Bentuk Piawai
What this chapter coversMatlamat bab ini
- Saya boleh menerangkan maksud angka bererti dan menentukan bilangan angka bererti (a.b.) suatu nombor (2.1.1)
- Saya boleh membundarkan suatu nombor kepada bilangan angka bererti yang tertentu, termasuk jawapan kalkulator (2.1.2)
- Saya boleh mengenal dan menulis nombor dalam bentuk piawai A × 10ⁿ, dengan 1 ≤ A < 10 dan n integer, serta menukar antara nombor tunggal dengan bentuk piawai (2.2.1)
- Saya boleh melaksanakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan nombor dalam bentuk piawai (2.2.2)
- Saya boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor dalam bentuk piawai, termasuk awalan sistem metrik (2.2.3)
2.1Angka Bererti
Dalam kehidupan seharian kita menggunakan anggaran dan penghampiran. Jarak Bumi ke Bulan sebanyak 384 400 km ialah nilai hampir, bukan nilai sebenar. Darjah penghampiran menunjukkan tahap kejituan sesuatu ukuran. Angka bererti (a.b.) memberitahu kita tahap kejituan itu.
Menentukan bilangan angka bererti
| Jenis digit | Angka bererti? | Contoh |
|---|---|---|
| Semua digit bukan sifar | Ya | 2 763 (4 a.b.) |
| Sifar di antara digit bukan sifar | Ya | 5 008 (4 a.b.); 12.051 (5 a.b.) |
| Sifar sebelum digit bukan sifar yang pertama | Bukan (hanya menentukan nilai tempat) | 0.0809 (3 a.b.); 0.7803 (4 a.b.) |
| Sifar di bahagian akhir perpuluhan | Ya (menunjukkan tahap kejituan) | 1.2700 (5 a.b.) |
| Sifar di bahagian akhir integer | Bergantung pada tahap kejituan yang dikehendaki | 15 000: lihat Contoh 1(d) |
Rumusan Cetusan Minda 2 dan generalisasi, buku teks m.s. 33-34.
(a) 2 763: 4 a.b.
(b) 5 008: 4 a.b. (sifar antara digit bukan sifar)
(c) 7 409: 4 a.b.
(d) 15 000: (i) ribu terhampir, 2 a.b.; (ii) ratus terhampir, 3 a.b.; (iii) puluh terhampir, 4 a.b.; (iv) sa terhampir, 5 a.b.
(e) 0.7803: 4 a.b.; (f) 0.0809: 3 a.b.
(g) 12.051: 5 a.b.; (h) 1.2700: 5 a.b.
Membundarkan kepada bilangan angka bererti tertentu
Kaedahnya sama dengan membundarkan kepada nilai tempat. Lihat digit yang terletak selepas angka bererti terakhir yang dikekalkan.
- Jika digit itu 5 atau lebih, tambah 1 kepada digit terakhir yang dikekalkan. Jika kurang daripada 5, digit itu tidak berubah.
- Bagi integer, gantikan digit-digit yang digugurkan dengan sifar (titik perpuluhan terletak di belakang digit terakhir).
- Bagi perpuluhan, digit-digit selepas digit yang dibundarkan digugurkan.
(b) 2 476: 7 > 5, maka tambah 1 kepada 4. 2 476 = 2 500
(c) 6 953: 5 = 5, maka tambah 1 kepada 9. 6 953 = 7 000
0.008025 kepada (a) 3 a.b.: 5 = 5, maka 2 menjadi 3, 0.008025 = 0.00803; (b) 2 a.b.: 2 < 5, maka digit 0 tidak berubah, 0.008025 = 0.0080.
Jawapan kalkulator
Kekalkan semua digit pada kalkulator dan bundarkan hanya pada akhir pengiraan, kepada bilangan angka bererti yang diminta.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
(b) 5 300
(c) 0.0057
2.2Bentuk Piawai
Bidang astronomi, biologi, fizik dan kejuruteraan sering menggunakan nombor yang terlalu besar atau terlalu kecil. Nombor itu ditulis dalam bentuk piawai untuk memudahkan penulisan.
Contohnya, keluasan negara Malaysia ialah 330 803 000 000 m². Nilai ini boleh ditulis sebagai 3.308 × 1011 m² atau 3.30803 × 1011 m² mengikut bilangan angka bererti yang dikehendaki.
Nombor tunggal kepada bentuk piawai
- Nombor bernilai lebih daripada 1 memberi indeks positif.
- Nombor bernilai kurang daripada 1 memberi indeks negatif.
- Letakkan titik perpuluhan selepas digit bukan sifar yang pertama. Indeks ialah bilangan tempat titik itu bergerak: positif jika ke kiri, negatif jika ke kanan.
| Nombor tunggal | Titik perpuluhan bergerak | Bentuk piawai |
|---|---|---|
| 28 | 1 tempat ke kiri | 2.8 × 101 |
| 2 805.3 | 3 tempat ke kiri | 2.8053 × 103 |
| 0.325 | 1 tempat ke kanan | 3.25 × 10−1 |
| 0.00325 | 3 tempat ke kanan | 3.25 × 10−3 |
| 0.03025 | 2 tempat ke kanan | 3.025 × 10−2 |
Contoh 5 dan 6, buku teks m.s. 37-38.
