hunafa'; Pasar Ukaz. |
| 8.2 Kemunculan Islam | Lahir 20 April 570 M; wahyu pertama 6 Ogos 610 M di Gua Hira' (al-Alaq, Iqra'); dakwah rahsia (3 tahun) dan terang-terangan (Bukit Safa); Khulafa al-Rasyidin (4); Umaiyah (Damsyik, Cordoba), Abbasiyah (Baghdad), Turki Uthmaniyah (Anatolia); 7 faktor penyebaran. |
| 8.3 Ketokohan Nabi | Pemimpin negara (Piagam Madinah), masyarakat (Muhajirin + Ansar, syura), ekonomi (Suq al-Ansar), tentera (jihad; Badar, Uhud, Khandak; buka Makkah). |
| 8.4 Sumbangan | Politik: ummah, syura, keadilan. Ekonomi: zakat, wakaf, cukai, Baitulmal, larang riba. Sosial: wanita, sains, Cordoba/Toledo, ilmuan (Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni…). |
| 8.5 Seni bina | Masjid Quba'; menara, mihrab, mimbar; estetika (arabes, kaligrafi, geometri); sesuai iklim (Masjid Tengkera) dan budaya (China, Turki, India). |