Bentuk piawai kepada nombor tunggal
Jika indeks positif, nombor itu bernilai 10 atau lebih. Jika indeks negatif, nombor itu bernilai kurang daripada 1. Isi tempat kosong dengan sifar.
8.063 × 10−5 = 8.063 × 1/100 000 = 0.000 080 63
Awalan sistem metrik
| Awalan | Simbol | Nombor tunggal | Bentuk piawai |
|---|---|---|---|
| eksa | E | 1 000 000 000 000 000 000 | 1 × 1018 |
| peta | P | 1 000 000 000 000 000 | 1 × 1015 |
| tera | T | 1 000 000 000 000 | 1 × 1012 |
| giga | G | 1 000 000 000 | 1 × 109 |
| mega | M | 1 000 000 | 1 × 106 |
| kilo | k | 1 000 | 1 × 103 |
| hekto | h | 100 | 1 × 102 |
| deka | da | 10 | 1 × 101 |
| desi | d | 0.1 | 1 × 10−1 |
| centi | c | 0.01 | 1 × 10−2 |
| mili | m | 0.001 | 1 × 10−3 |
| mikro | µ | 0.000 001 | 1 × 10−6 |
| nano | n | 0.000 000 001 | 1 × 10−9 |
| piko | p | 0.000 000 000 001 | 1 × 10−12 |
| femto | f | 0.000 000 000 000 001 | 1 × 10−15 |
| atto | a | 0.000 000 000 000 000 001 | 1 × 10−18 |
Jadual Cetusan Minda 3, buku teks m.s. 39; nilai bentuk piawai dilengkapkan dengan hukum indeks.
0.0057 nanometer dalam meter: 0.0057 × 10−9 = (5.7 × 10−3) × 10−9 = 5.7 × 10−12 meter.
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
(b) 91 000
(c) 75 × 10−6 = 7.5 × 101 × 10−6 = 7.5 × 10−5 meter
Operasi tambah dan tolak
Jika indeks sama, faktorkan 10n. Jika indeks berbeza, samakan indeks dahulu. Buku teks menasihati: tukarkan indeks bernilai kecil kepada indeks bernilai besar (Kaedah 2). Kemudian tambah atau tolak nilai A dan kekalkan indeks.
| Operasi | Hukum |
|---|---|
| Tambah | S × 10n + T × 10n = (S + T) × 10n |
| Tolak | S × 10n − T × 10n = (S − T) × 10n |
(b) 4.27 × 105 + 9.35 × 105 = 13.62 × 105 = 1.362 × 101 × 105 = 1.362 × 106
(c) 7.02 × 104 + 2.17 × 105: tukar 7.02 × 104 = 0.702 × 105, maka (0.702 + 2.17) × 105 = 2.872 × 105
(d) 9.45 × 106 − 3.24 × 105: tukar 3.24 × 105 = 0.324 × 106, maka (9.45 − 0.324) × 106 = 9.126 × 106
(b) 8.21 × 10−4 + 1.49 × 10−5 = 8.21 × 10−4 + 0.149 × 10−4 = 8.359 × 10−4
(c) 2.3 × 10−5 − 4.6 × 10−6 = 2.3 × 10−5 − 0.46 × 10−5 = 1.84 × 10−5
Operasi darab dan bahagi
- Darab: (A × 10m) × (B × 10n) = (A × B) × 10m + n. Darab nilai A dan tambah indeks.
- Bahagi: (A × 10m) ÷ (B × 10n) = (A ÷ B) × 10m − n. Bahagi nilai A dan tolak indeks.
- Jika hasil A bukan antara 1 dengan 10, laraskan supaya jawapan berada dalam bentuk piawai.
(b) 7.5 × 10−3 × 5 × 10−6 = 37.5 × 10−9 = 3.75 × 10−8
(c) (5.9 × 105) ÷ (2 × 102) = 2.95 × 105−2 = 2.95 × 103
(d) (6.8 × 10−3) ÷ (4 × 10−6) = 1.7 × 10−3−(−6) = 1.7 × 103
Tunjuk jawapanSembunyi jawapan
(b) 15 × 102 = 1.5 × 103
(c) 4 × 103−(−2) = 4 × 105
Menyelesaikan masalah
Buku teks menggunakan empat langkah: memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan membuat kesimpulan (dengan unit).
Ketebalan 1 rim = 800 × 9.4 × 10−3 = 7.52 cm.
n = 225.6 ÷ 7.52 = 30 rim.
(b) Luas = ½ × 2.1 × 102 × 2.8 × 102 = 2.94 × 104 m². Kos = 2.94 × 104 × 45 = RM1 323 000.
Jejari = 1.2742 × 104 ÷ 2 = 6.371 × 103 km.
Luas = 4 × 3.142 × (6.371 × 103)2 = 510 130 608.1 = 5.101 × 108 km2 (4 a.b.).
Peta Konsep

Rajah daripada buku teks Matematik Tingkatan 3 KSSM, m.s. 48.